Safi Rania Gold Beetox Technology | Review

by - November 09, 2017

Safi Rania Gold Beetox Technology | Semakin meningkat usia ni, semakin kena kerja keras untuk maintainkan kesihatan dan kecantikan kulit muka terutamanya. Macam aku, dah cecah 3 series ni huh, memang risau, dengan risiko kulit berkedut, garis halus, warna kulit tak sekata..dan seangkatan dengannya haha. Selain pemakanan dan gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan dan kecantikan dari luar juga perlu. Safi Rania Gold Beetox Technology antara solusi untuk yang inginkan kulit cantik, anjal tak dimakan usia....

Safi Rania Gold Beetox Technology

Safi Rania Gold, kalau tak silap banyak series kan?  Yang aku share ni yang paling latest iaitu Safi Rania Gold Beetox Technology...ada 4 item utama iaitu Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser, Youthful Gold Essence, Youthful Elixir dan Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR

Dengan teknologi beetox dan bio nano gold


Safi Rania Gold Beetox Technology lebih advance dengan formulasi dan khasiat dan kesan berganda. Antara kelebihannya :

Beetox Technology
Royal Jelly ( Merangsang pembaharuan kolagen )
Madu ( Menghalus dan melembutkan kulit )
Propolis ( Anti-Oksidan)
Bee Venom ( Menegang dan menganjalkan kulit)

Bio Nano Gold 24K

  • Mampu meresap hingga lapisan dermis
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Menganjal dan menghaluskan kulit
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan


Facial Cream Cleanser


Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser 
  • Diformulasikan dengan Micro-Foam dan Anti-Oksidan dan membersih dengan menyeluruh
  • Buih yang lembut, mewah dan berkrim
  • Mampu membersihkan makeup

Tekstur lembut, halus,  creamy dan wangi


Review :
Krim halus bewarna kuning,  memang halus lembut...buihnya lembut, setakat ni okay...tak keringkan kulit ataupun rasa pedih. Cuma bagi aku baunya wangi sangat hehe...tapi nice...


Youthful Gold Essence

Safi Rania Gold Youthful Gold Essence 
  • Diformulasikan dengan Bio Nano Gold 24K, Gold Flake 24K dan Protein Sutera 
  • Kuasa melembab sehingga 24 jam yang bagus dengan Hyaluronic Acid
  • Jadikan kulit lembab, licin

Mengandungi Gold Flakes, Protein Sutera

Review :
Okay yang ni baunya agak mild dari cleansing foam tadi. Tekstur ringan macam air, dan sejuk je dan tak melekit . Flake emas tu akan mencair bila diratakan pada kulit....memang best dipakai lepas cuci muka, rasa fresh, tighten aje


Youthful Elixir

Safi Rania Gold Youthful Elixir
  • Membantu mengurangkan tanda penuaan, jeragat, pigmentasi, parut jerawat, UV spot

Mudah serap, sejuk, ringan dan wangi

Review :
Mulanya pelik kenapa ada layer pada botol...rupanya itu layer propolis dan beetox..so kena shake dulu sebelum guna. Pun sama wangi, mudah serap, ringan, sejuk dan tak melekit...bagus digunakan sebelum pakai serum.


Moisturizing Day Cream

Safi Rania Gold Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR
  • Melembabkan kulit
  • Melindungi kukit dari Sinar UV, UVB

Pakai nipis untuk elak rasa sticky

Review :
Krim putih ni pun wangi, agak melekit....tapi still mudah diserap sebab ada teknologi Bio Nano 24K...aku suka apply nipis je ...

Overall okay, baru seminggu cuba...dan tiada sebarang alahan atau kesan² merah, itchy semua...Cuma aku kurang selesa dengan bau foam cleansing tu, sebab ia terlalu wangi ‘ bagi aku ‘ sebab aku ni jenis kurang dengan bauan....korang ok kot....so korang boleh lah cuba rangakaian terbaru Safi Rania Gold ni, disahkan Halal, selamat digunakan, buatan Malaysia dan harga pun affordable, mudah didapati....ada dijual di pasaraya, hypermarket, farmasi seluruh negara




Penafian :
Review / ulasan mengenai produk ini adalah berdasarkan pengalaman penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut kulit dan cara penggunaan individu

You May Also Like

5 ulasan

  1. Wow... rania dah ada set eksklusif. Sbb liez mmg pakai rania..

    ReplyDelete
  2. makin anggun ler mama darwish..
    hakakkpop pakai Safi Rania.. auwww

    ReplyDelete
  3. Safi rania gold .gandungan warna yg mantap !!

    ReplyDelete
  4. yeah. nanti nak cari set ni...mrs pip pakai safi rania gold juga, tapi ni series terbaru kan ...

    ReplyDelete
  5. wahhh safi rania ada yang baru pulak.. kena cuba ni

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish