Perfume Mesra Solat Dari ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM

by - November 02, 2017

Mewangi selamanya ...hah gitu... Rasanya tak kira lelaki atau pun wanita, semuanya sukakan wangian...tiada siapa yang suka bau hakak, tengik kan. Tapi larat ke nak usung botol perfume yang berat, gedabak tu kehulu kehilir ? Lain lah kalau perfume ribuan ringgit tu, tak lekang dek peluh baunya. Ni dia tips untuk kelal wangi berpanjangan dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM. Selit² dalam poket pun boleh

Enchanteur Paris Petite Parfum

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. Dengan itu
ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli / roll on– yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml.

4 pilihan parfum yang best, kekal berpanjangan

Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas :


  • Tanpa alkohol
  • Pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. 
  • Berasaskan minyak i
  • Wangian bertahan lebih lama
  • Dirumus berasaskan minyak
  • Lebih mudah dipakai
  • Dengan bebuli dan saiz poket yang mudah disimpan dan dibawa kemana saja / travel..hanya calit pada nadi...untuk wangian berpanjangan
  • 4 pilihan wangian
  • Boleh dipakai ikut kesesuaian, mood dan kegemaran korang



Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, korang akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam bag tangan , poket , bentuk dan saiz hampir sama dengan  gincu.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan si pemakai kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, bauan yang enak dan manis untuk memastikan koranh tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantung berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.  







You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish