JOM REWANG 2018 Pameran Pengantin Ekslusif

by - December 13, 2017

Berita baik buat bakal pengantin atau mereka yang merancang perkahwinan pada tahun hadapan. JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin ekslusif yang menyediakan perkhidmatan untuk persediaan dan persiapan majlis perkahwinan .


JOM REWANG 2018

Anjuran Syarikat Puspawangi Event Management dengan kerjasama dengan Kerja Kahwin  bakal berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada 26 sehingga 28Januari 2018 ( 10 pagi - 10 malam )

Anjuran Syarikat Puspawangi Event Management

Dengan adanya pameran pengantin seperti JOM REWANG 2018 , segala urusan persiapan perkahwinan lebih teratur, mudah, cepat dan lebih menjimatkan. So bakal² pengantin tak perlu bersusah payah menguruskan segala persiapan.


Lebih 300 syarikat servis perkahwinan bakal turut serta

Apa yang menarik di JOM REWANG 2018 ?


  • Pameran ini disertai oleh lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan , bertempat di Plaza Alam Sentral. 
  • Pelbagai perkhidmatan termasuk melukis henna (inai)  , khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • Montaj iklan perkhidmatan perkahwinan daripada lebih 300 buah syarikat perkahwinan dari seluruh negara.
  • Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar   boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang luas, mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral
Bagi bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, diluar Kuala Lumpur, Selangor...jangan bimbanh syarikat pakej perkahwinan dari negeri di selurih Malaysia turut berada di Jom Rewang 2018 nanti. So tak perlu lagi berulang alik ke kampung untuk menguruskan hal persiapan perkahwinan. Segala maklumat boleh didapati di sana, dan urusan boleh dibuat secara atas talian ataupun face to face


Jadi pada bakal² pengantin atau yang sedang mencari² servis pengantin dan perkahwinan yang menarik...jangan lupa untuk ke pameran JOM REWANG 2018
Hubungi:

Facebook:
Jom Rewang
Puspawangi Event and Management

Instagram :
https://www.instagram.com/jomrewang/

Email: puspawangieventmanagement@gmail.com

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish