Resepi Brownies Kedut Mudah Gerenti Jadi

by - November 30, 2017

Resepi Brownies Kedut Mudah Gerenti Jadi |Brownies kedut antara dessert yang menjadi faveret aku. Nak pula yang versi kedut² ni....Makin kedut, makin disukai ramai hehe...Aku lebih suka yang fudgy daripada yang caky....

Resepi Brownies Kedut Ala #hakakkpop kata kau 😅

Hehe actually ini percubaan pertama aku buat brownies kedut. Tak sangka berkedut sungguh hehe. Resepi ni aku cuba dari youtube, resepi dari Omar Hero Oven TV3.... tapi aku skip walnut tu...plain je resepi brownies kedut ni. Sebabnya aku suka bahan yang simple, dan tak banyak.

Resepi ni sesuai untuk loyang 9x9 dan untuk yang oven kecil macam aku, boleh je guna loyang 7x7 atau 6x6...caranya bahagikan 2 adunan ni nanti...atau bahagikan awal² kuantiti sukatan bahan brownies ni.

Bahan² untuk Brownies Kedut, mudah dan simple je



Resepi Brownies Kedut Mudah

400g Dark Chocolate ( Compound)
150g Butter
4 Biji Telur
1sk Esen Vanilla
100g Tepung Gandum
100g Gula Perang
100g Gula Kastor

Baking Paper
Loyang 7x7 ( 6x6.....atau 9x9)


Cara penyediaan brownies kedut :

Gunakan kaedah double boil untuk cairkan coklat dan butter


Camputan telur, esen, gula perang dan gula kastor

  1. Panaskan oven 70• selama 10 minit. Alaskan loyang dengan baking paper.
  2. Cairkan coklat dan butter menggunakan kaedah double boil... cairkan sehingga tiada ketulan
  3. Sebatikan telur, gula perang, esen dan gula kastor dengan whisker....taknperlu sampau hancur pun gula tu..cukup sekadar bercampur semua
  4. Masukkan campuran telur kedalam coklat...kacau sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau...perlahan
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang, bakar 30minit dengan suhu 130-140 •
  6. Tunggu sehingga brownies betul² sejuk baru potong .

Comelkan loyang ni 6x6 maklumlah oven ku comel

Yeahh berkedut hehe.. Dapat 2 brownies kedut untuk saiz loyang 6x6 @ 7x7 menggunakan resepi ini



Note :
Tak perlu straight dengan bahan² tu, dark coklat tu boleh je tukar dengan Milk Chocolate atau coklat masakan biasa. Butter tukar dengan majerin, minyak jagung.... Baking paper boleh ganti dengan butter, oleh pada loyang

Tak perlu coklat mahal² sangat, jadi juga kedut tu. Brownies sedap ditambah dengan campuran kekacang, ditabur gula icing....coklat dan sebagainya

Adunan ni, sesuai untuk 9x9 punya loyang / dulang...kalau tak ada guna je loyang kecik  bahagikan...tapi kena bakar dua kali lah..atau bahagiakan awal² bahan ni.... Kepada 2....tebal² tak sedap brownies....








You May Also Like

2 ulasan

  1. yeay. nanti nak buatt. loyang tu loyang kertas ke ain guna.. macam kotak kek je

    ReplyDelete
  2. Bahan dan cara penyediaan mudah sangat bila tengok dan baca step by step . Lepas ni kena cuba homemade sendiri lah . Selalu kalau nak makan brownies ni beli kat kedai2 je

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish