KEMPEN YEZ 2017 | PPZ-MAWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT

by - December 09, 2017

Lagi beberapa hari kita bakal menginjak ke tahun baru. Sudahkan korang melaksanakan zakat untuk tahun ini ? Jangan risau, kerana masih sempat dan lebih mudah dengan PPZ-MAWP melalui Kempen YEZ-2017

Kempen YEZ 2017 


PPZ- MAIWP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat.

Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan, bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017 nanti

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang.

Tunaikan zakat..... Lebih mudah dengan PPZ-MAIWP

Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam. Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI
oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada
para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP

1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017. Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk  memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017.

Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari

www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan. Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.



                                                                                             

You May Also Like

4 ulasan

  1. Mudahnya kan...Dah nak masuk hujung tahun ni, disamping buat persiapan anak² nak masuk sekolah, nak bercuti hujung tahun harapnya jgn lupa tunaikan kewajipan berzakat ye!

    ReplyDelete
  2. Hujung tahun ni mesti ramai yang nak bayar zakat. Boleh elakkan dikenakan cukai juga bila banyak keluarkan zakat untuk keperluan orang lain yang lebih memerlukan

    ReplyDelete
  3. Bagusnya kempen YEZ Ni kannn

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish