Pengalaman Workout Dengan Nana AlHaleq

by - November 20, 2017

Tak terlintas dalam kepala otak dapat workout sama² dengan Nana AlHaleq.... Eh hallloooo siapa tak kenal Nana kan.... gigirl yang ketul² badannya, dengan bicep  tricep yang cantik tu. Alhamdulillah rezeki, menang giveaway dari ig Nana collaboration dengan  Biotropics. Dapatlah reward, untuk join 1 jam sesi workout bersama Nana AlHaleq yeahhhhh

Senyum leret dapat workout dengan Nana AlHaleq

Memang excited, tak sabar tunggu masa tu. Tapi macam sedih dalam hati, alaaaaa sejam je ke?  Tapi ini situasi sebelum tau. Haha. Actually ada 3 session, so aku pilih session kedua ni, ngam dengan tarikh dan masa. Bertempat di FitWorx Studio , Amcorp Mall, seramai lebih kurang 12 orang pemenang yang hadir. Ada seorang je lelaki, memang semua excited..dan rata² ada fitness background..macam aku biasa zumba, tabata...yang lain ada yang biasa cycling, hiking, gym semua...kiranya ada basic lah...

Siapa kata workout tak boleh mekap, tak boleh gojes

Bersungguh Nana share segala tips

Nana in da house !!! Seriously...first time tengok Nana AlHaleq secara live, wehhh comel, kecil nya...kalau sebelum ni biasa tengok ig Nana macam...takut je tengok biceps, triceps, 6 pack diakan..macam sado ala² abg² sangat...tapi bila depan²...... lawa weh...biceps, triceps, body curve, shape yang cantik...nice sangat..lawa lahhhh...

Mulanya Nana perkenalkan diri then kami. Lepas tu mula dengan warm up. Masa ni dah terasa dah semacam...maklumlah aku hampir 2 bulan cuti zumba, exercise semua. Then mulakan dengan latihan squat, pumping, plank, moutain climbing versi Nana.

Dengar macam, alaaa dah biasa buat kan. Tapi.....banyak yang Nana kongsikan.. Cara buat dengan betul, kesalahan yang biasa kita buat. Punca kenapa kita tak dapat kesan yang maksimum walau kita buat banyak kali.

Huh triceps,  bicep Nana oiii



Memang rasa nak give up masa ni, kaki lutut semua ketar..tapi kuatkan semangat juga..rugi tu kalau berhenti kan..Nana AlHaleq kot haha. Dan yang terasa heavy sangat sebab kami buat semua ni dengan momentum counting.....maksudnya...slow gitu Pehhh..event kami hanya gunakan platter  dan stepper je dalam sesi ini

Lepas sejam workout, ada sesi Q&A...time ni semua pakat korek rahsia Nana...ramah, Nana ni....cantik...tak sombong. Banyak tips dia bagi dari equipment, workout, excercise yang tak sesuai time period, supplement, diet semua lah. Selain dia banyak kongsi pengalaman dia ber work out.

Antara point yang aku mark dari perkongsian Nana :


  • Gunakan kasut yang sesuai untuk workout, running shoes tak sesuai, sebab buatkan kita tak stabil..dan boleh akibatkan kecederaan khususnya masa plank...dan kami kena tanggalkan kasut time tu
  • Jangan paksa diri kalau ada injury, khususnya lutut, kaki..buat excercise yang sesuai
  • Nana prefer treadmill untuk burn calories tapi lepas ada injured di lutut dia prefer cycling
  • Sebelum, semasa workout kalau nak energetic..boleh minum segelas 'Kopi O Ais / Americano' tanpa gula atau sebiji pisang atau roti
  • Variasikan jenis karbo, protein dan lemak supaya tak jemu, give up
  • Amalkan multivitamin, Vitamin C dan Fish Oil yang berkualiti
  • Jangan ambil kafein lepas workout
  • Squat butty....squat untuk biceps....


Alahai bila lah dapat jumpa Nana lagi, inspirasi sangat ni

Antara pemenang yang lain, ada yang dari Melaka lagi tau  ..cayalah semangat


Ehhh banyak lagi, cerita memang tak habis. Best sangat....lepas tu sesi photo memoto haha.... 'masuk air' juga Nana, sporting. Dan Nana ada mintak maaf kalau pertanyaan, komen korang di ig dia tak dibalas   dia busy katanya. Memang pengalaman yang mahal buat aku. Terinspirasi sangat . Stay tune je dekat channel Utube aku akan share video tips dari Nana ok

You May Also Like

4 ulasan

  1. Wah bestnya...suka suka suka aktiviti macam ni...

    ReplyDelete
  2. woww comel jer kan.. duk bayang sado mcm abg jul aripin hahahha

    ReplyDelete
  3. wahh.../mesti best kan workout macam ni...hehehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish