Program Kasih Ilmu Anak Selangor MBI

by - December 29, 2017

Hari persekolahan tahun 2018 bakal tiba..ibu bapa mesti sibuk dan pening menyiapkan keperluan anak². Alhamdulillah Adam dapat sepasang seragam sekolah dan alat tulis dari Program Kasih Ilmu Anak Selangor.

Kelengkapan sekolah dari kerajaan Selangor

MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor. Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial
Korporat (“CSR”)

Demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur
Negeri.


Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan
kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.
Antara program yang telah dijalankan :

  • Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
  • Program di Tadika Cahaya Takwa
  • Program di Sungai Buaya Rawang


Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan.


Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan
kenaikan kos sara hidup. Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.

Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan
disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.

INSTAGRAM : CSRMBISELANGOR
INSTAGRAM : THEOFFICIALFRJUNIOR
INSTAGRAM : ITSFR
#csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa
#MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor

You May Also Like

1 ulasan

  1. Alhamdulillah.. Program yang bagus.. Semoga boleh dilaksanakan di negeri-negeri lain juga..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish