Jan 28, 2017

MAID AGENCY MALAYSIA - Agensi Cempaka Allied Sdn. BhdBhd

Pengambilan pekerja asing khususnya pembantu rumah di Malaysia sangat besar skalanya ekoran kesibukan bekerja yang memerlukan pembantu untuk menguruskan kerja rumah, mengasuh anak dan sebagainya. Pengambilan pekerja asing perlulah melalui agensi yang berdaftar dan dipercayai bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd atau dikenali sebagai Maid Agency Malaysia adalah agensi yang dipercayai yang telah ditubuhkan sejak 2003. 

Maid Agency Malaysia
Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd

Ditubuhkan dan didaftarkan oleh Puan Siti Zarina selaku Presiden  - Persatuan Kebangsaan Sumber Tenaga Malaysia dan Presiden Koperasi Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Berhad Malaysia . Menyediakan kakitangan pembantu rumah / maid tempatan serta asing dari Indonesia, Filipina, India, Vietnam, Kemboja dan Sri Lanka yang profesional dan terlatih.


Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd berjaya membantu banyak majikan mencari pembantu rumah. Setiap kakitangan / pembantu rumah yang disediakan adalah sepenuh masa dan profesional yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman berkhidmat dalam bidang masing². Pihak Maid Agency Malaysia mengambil dan melatih pembantu rumah asing atau domestik dipusat latihan khusus sebelum dibenarkan bekerja.


Jaminan 6 bulan penukaran pembantu rumah disediakan pihak Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd. Perjanjian perkhidmatan yang ditawarkan adalah adil, menyeluruh dan telus.Terma & syarat transaksi khidmat, dinyatakan dengan jelas, tanpa caj tersembunyi dengan harga kompetitif dan kualiti pekerja yang profesional, serius dan berkualiti, berdisiplin.

Antara khidmat tawaran yang disediakan oleh pihak Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd adalah :

  • Menawarkan pekerja asing / pembantu rumah asing dan domestik
  • Memperbaharui passport pekerja asing
  • Pemeriksaan kesihatan dan latihan pekerja asing / maid
  • Pengurusan tiket dan penghantaran pulang
  • Jaminan 6 bulan hanya untuk permohonan sah
  • Latihan dan orientasi untuk pekerja / maid dan sebagainya


Sebarang pertanyaan, mahupun info lanjut untuk mengambik pekerja asing / maid secara selamat dan profesional boleh hubungi :


Web : 

Instagram : 

Page / FB : 

Hubungi :
( whatsapps) 012 6667524 

Office :
No 12-B , Jalan Kenari 11,
Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia



C88 PRIMIER - SWAROVSKI ZIRCONIA Co-Branding Collaboration

Emas, permata, mutiara, kristal merupakan perhiasan yang diminati semua khususnya kaum wanita. Kerlipan dan kilauannya membuatkan ia nampak mewah, cantik, unik dan berkualiti tinggi. Tapi tak semua mampu memiliki batu permata tulen yang harganya mencecah jutaan ringgit..tapi dengan inovasi dan kolaborasi terbaru daripada C88 PRIMIER - SWAROVSKI GEMSTONES membolehkan sesiapa saja memiliki dan menggayakan permata sintetik dengan ekslusif, bergaya dan semestinya setanding kualiti dan kerlipannya seakan permata asli dari segi gaya potongan, design, keaslian, warna dan sebagainya.


Kolaborasi C88 Primier - Swarovski Zirconia

Bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru² ini termetrai perjanjian kolaborasi antara C88 PRIMIER - SWAROVSKI GEMSTONES . C88 Primier merupakan jenama emas milik HWL jewellery Sdn Bhd atau yang dahulunya dikenali sebagai CAP88 dari Hup Weng Lee Jewellery Trading Company. Sudah berada dalam industri emas sejak tahun 1985 dan memiliki 600 cawangan kedai emas diseluruh Malaysia.




Koleksi peragaan perhiasaan hasil kolaborasi ini adalah menghasilkan perhiasan daripada Swarovski Zirconia. Swarovski merupakan syarikat batu permata dari Austria sejak tahun 1895 yang memang terkenak dalam menghasilkan potongan unik, gilapan berkerlipan batuan permata yang menjadi kegilaan peminat batu permata. 





Memang kerlipan, bling², glitter² sangat batu permata Zirconia Swarovski ni...pada orang biasa macam aku memang tak dapat bezakan...hanya boleh melalui microscopic laser untuk memastikan ketulenannya. Dapat tengok kekemasan , ikatan, potongan dan design yang dihasilkan tukang emas profesional. Selain koleksi cincin 18k emas putih dan 22k emas kuning dengan harga daripada RM799.

Koleksi cincin C88 Primier Swarovski Zirconia




Semuanya memiliki ciri teristimewa daripada segi pemilihan warna batu permata Swarovski Zirconia, Gemstones, pemotongan batu permata yang diiktiraf industri permata dan designnya yang dipadankan dengan emas putih dan emas sesuai dengan tagline mereka Eternal Sparkles Kalau aku lebih suka yang emas putih...nampak simple, tapi mewah, elegan dan berstyle. Jangan lupa dapatkan lebih info, lihat lebih banyak design dan kerdipan permata dan dapatkannya segera di :


Web :
www.C88.my

Facebook :

LAZADA 2017 Shopping Wishlist

Kalau shopping online, memang aku lebih prefer shopping di LAZADA tambahan pula sekarang banyak promosi dan sales sempena CNY. So dah aku masukkan beberapa barangan dalam whislist untuk aku shopping nanti...memang rambang mata tahap gaban hahah




Memang dah lama aim mini studio set macam ni. Umtuk.memudahkan kerja vlog, video, tangkap² gambar tujuan blogging gitu, nampak profesional sikit kan. Harga pun ok RM380.22 untuk set ni. Dibuat daripada aluminium alloi berkualiyi dan boleh adjust sampai 6.6kaki ketinggian.


Terjebak dengan aksesori sekarang, dah lama tak bling² glitter² gitu...18k white gold plat okey. Macam cantik je kalau pakai ni...simple, nice dan penting original Swarovski. Harga pun cun je RM339.00


Ntah kenapa nak juga grab kamera yang power shot, senang kot nak aim, shot, gambar² review. Warna pun menyerlah hahah...yang penting Canon dan boleh 40x optic zoom lens hanya RM969.00


Eat clean kononnya, so nak minum jus² je....yang penting extrctor juice ni besar boleh muatkan 1.5L jus. Paling win design simple, mudah dibersihkan, bunyi smooth je dan tak bersepah, merecik jus semua. Harga ok kot RM 259.00

Suka sangat dengan kasut dari Korea ni, macam 3 dalam satu...sneakers + wedges + heel...cantik kan...warna pun cute je. Yang bagusnya....diperbuat daripada metarial yang bagus, serap peluh...so takdelah kaki jadi kepam hahah. RM69.73

So doakanlah wishlist ni tercapai dengan jayanya haha. Ingat shopping online...ingat Lazada ok 😘

Jan 27, 2017

Penawar Resdung Paling Mujarab

Penawar Resdung Paling Mujarab

Resdung atau sinusitis merupakan radang pada rongga hidung trontal, ethmoid, maxillary, sphenoif... Kalau ianya tidak dirawat segera, ianya boleh menjadi semakin teruk dan boleh mengakibatkan maut. Bukan sahaja golongan dewasa, malah kanak² dan warga emas turut berisiko menghidap penyakit resdung / sinus. Antara tanda² penyakit resdung adalah seperti :

  • Gatal² pada hidung, mata dan telinga
  • Hidung dan mata berair dan kemerahan
  • Selalu bersin dan selesema
  • Kahak dan mulut berbau
  • Jerawat, kelemumur yang teruk

Macam aku lebih kepada kelemumur kot, memang resdung la ni...gatal sangat kadang tu, macam shuben pulak kerap terbersin setiap kali bangun pagi atau sejuk. Dah bermacam cara kot kami cuba, antaranya lilin resdunh tu, tapi memang rawatan luaran tak 100% membantu, mesti kena dirawat secara dalaman.... seperti Ubat Resdung paling berkesan ni

Ubat Resdung Paling Mujarab
Penawar Resdung Paling Mujarab ini merupakan resepi perubatan turun temurun selama 40 tahun milik pengamal perubatan Islam menggunakan herba² akar kayu. Sebotol ni ada dalam 30 biji kapsul bewarna merah. Kenapa kapsul ? Bukan tablet atau biji.... ? Sebab kapsul lebih mudah diserap oleh badan dan mudah larut dalam air.

Unat Resdung Paling Mujarab dalam bentuk kapsul

Cara pengambilan Ubat Resdung Paling Berkesan  :

Makan sebiji pagi dan sebiji malam. Sebelum makan tu jangan lupa selawat, bismillah dan niat untuk kesembuhan. Jangan dilangkah dan tak sesuai diambil oleh ibu mengandung. Untuk kesan lebih efektif atau pantas atau korang tak boleh nak telan kapsul, boleh buka kapsul dan campurkannya kedalam secawan air suam, kacau sebati dan minum. Bau dan rasa akar kayu dan ada macam bau kayu manis.

Campuran seebuk Ubat Resdung Paling Mujarab
Inshaallah dengan menjaga kebersihan diri, amalan pemakanan yang sihat dan mengamalkan pengambilan Ubat Resdong Paling Mujarab ini mampu mengurangkan dan merawat masalah resdung, alahan makanan dan cuaca dan bersin. Dah banyak testimoni berjaya merawat resdung dengan Penawar Resdung Paling berkesan ini

Kelebihan Penawar Resdung Paling Berkesan




Sebarang pertanyaan dan boleh dapatkannya dari AISYAH BT. BEDOL ( Tanah Merah, Kelantan)  013 - 987 1616


NASI BAMBOO SUNGAI KLAH

NASI BAMBOO SUNGAI KLAH 

" Sayang nak makan tak kat situ " tanya shuben , macam biasa aku akan ON je bab makan haha. Kebetulan satu hala jalan balik dari percutian Pulau Pangkor. Tak tau pulak viral juga Nasi Bamboo Sungai Klah ni, keluar masuk rancangan makanan, dikunjung artis sana sini, dan terbaru dipilih pihak Tourism Perak untuk dimuatkan ke dalam majalah antarabangsa. Wahhh rezeki sungguh kena belanja makan kat sini. Bila sebut Nasi Bamboo terus terimagine dalam kepala nas ala² orang Sabah, Sarawak yang dimasak dalam buluh macam lemang tu...guna daun pisang....TAPI...sangkaan ku meleset !!!

Nasi Bamboo Sungai Klah

Besar, luas restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni, betul² berdekatan exit Tol Sungkai, terbentang luas signboard nya, dah macam dewan kenduri....ramai nya orang. Dari jauh nampak buluh² kontot hehe



Nasi Bamboo ni rupanya nasi putih yang dikukus dalam daun.macam daun lengkuas kot, lebar macam tu, digulung masuk dalam buluh pendek... bukan buluh lemang....buluhnya lagi tebal. Konepnya layan diri dan bayar dahulu sebelum makan Ambik satu dulang, then korang tawaf lah cari makan dari ulaman, kerabu, ayam dan seafood bakar, lauk pauk, minuman dan pencuci mulut. Setiap set nasi disertakan dengan ulaman, sambal belacan, telur masin dan kelapa parut sangai dengan harga RM2.50.... Kalau nak tambah nasi atau nak try Nasi Bakar hanya RM2. Konsep open air, tiada aircond...

Antara hidangan di Nasi Bamboo Sungai Klah
Ok lah harga,  standard makan macam kedai makan nasi campur yang lain...tapi memang Nasi Bamboo ni unik dari segi penyediaan, rasa, tekturnya. Lembut, halus dan beraroma gitu.


Teropong jalan balik 😭

Kami makan kerang bakar, gulai kawah kambing, kerabu paku, sotong sambal dan cendol. Licinnnnn kau....sodapppp... Tips makan.kat sini, sebelum sibuk cari talam ambik makanan,  jangan lupa cari meja dulu hahah...sebab sentiasa ramai....buka jam 10.30 pagi - 6 petang....setiap hari....Jumaat tutup ok

Banyak lagi menu lain,  seperti Ayam Kampung Bunian, Ayam Serabut, Ayam percik
Ikan bakar sungai(talapia,keli,kelah, udang galah sungai, ikan bakar laut (kerapu, jenahak,mambong, pari, salmon , kerang,lala selain ada kerepek² dan.bahan kraft.

Jan 26, 2017

Table Of Harmony – TNB CNY 2017


Table Of Harmony – TNB CNY 2017

Malaysia didiami oleh masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Ada Melayu, India, Cina dan pelbagai. Tanggal 28 Januari 2017 nanti,  masyarakat Cina bakal merayakan Chinese New Year . Kemeriahan pasti dirasai dengan berkumpulnya ahli keluarga, sanak saudara berkumpul untuk ‘makan besar' atau Reunion Dinner bersama. 


Tenaga Nasional Berhad ( TNB)  dengan bangganya membawakan CNY webfilm teristimewa bersempena meraikan Chinese New Year pada tahun ini yang boleh ditonton melalui youtube di 


TNB CNY webfilm ini menyampaikan mesej yang sangat mendalam dengan menekankan erti sebenar Table Of Harmony atau makan besar.  Kehadiran ahli keluarga dari jauh berkumpul untuk makan besar lebih penting dan bermakna daripada aneka juadah yang terhidang. Walaupun kadang kala sikap dan pendapat yang berbeza diantara ahli keluarga yang menyebabkan pertelagahan  Seharusnya perbezaan tersebut diraikan bukan diketepikan sama seperti meraikan dan menikmati hidangan tahun baru yang beraneka saiz, rasa dan rupa. Bersatu teguh, bercerai pasti roboh. Seharusnya menerima kelebihan dan kekurangan sesama keluarga barulah wujudnya kebahagiaan dan kemesraan.



Untuk ketahui apakah Mystery Dish makan besar, korang boleh menjawab soalan , nanti lepas jawab soalan, akan dipaparkan menu Mystery Dish yang boleh digambarkan sifat peribadi korang. Macam aku Buttered Prawn In Tiger Clothing...haha katanya, orang macam takut² nak mendekati,  tapi bila dah kenal...rasa selesa...cewahhhh....so kalau nak tau Mystery Dish korang boleh ikut step ini :



Step 1 - 

Step 2 - 
Click on "Watch Cooking Hustle"

Step 3 - 
Share the webfilm on your facebook timeline

Step 4 - 
Click on "Unveil Mystery Dishes" then, "Discover What Mystery Dish You Are & Join the Table"

Step 5 - 
Choose an answer from the questions below :

Step 6 - 
Click on "Unveil Your Dish"

Step 7 - 
"Share Result" or "Post as GIF" 

Jan 17, 2017

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik ?

Hard Disk antara gajet atau peranti komputer yang menjadi keperluan zaman sekarang. Fungsinya untuk back up komputer malah boleh menyimpan segala data, gambar, dokumen, video, mp3 dengan skala yang besar berbanding pendrive dan seangkatannya. Dengan hard disk tak kan ada masalah memori phone penuh sampai phone jadi hang. Segala gambar, kenangan, video, lagu kegemaran korang boleh disimpan didalamnya dengan selamat. Dan paling win untuk korang yang kaki drama, filem...boleh simpan beratus episod didalamnya. Sebelum membeli hard disk...tentunya kena fikirkan dan kaji apakah ciri terbaik hard disk ? Supaya tak adalah kita tersalah beli atau mengalami masalah selepasnya.

Apakah ciri hard disk terbaik??? 



Kapasiti Storan
Alang² membeli hard disk...belilah kapasiti storan yang besar terutama mereka yang ngin menyimpan gambar HD, menggunakan DSLR atau kerja dokumen graphic design. Lebih luas kapasiti storan, lebih banyak dokumen, gambar, video yang dapat disimpan. Sebagai contoh, 500GB mampu menyimpan 100 ribu gambar 6MP, 125 MP3 128kbps

Kelajuan 
Kelajuan pemindahan dan penyimpanan data melalui hard disk amat penting bagi menjimatkan masa. Ianya diukur dengan RPM dan USB yang digunakan... USB 3.0 adalah yang biasa digunakan.


Keselamatan
Oleh kerana hard disk ini untuk menyimpan segala data yang penting dan banyak.. Kena pastikan hard disk yang kita pilih mempunyai ciri keselamatan seperti sistem password, kalis habuk dan kalis yang disediakan serta warranty yang ditawarkan. Biasanya hard disk tawarkan 2-3 tahun jaminan bagi sebarang kerosakan


Saiz
Saiz hard disk juga penting. Bagi yang suka travel, ke sana kemari, seeloknya pilih hard disk yang lebih kecil dan ringan supaya mudah dibawa dan disimpan.


Kualiti
Kualiti yang bagus dan tahan lasak sangat penting bagi memastikan hard disk sentiasa selamat. Terutama yang membawa hard disk kemerata tempat, berisiko untuk jatuh, terhempas dan sebagainya. Pilih metarial yang berkualiti, anti karat dan sebagaiya. Selain design dan warna yang trendy




Kesemua ciri hard disk terbaik tadi rasanya ada pada ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/Shockproof IP68 Ruggedized External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR dari segi harga, kapasiti, keselamatan, tahan lasak dan design yang menarik. Boleh dapatkannya sekarang di LAZADA

Jan 16, 2017

Cara Detox Mudah | LEMONADE XPRESH

Detox water atau air detox....memang best diamalkan dan memang membantu dalam proses detox dan penurunan berat badan. Bermacam aneka resepi air detox pernah aku cuba dan antara yang menjadi favourite..... Lemon Detox.  Tapi kadang tak sempat nak beli lemon, kadang malas nak menghiris heheh....nak perah semua tu...dan harganya yang mahal hahah..so sekarang tak payah susah² lagi, sebab boleh nikmati minuman detox lemon dengan lebih jimat, murah,  berkhasiat dan paling penting cepat dan mudah hanya dengan LEMONADE XPRESH

Lemonade Xpresh


Mulanya ingatkan Lemonade Xpresh ni dalam bentuk cecair pekat, rupanya dalam bentuk serbuk... Khasiatnya sama dengan lemin sebenar...yang kaya dengan antioksidan, Vitamin C dan sangat membantu dalam proses pencernaan dan detox. Disertakan dengan pektin fiber bagi membantu proses penurunan berat badan.

Cara penyedian mudah sesangat hanya bencuh sedikit serbuk Lemonade Xpresh lebih kurang sesudu teh kedalam 100ml air suam ataupun sejuk. Kalau cuaca panas memang best minum sejuk. Baunya best...sebijik macam lemonade minum di restoran tu....rasa pun sedap sangat...memang rasa lemon sebenar. Lemonade Xpresh ni juga boleh digunakan untuk buat tambahan kedalam resepi air detox tau...boleh add on chia seed, daun pudina, halia dan sebagainya

Lemonade Xpresh dalam bentuk serbuk

Amalkan 2x sehari

Minumlah awal pagi dan masa nak tidur, sebab masa ni perut kita tengah kosong dan berehat....so memudahkan lagi proses detox. Selain jaga pemakanan dan bersenam InshaAllah membantu kurangkan berat badan. Memang best badan rasa segar dan ringan je. Sebotol Lemonade Xpresh ni berharga RM48 sahaja dan boleh tahan sehingga 2 bulan....mudah dibawa kemana². Untuk pertanyaan dan belian boleh terus hubungi En Safuan Borhan di sini https://m.facebook.com/safuanborhan

Unboxing Hadiah Pembuka 2017

Halooo hai... Assalamualaikum😍 so jom kita unboxing unwrapping hadiah dari BOH kelmarin..menang dalam flat lay photo contest...tempat ke3 je... Dari KL sampai Rawang tau usung hamper gedabak ni turun naik grab,  train dan bas hehe.. 



BOH Tea Products

Alhamdulillah rezeki,  tau² je aku peminat teh dan teh kat rumah pon nak habis hehe...nampak gayanya setahun tak payah beli... Bermacam jenis teh BOH dari yang biasa aku minum dan yang tak pernah minum . Yang memahal pun ada macam BOH Songket Collection, Garden Teas Bukit Chedding, Exquisite, Peach, Lychee Rose, Chamomile, Peppermint, Ginger, Green Tea, Stevia, Earl Grey, Limau, Strawberry Raspberry, Passion Fruit, Champ, Green Tea Latte, tumbler dan advertiser cinema pass huhu...tq BOH Tea Malaysia 


The Face Shop Beauty Box

Dan yang lepas baru² ni ada  The Face Shop Beauty Box dari giveaway blogger Anil Wanina

Dutch Lady Hamper

Yang Dutch Lady ni dari blogger contest campaign....hamper segala susu... Coklat, strawberry, coconut..dan cash RM200 syukur....jom kita join contest, giveaway ...mana tahu menang lagi...wish me luck sokmo😅
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign