Feb 28, 2017

Dum Laga Ke Haisha | Review Filem

Semalam ke kelmarin,  filem Dum Laga Ke Haisha ada ditayangkan di Tara HD, Astro.... Tak tengok on that time pun, tapi sempat record... Filem ni,  filem 2015.... Bergenre filem romantik. Banyak menang award pula tu dari heroin, sinematographi,  lagu di Filmfare Award dan merupakan filem box office . Lakonan Ayushmann Khurana dan Bhumi Pednekar.



Tentunya istimewa filem ni, memanh lain dari yang lain...barisan pelakon pun bukan dari yang popular tahap gaban tu.... Jalan cerita memang realistik...mengisahkan pasangan yang dikahwinkan oleh ibu bapa tanpa cinta. Macam biasa kan....tapi lain....sebab heroin ni , saiz fizikal yang besar,  hero pulak slim, handsome gitu



Bapak si hero kahwinkan dorang sebab so hero ni tak pandai...repeat belajar sampai umur 25 tahun tak pass pun. Si heroin pulak bijak dan bakal bergaji besar orangnya, so dorang nak manipulate si heroin untuk selamatkan kedai kaset dorang dari bankrap

Konflik bila si hero mula tak selesa sebilik dengan siisteri....tanpa tarikan seksual dan fizikal...si isteri pula berusaha mencuba untuk menambat hati si suami....sampai akhirnya dia putus asa dan failkan penceraian sebab sering dimalukan... dihina



Tapi....dalam tempoh 6 bulan pemerhatian mahkamah...banyak situasi terjadi...yang akhirnya membuka mata si hero...bukanlah saiz fizikal menjadi ukuran untuk happy, bahagia dan berjaya.....serius...memang best...ulasan ni mungkin biasa² tapi nanti korang try tengok sendiri memang beamst dengan visual, muzik, plot yang berlainan dari filem Bollywood yang lain..ada 1 lagu je dorang nyanyi 7 laut 7 gunung tu heheh.mantop....Nora kasi 5 bintang!!!!!!! Dan lepas filem ni debut heroin ni jadi slim tau...sampai dia kurus...hilang berat 25 kg pehhhh cun

Tips Kurus, Flawless, Glowing Dengan Luvriella Vitamin C Beauty Booster by Mischa Zafraa

Vitamin C memang sinonim dan terbukti terbaik untuk manusia....khususnya untuk mengekalkan kesihatan badan, menguatkan sistem imunisasi serta mencantikkan kulit dari dalaman hingga luaran. Biasanya Vitamin C ni boleh kita dapat dari makan buah oren, berries, kiwi, brokoli, tomato dan banyak lagi. Tapi tak semua boleh telan semua tu hari² kan....so jangan risau dengan  Luvriella Vitamin C Beauty Booster by Mischa Zafraa mudah saja untuk dapatkan kebaikan Vitamin C dengan mudah, cepat dan efektif.





Luvriella Vitamin C Beauty Booster merupakan Vitamin C tulen dan berkualiti tinggi. Didatangkan dengan botol comel bewarna pink dengan ukiran bunga ris pada  penutupnya. Walaupun kecil tapi khasiatnya sangat menakjubkan dan menerima ribuan testimoni positif setiap hari. Sebotol Luvriella mengandungi 20g . Ianya didaftarkan di bawah Luvriella Love Enterprise (PG040315-T)

Bau seakan parutan kulit lemon

1 sudu Luvriella + 1.5L air kosong

Luvriella Vitamin C didatangkan dalam bentuk serbuk dan bewarna putih. Baunya seakan parutan kulit lemon gitu. Bau fresh je. Rasanya masam² lemon tu. Disertakan dengan sudu comel bagi memudahkan sukatan penyediaannya.

Cara penyediaannya cukup mudah, hanya perlu campurkan 1 susu Luvriella Vitamin C ke dalam minuman kesukaan korang, seperti jus buahan. Kalau tak tahan masam, boleh juga campurkan ke dalam 1.5 air kosong. Boleh diambil sepanjang masa atau bila perlu.

Biasalah kalau kita ambil vitamin, supplement...pemakanan harus dijaga untuk dapatkan kesan optimum dan membantu penyerapan yang lebih efektif. Perlu banyakkan pengambilan air kosong, kurangkan kafein dan banyaknya senaman.



Belian disertakan bag pink cute

Kelebihan Luvriella Vitamin C Beauty Booster :

  • Mengurangkan selera makan
  • Membantu proses penurunan berat badan
  • Melembutkan & mencerahkan kulit wajah dan badan
  • Memudarkan parut jerawat & jeragat
  • Merawat kulit muka & badan yg bermasaalah
  • Mengecilkan pori terbuka di wajah
  • Menghaluskan serta menganjalkan kulit
  • Merawat kulit kering & mengekalkan kelembapan kulit
  • Merawat kulit kusam & memberikan kesan 'glowing'
  • Melancarkan aliran darah dan membantu mengeluarkan angin dalam badan
  • Mengurangkan eye bag & panda eye
  • Merawat resdung dan alergi kulit.
  • Merawat & mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Menguatkan rambut & kuku
  • Mengalakkan penghasilan kolagen kulit dan megurangkan garis2 halus
  • Menambahkan susu bagi wanita yg menyusukan anak


Harga RM 30 (20g)
Suhaila : 017 - 6072307
( Agen Melaka) 

Testimoni : Kulit makin cerah

Testimoni : Berat berkurangan

Actually baru seminggu amalkan Luvriella Vitamin C Beauty Booster by Mischa Zafraa .... Setakat ni proses membuang memang lancar dan paling best dark circle bawah mata tak berapa nampak sangat.... Tak sabar nak tengok effect pada kulit pula... Dan boleh juga diambil oleh ibu yang menyusukan anak...bagi yang mengandung, lebih prefer korang dapatkan nasihat doktor.. 






Feb 25, 2017

Buah Bidara Viral Kecil Tapi Berkhasiat

Hijau....kecil, genit je buahnya....sebiji macam buah epal hijau...dengan berkilatnya, tangkainya tetapi dalam versi mini. Hari² terliur tengok netizen bercerita tentang BuahHijau....kecil, genit je buahnya....sebiji macam buah epal hijau...dengan berkilatnya, tangkainya tetapi dalam versi mini. Hari² terliur tengok netizen bercerita tentang Buah Bidara yang kian jadi viral ni. Ada yang dari Utara, Pantai Timur buah bidara ni..... Mulanya pelik.....sebab... Buah bidara ...tu bukan ke macam buah mata kucing tu hihihi.... Ramai yang teringin nak mencuba buah ni, dan ramai juga yang menjualnya secara online. Dapat juga merasa hari ni buah bidara viral ni....RM15 sekilo.... COD dekat taman rumah ni hihih

Buah Bidara

Comel...sebiji macam green smith

Rupa macam epal...tapi baunya tak. pun.Memang berkilat, kalau nak masak tu buah bidara ni kuning² dan coklat² sikit warnanya. Pada aku lagi hijau lagi sedap. Rasa buah bidara ni tak masam pun, tak manis sangat...rasanya macam epal + pear hijau...memang rangup sangat..... Ada biji yang keras.. Jangan telan ye...heheh

Bidara yang kian jadi viral ni. Ada yang dari Utara, Pantai Timur buah bidara ni..... Mulanya pelik.....sebab... Buah bidara ...tu bukan ke macam buah mata kucing tu hihihi.... Ramai yang teringin nak mencuba buah ni, dan ramai juga yang menjualnya secara online. Dapat juga merasa hari ni buah bidara viral ni....RM15 sekilo.... COD dekat taman rumah ni hihih

Biji buah bidara,  keras dan besar


Rupa macam epal...tapi baunya tak. Memanh berkilat, kalau nak masak tu buah bidara ni kuning² sikit warnanya. Pada aku lagi hijau lagi sedap. Rasa buah bidara ni tak masam pun, tak manis sangat...rasanya macam epal + pear hijau...memang rangup sangat..... Ada biji yang keras.. Jangan telan ye...heheh

Google info pasal buah bidara ni tadi...wahhhh dalamnya terkandung banyak khasiat tau....selain daunnya yang memang banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Buah bidara ni tersangatlah berkhasiat sebab mengandungi beta kerotein, protein, air, gula, kalsium, riboflavin, lemak, vitamin A, C, niacin, fosfor, karbohidrat dan thiamin

Feb 23, 2017

Flexible Octopus Tripod Murah | REVIEW

Pada yang kaki selfie, video, video tutorial, live video mesti penat nak minta tolong orang pegangkan phone atau camera. Lagi best kalau jenis terlebih kreatif macam aku, siap sendal dengan kotak, bantal, novel heheh...kadang sampai terlangkup phone dibuatnya. So dah memang kerja macam ni, kenalah lebih profesional, so kita beli lah Flexible Octopus Tripod ni. 

Flexible Octopus Tripod (Sponge) + Phone Holder


Ini bukan octopus yang orang Korea suka makan tu tau hehe. Ini spesis octopus tripod. Flexible Octopus Tripod ni adalah tripod seakan kaki sotong octopus tu, boleh dibelit², dipintal² heheh. Tapi yang ni memurah je dalam RM18+ di LAZADA . Brand paling femes dan dijamin mantop dan ofcoz lebih mahal adalah Gorilla, rata² blogger, vlogger oversea guna jenama ni. Kita blogger comey² guna brand biasa² je hihu

Boleh jadi selfiestick juga






Kalau nak beli octopus tripod ni, make sure disertakan sekali phone holder, kalau tak......nak lekat celah mana phone korang tu ? hehe...sebab ada vendor jual berasingan. Dan kena pastikan pula phone holder tu muat tak bukaannya dengan lebar phone korang. Macam yang aku beli ni ngam² dengan Oppo Selfie F1s ni dapam 5.5-5.7 inci boleh muat. Macam Samsung yang lebar² kena cari yang lebih besar

Octopus berdiri

Octopus duduk

Tapak kaki octous tripod ni plastik dan mampu melekap pada permukaan, so dia takkan bergerak dan mampu tampung phone aku ni berat juga ni.... Dan boleh kita lilitkan kaki octopus tripod ni pada tepi pintu, dahan pokok, grill, kerusi, meja bersesuaian dengan angle dan background yang kita nak. Tapi make sure ketatkan phone holder tu supaya phone kemas pada kedudukannya. 

Banyak warna, tapi aku suka merah...barulah octopus kan. Dan yang ni jenis octopus sponge, sebab batangnya yang boleh dipintal² tu dicover dengan sponge, yang brand Gorilla tu memang awesome dia cover guna bulat² plastik...korang try google mmg cute...tapi tak berani nak beli yang jenis macam tu untuk brand yang biasa, sebab banyak review kata bulat² tu mudah patah.

Memang teruja dapat octopus tripod ni, memang flexible...dan tak menahan nak guna masa buat live video, tutorial dan ofcoz video makan² hehe.... Jangan lupa layan video² menarik di youtube channel MAMA DARWIISHdan jangan lupa subscribe dan tinggalkan komen, nanti kita resubscribe ok . 

Cara Cuci Berus Mekap Dengan Mudah

Hari ni nak share cara mudah untuk cuci berus makeup. Memang kena cuci ye berus makeup tu, walau nampak remeh supaya tak merosakkan kulit kita, nak pula jenis kulit muka yang sensitif, bayangkan pakai berus makeup tu berbulan lamanya tapi tak pernah cuci, agak² tebal mana lah debu, baki makeup yang ada dalam berus tu. Itu pun salah satu punca timbulnya jerawat, gatal² pada muka, nak pula kalau korang berkongsi dengan orang kan huhuhu. Selain tu juga bagi mengekalkan warna makeup yang kita guna, nanti kalau tak dicuci berus tu, berdouble² warna...so tak cantik kan. Rasanya ramai yang dah tahu teknik dan cara cuci berus makeup ni, tapi takpe...korang layankan je ye.. Hehe

Berus makeup murah je

Berus makeup, beauty blender, beauty sponge, even silisponge boleh dicuci...sendiri hanya menggunakan sabun, shampoo, gel pencuci khas berus makeup. Tapi kebiasaannya mahal harganya, so kita guna je barang yang ada. Macam aku ni guna liquid cleanser anak punya haha... So rendamkan ½ jam berus² makeup tadi ke dalam bekas berisi air suam bersama sedikit cairan pencuci / shampoo baby tadi....air suam.ye bukan air panas....

Rendam dalam air suam dan pencuci / baby shampoo

Bersihkan berus dengan lembut

Lepas tu, gosok bulu berus dengan perlahan, lemah gemalai diatas tapak tangan, secara membulat, boleh juga picit² lembut berus tu, untuk keluarkan baki makeup pada berus tu. Cuci sampai korang puas hati.

Keringkan...guna hairdyer cepat sikit

Berus makeup lepas dicuci

Bilas dengan air suam, lap kering dengan tuala bersih, nak lagi cepat hairdryer kan aje bahaha... Tak sanggup tunggu lama²...lagipun lebih kering secara menyeluruh...kalau tak ada takper...lepas lap² tu, tegakkan berus dalam gelas...biar je sampai betul² kering. Oh ye set Chriszen Makeup Brush ni barang review 4 tahun lepas... Tak beli pun hehe...baru sekarang start guna...ni pun ada yang hilang huuu 

Shopping Alat Makeup Murah

Korang suka makeup ? Biasanya korang lebih suka shopping barang mekap secara online ke atau direct ke kedai makeup macam Sephora, Sasa tu semua atau ke farmasi je ? Semenjak join makeup class ni semangat sungguh nak practice makeup, so kenalah topup barang makeup hehe. Nak beli yang fake, risau pula kulit muka ni sensitif, sebab kulit muka aku ni jenis mudah berjerawat, so senang cerita terus shopping barangan makeup di www.althea.kr sebab memang dah familiar dengan Althea lepas banyak collaboration review dengan dorang, servis dipercayai, cepat, produk memang berkualiti. Haruslah KBeauty kata nak letopsss macam Song JiHyo hahah. Lagipun kbeautu memang sesuai dengan kulit muka ni, rasa ringan, natural dan kebanyakkannya bebas chemical.

Althea Beauty Box

Althea Pink Parcel
Tak sampai seminggu pun sampailah pink parcel ni. Excited sungguh... Total RM118 free shipping...ada 6 item...wahhh sakan shopping....sekali setahun je ni kah² . Ingatkan dapat Valentine limited box tu, rupanya tak dapat....sold out haishhhhh. Item semua ni pun beli yang memurah je....under RM50

6 item je


Its My Puff
RM5
Puff atau span yang bermacam bentuk, sesuai untuk dap² foundation dan seangkatan dengannya. Ada dalam 25 biji kalau tak silap. Banyak lagi bentuk yang ada.... Memang spongy, lembut dan banyak haha....tonyoh lah sampai lebam



The Saem Tip Concealer
RM16
Comel je... Cover perfection katanya...paling best sebab ada SPF28/PA++ kira 2in1 melawa + sihatkan kulit. Kbeauty memang macam tu konsepnya



Nella B.B Foundation Cream
RM22
40ml.....aura radiance gitu...pun sama ada SPF37/PA++ lagi hebat dari concealer tadi, sebab foundation kita guna serata muka kan. Diperbuat dari enzime dan pearl powder, boleh bagi efek glowing....wahhh x sabar ni



W.Lab 3D Face Shading Stick
RM16
Ni guna untuk contour / shading bagi efek mancung, tirus tu.... 11g...suka packaging onni cun ni haha



W.Lab Pocket Shadow Pallete
RM37
Ada 10 kaler....ada matte dan shimmer / glitter....i like... Lebih pada nude color... Siap berus.  Yang penting cermin clear tak blur



Belleme Shy Smile Blusher
RM22
Kod rose gold. Ni blusher paling murah haha...kita grab yang memurah je...janji cute dan ok. Warna pun trending

So nanntikan hasil penggunaan barangan ni nanti. Yay or nay hehehe. Nanti dah habis kita shopping lagi ye....

Feb 20, 2017

RESEPI MURTABAK MANIS INDONESIA | INDONESIA PANCAKE

Semenjak layan Indonesia food channel OK Foof di Astro tu, mulalah teringin nak cuba. Terutama dessert...macam menarik je.... Dalam banyak² makanan yang ditunjukkan teringin sangat makan Murtabak Manis.... Kalau dekat Malaysia lebih kurang apam balik je hahah... Tapi special sebab filling Murtabak Manis Indonesia ni dipelbagaikan.... diletakkan cheese, coklat, coklat cip dan banyak lagi...nampak meriah...ada yg panggil Indonesia Pancake... Ingatkan susah nak buatnya...rupanya mudah je....lebih kurang sama dengan apam balik

Murtabak Manis Indonesia

Bancuhan adunan Murtabak Manis


Resepi Murtabak Manis Indonesia 
130g tepung gandum
1 biji telur ayam
½ sk soda bikarbonat
½ sk baking powder
2 sb gula pasir
160 ml air

Blender kan semua bahan ni sehingga sebati...nak wish pun boleh.... Lepas tu perap adunan 45minit - 1jam....

Lagi banyak lolbang, lagi fluffy tekstur murtabak manis

Cara hidangan

Cheese Coklat

Panaskan pan fry....oles sedikit butter / minyak masak....sendukkan adunan....  Biar tebal sikit baru sedap...dalam 2 senduk....biarkan dengan api besar dalam 2-4 saat supaya jadi lubang² dipermukaan...makin banyak lubang makin sedap, menjadi murtabak manis ni..kemudian perlahankan api...tutup sekejap....oles butter dipermukaan...dan angkat..bila adunan masak...tiada yang cair....masak sekata

Parutkan coklat masakan, cheese diatasnya....kapitkan dan potong....sedap dimakan panas. Topping ikut suka bileh je letak kacang tumbuk, jagung manis dan banyak lagi

SILISPONGE | Review

Sejak mula belajar makeup ni dah mula mengenal makeup tools antaranya beauty blender. Beauty blender ni fungsinya untuk meratakan solekan asas seperti krim, foundation dan sebagainya. Kalau dulu biasa orang guna jari, span, berus mekap dan terbaru beauty blender berbentuk span / telur tu.....tapi paling terbaru adalah silisponge

Silisponge

Silisponge hadiah giveaway

Rezeki join giveaway blogger Aliza Sara....menanglah satu silisponge ni....kata Aliza best guna silisponge ni, jimat foundation dan senang digunakan. Tadi rajin google pasal silisponge ni.... Hong Kong base produk rupanya... jenama pertama yang mengeluarkan silisponge adalah Molly Cosmetic dan harga sekitar RM40 yang original...kalau yang biasa tak silap RM10 pun boleh dapat.

Lembut je silisponge ni

Sapuan lebih rata dan menyeluruh

Silisponge diperbuat daripada silicone, thermoplastic dan polyurethane yang sesuai dan selamat untuk kulit, ada yanh panggil silisponge ni clear sponge, dan silikon sponge...tekstur nya kenyal² gitu, geram nak gigit....lutsinar.....

Kurang pembaziran foundation, tak melekat pada silisponge

video


Cara pakai mudah saja, guna foundation, makeup base macam biasa...cuma dalam kuantiti sedikit...kemudian ratakan denga n silisponge ni.....memang senang sangat ratakan even di part susah macam celah hidung semua tu..... Memang jimat, krim, foundation yang mahal² tu kurang melekat dan tertinggal di silisponge.... Memang berbeza kesan sapuan nya berbanding menggunakan jari, span, berus dan beauty blender.....cara cuci mudah je... cuci dengan air dan sabun... Sabun mandi atau pencuci muka atau pencuci makeup tools dan keringkan...dengan tisu atau kain bersih.

Feb 19, 2017

PROJEKKAHWIN.COM - Memudahkan Dan Merealisasikan Impian Bakal Pengantin

Majlis perkahwinan yang sempurna menjadi impian dan angan setiap bakal pengantin. Persiapan majlis perkahwinan memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan ianya menepati citarasa dan menjadi kenangan terindah buat selamanya. Tema Klasik, Tema Tradisional, Tema Dalam Taman, Tema Inggeris dan banyak lagi membuatkan bakal pengantin kadang sukar untuk membuat pilihan selain tema warna dan aspek lain. Khidmat wedding planner sangat memainkan peranan penting bagi merancang, mengatur dan merealisasikan impian dan angan pasangan pengantin khususnya mereka yang sibuk dan tiada idea. Dengan adanya portal perkahwinan seperti Portal Projek Kahwin, urusan persiapan majlis perkahwinan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan mengikut pakej kahwin dan bajet yang diperuntukkan.

https://www.projekkahwin.com


Projekkahwin.com
Projek Kahwin merupakan sebuah portal yang ditubuhkan dengan mengumpulkan semua produk, perkhidmatan dan vendor perkahwinan bumiputera secara online bagi memudahkan bakal pengantin.


Antara produk, perkhidmatan yang terdapat di dalam pakej kahwin di Projek Kahwin adalah wedding planner, make-up dan andaman, photoghrapher, video, hotel, ballroom, catering, butik pengantin, kad kahwin dan banyak lagi dengan tawaran harga menarik serta mengikut bajet pasangan pengantin.

Antara catering perkahwinan dari vendor projekkahwin.com

Hasik fotografi dari vendor SweetPicture


Untuk mendapatkan khidmat dari Projek Kahwin atau pakej kahwin yang bersesuaian, bakal pengantin hanya berurusan  dengan mudah iaitu secara online, dan tak lama lagu akan lebih mesra pelanggan dengan akses melalui ios dan android. Segala maklumat syarikat vendor, logo syarikat, media sosial dan maklumat serta hasil kerja vendor boleh dilihat di portal Projek Kahwin serta boleh melihat update terkini vendor melalui akaun media sosial seperti facebook dan instagram.




Portal perkahwinan seperti Projek Kahwin ini memang memudahkan urusan persiapan majlis perkahwinan dengan tawaran dan pilihan dari vendor perkahwinan yang profesional dengan harga dan pakej perkahwinan yang mengikut bajet dan berbaloi. Dan yang paling penting ianya dipercayai dan diyakini serta mendapat feedback yang baik daripada pelanggan.





Instagram : 

Facebook :

Website : 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign