Mar 27, 2017

Padah Layan Indonesia Food Blogger , Terjebak Dengan MEDAN NAPOLEON

Medan Napoleon .... Lagi satu desserts dari Indonesia yang buat aku terliur, menitis² air liur haha. Kalau dulu duk layan Murtabak Manis....sebab selalu tengong OK Food Channel....ni pulak dah terjebak dengan Medan Napoleon.... Yang ni kes sibuk follow Indonesia food blogger punya instagram haissssh ... Nasib si kaki dessert huuuu

Photo Credit : Google

Photo Credit : Google

Photo Credit : Google


Photo Credit : Google

Medan Napoleon ni dessert dari Medan, Indonesia..... Desserts puff pastry yang dalamnya berintikan durian, coklat, cheese, green tea...dan bahagian luar pula dibalut dengan sof cake ....dijirus pula dengan segala toping leleh meleh pehhh ...adehhh pasni gigih cari resepi pula.....tak lama masuklah Medan Napoleon ni dalam market Malaysia....tak caya tunggu....

Mar 26, 2017

Hadiah Comel Untuk Mama Kpop

Mama Kpop ??? Kah² kpop x apa...jangan kepoh hehe .qDah lama tak join contest atau giveaway di blog² ... Kalau rajin pun setakat join contest dan GA di instagram, facebook atau page... Masalah malas satu hal...masalah internet connection pun ye...tersengguk² memang potong stim. Alhamdulillah ada juga terselit hadiah dalam malas² ni hehe...rezeki menang blogger selfie contest dari My Town Shopping Center...ala shopping mall besar yang bergabung meletop dengan IKEA tu.... Hadiahnya berbeza², rezeki anak² dapat set bag dari BlackKiwi . Total dalam seratus lebih juga, ada beg, pencil case, ruler pen dan mainan cube.... Semua hijau hehe






Dan semalam join satu blogger workshop...terpilih sebagai pemenang lucky draw hihu..hadiah tajaan EZBuy dan Involve Asia ... Dapat set seramik Doreaemon...ada mangkuk nasi, mangkuk sup, sudu dan chopstick....mangkuk tu besar sesangat...dan multifunction...boleh guna untuk double boiler...baru cadang nak beli..sebab teringin nak buat cheese fondoe hehe...tq semua

Mar 24, 2017

VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer ( Review )

Kalau ditanya...  Mana lagi aku suka... Untuk buang bulu dibahagian tertentu...samada wax, cabut atau cukur ? Sememangnya aku pilih cukur,  sebab memang tak sanggup menahan sakit kalau dicabut, inikan pula waxing...adoiii lahhh. Tapi ramai juga yang tak berani bercukur, sebab terdedah risiko luka, dan sakit. Tapi sekarang mudah je dengan produk terbaru dari Veet, iaitu VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer . Bagi yang tak tahu, Veet memang jenama yang mengeluarkan produk untuk membuang bulu seperti wax strip dan hair removal cream yang memang menjadi pilihan wanita khususnya.

Veet Sensitive Touch 

Veet Sensitive Touch | Electric Trimmer

VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer didatangkan khas dengan ciri ekslusif bagi memeliharan kulit si pemakainya kerana ia dijamin selamat digunakan tanpa menyakitkan dan mencederakan, melukakan kulit terutama dibahagian sensitif. Dan yang paling bestnya, VEET Sensitive Touch ni boleh digunakan pada banyak bahagian seperti untuk merapikan bahagian kening / eyebrows, upper lips, dagu, sideburns, bikini line dan kawasan intim.




VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer lengkap didatangkan dengan saiz yang comel, so mudah sangat dibawa kesana kemari dengan beauty pouch kalis air yang disediakan, hanya perlu 1 bateri saja....tak perlu soket² semua tu. Warna pun pink...cute sesangat.... Bodynya pun mudah, selesa dipegang

Untuk kegunaan bahagian muka :
  • 1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
  • 1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
  • 1 x Styler cap

Untuk kegunaan kawasan yang lain :
  • 1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
  • 1 x comb attachment to uniform hair length

Aksesori tambahan :

  • 1 x Cleaning brush
  • 1 x Beauty pouch 
  • 1 x AA Battery

Kelebihan Veet Sensitive Touch

Harga dipasaran pula, ada yang RM98+ - RM119+ so kena pandai cari dan bandingkan harga.. Kalau nak lagi murah beli kat sini Lazada Birthday Sales ada diskaun 25% siap ada freegift




Mar 23, 2017

Nak Hadiah Birthday Please!!! | KATE VANITY MIRROR

Kan dah bagitahu semenjak nak menjangkau usia 30an ni...selera nak cantik², mekap semua ada...hehe. So hadiah birthday tahun ni pun meminta sangat ada orang hadiahkan Kate Vanity Mirror . Wah demand sungguh bakal birthday girl ni hehe.... Berapa haribulan?  31 March ni.... Macam nak bagi hadiah je hehe...

Kate Vanity Mirror for my Birthday please!!! 

Sebenarnya kebelakangannya baru tau serba sedikit pasal Kate Vanity Mirror ni... Itu pun lepas selalu layan FB Makeup Murah By Naomie yang juga seorang MUA dan  memang menjual Kate Vanity Mirror . Pada yang tak familiar, Kate Vanity Mirror ni adalah cermin mekap yang dilengkapi dengan mentol lampu disekelilingnya....ala² Hollywood glamorous gitu...yang biasa kita nampak digunakan oleh makeup artis profesional, butik mekap dan artis² antarabangsa. Wahhh feeling cantik kalau duduk depan cermin ni. Ala kalau bukan kaki mekap pun..best apa ada Kete Vanity Mirror ni...nampak mewah, style, cun, princess, beauty gitu.... Sesuai sangat dengan kita gigirl yang suka bergaya dengan cermin, belek² muka, pakai shawl, tudung semua tu kan. Kebiasaannya mentol yang digunakan adalah rendah tahap watt dan kepanasannya...so takde lah mengganggu gugat hasil mekap kita....

Credit : Google

Credit : Google

Memang lain lah Kate Vanity Mirror ni dengan cermin atau cermin mekap biasa sebab, dengan pengcahayaan yang cukup dari mentol² tu, dapatlah kita tengok hasil mekap, dandanan kita dengan sempurna...sebab faktor pengcahayaan sangatlah penting bila mekap...nanti tak ada lah susah² kita selak langsir nak dapatkan cahaya heheh.... Kate Vanity Mirror ni harganya ...mampu buat korang menangis heheh...sebab menjangkau RM 3-5 ratus mengikut design, saiz dan kualiti....ada yang jual cermin saja, ada yang jual 1 set siap meja, laci ( Kate Vanity Table)  macam Naomei ni, harga rasanya murah berbanding yang lain...siap ada pilihan warna putih, hitam, merah...uhhhh menggoda sangat. Kalau dibagi pilihan..aku pilih putih...wahh suci...princess sesangat kan.

Makeup Murah By Naomie

Kalau nak tahu, entri ni pun besempena join contest dari Naomei dan hadiahnya tentulah sebuah Kate Vanity Mirror....so kalau korang pun mengidam kan cermin ajaib ni, cepat join.. Mana tahu rezeki kita menang kan...Amin....Caranya mudah je, pergi ke facebook Makeup Murah By Naomie kat sana ada details dan syarat penyertaan. Dan paling best sekarang Naomie ada buka tawaran belian secara installment buat yang berminat...hanya RM100 sebulan huhu... Apa lagi jommmmm

Mar 22, 2017

SAFI BALQIS OXYWHITE o2 | Review

SAFI rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. SAFI merupakan antara jenama penjangaan wajah dan kecantikan dari Malaysia yang sudah lama berada dipasaran dan sememangnya menjadi pilihan ramai dek kerana kualitinya, harga yang berpattutan, senang didapati dan semestinya HALAL. Dari jenis kulit normal, berminyak, kombinasi semuanya boleh pakai. Teringat zaman sekolah berasrama dulu,  SAFI ni lah yang menjadi pilihan hehe maklumlah kulit muka remaja, terlajak sensitif...nak beli yang memahal, sekolah lagi...jadi semua pakat beli SAFI


Safi Balqis OxyWhite o2


Bermacam inovasi dan teknologi sudah diperkenalkan oleh SAFI dan terkini SAFI mengeluarkan SET AYU, SAFI BALQIS OXYWHITE o2 . Yang sememangnya dikhususkan untuk kulit wanita Asia dengan teknologi terkini bagi memberikan kesan pencerahan, cantik, lembab yang berpanjangan.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Set Ayu Safi Balqis



3 item awesome dari Safi OxyWhite

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 



Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 50g / 100g
Harga : RM7.30 / RM12.30 ( Termasuk 6% GST )


Pembersih Safi Balqis OxyWhite
  • Dengan teknologi mikrobuih ia lebih berkrim / lembut
  • Membersih jauh ke dalam liang pori
  • Menghilangkan kotoran / sisa makeup
  • Melembabkan kulit secara berpanjangan


Penyegar Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 100ml
Harga : RM10.90 ( Termasuk 6% GST )


Penyegar Safi Balqis OxyWhite
  • Mengecilkan pori
  • Mengandungi ekstrak cendawan
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Tekstur tak melekit dan bebas alkohol


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 45g
Harga : RM20.20 ( Termasuk 6% GST )


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite

  • Berasaskan air
  • Tekstur ringan dan mudah diserap kulit wajah
  • Melembakan wajah sehingga 24 jam lamanya
  • Mencerah dan meredakan kerengsangan kulit
  • Mengandungi Vitamin B3 untuk meratakan tona kulit
  • Mengandungi Asid Hyaluronik untuk kesan lembapan
  • Sesuai untuk kulit kombinasi / berminyak
  • Boleh dipakai siang / malam

Rangkaian produk Safi Balqis OxyWhite o2 boleh didapati diseluruh pasaraya / pasaraya besar seluruh negara...atau layari facebook SAFI MALAYSIA instagram SAFI MALAYSIA dan Youtube SAFI MALAYSIA untuk sebarang info dan promosi lanjut


Diskaun Shopping 90% | LAZADA BIRTHDAY SALE

Lebih jimat !!!  lebih berbaloi !!! Bila korang shopping hari ini 22 March - 24 March 2017 di Lazada. Sempena ulangtahun ke-5 Lazada Birthday Sale sebagai online shopping pilihan ramai. Wahhh dah 5 tahun rupanya Lazada.... Terus berusaha menaikkan mutu perkhidmatan tahun demi tahun bagi menambat hati pembeli, selain tawaran barangan, harga dan penghantaran yang baik. So apa tunggu lagi,  jangan lepaskan peluang keemasan ni, 3 hari je tau...untuk korang rebut diskaun sehingga 90% untuk 10 juta barangan daripada 18 kategori seperti makanan, pakaian, perabot, perhiasan, dan sebagainya. 






Caranya mudah saja...hanya perlu  :



  1. Pilih barangan yang korang nak beli
  2. Kemudian masukkan ke dalam troli lazada korang
  3. Add Item To Your Cart
  4. Seterusnya proses pembayaran
  5. Dapatkan Surprise Discount Unveiled
  6. Check Out For A Surprise


Tq Lazada for the surprised

Terima kasih Lazada sebab hadiahkan Lazada Surprise Box baru² ni, terharu sangat...Alhamdulillah, semua jadi kesukaan haha tau² je... Barang kesukaan aku.... Dan kesemua barangan yang ada dalam box ni, korang boleh dapatkan di Lazada dengan diskaun sempena 5th Lazada Birthday Sale 22-24 March ini.

TIMEX Men T2N746 Weekender Through Strap Watch

 VOGUE Night Blue Sunglasses V027958F 23254C
VOGUE Night Blue Sunglasses

A6 Memo Note Book Bottle

BONIA BB The Dog Coin Purse

KINOHIMITSU japan Collagen Diamond Drink

NESTLE Omega Plus Milk With Oats 10x42g

NESTLE Nestum 3 in 1 Banana Caramel 10x28g



Sambil² shopping tu jangan lupa singgah di Facebook dan Instagram Lazada sebab memang tengah rancak segala contest dan giveway yang berlangsung disana sempenan 5th Lazada Birthday ni... Dengan tawaran hadiah yang terlajak awesome...selain contest untuk blogger.





Web : 




Mar 18, 2017

LAZADA Surprise Box | Sempena 5th Birthday

Seminggu dua ni memang meriah timeline kengkawan media, blogger semua.... Semua terlajak happy, meriah bila dapat LAZADA SURPRISE BOX Ada yang sampai 2-3 box tau... Tapi semuanya bernilai lebih dari RM400 setiap box... Wahhh banyak tu...Terima kasih Lazada Malaysia. Dan Happy Birthday. Alhamdulillah tak terkecuali juga untuk merasai dan memeriahkan ulangtahun kelima Lazada....... 5th Lazada Birthday Surprise Box ni baru sampai hari ni...walaupun demam, tak berapa sihat..gagahkan juga unbox hadiah awesome tu....excited wehhhh hahah

Lazada Surprise Box



Memang gedabak dan berat box kali ni.... Sebenarnya ini bukan kali pertama dapat gift dari Lazada...Lazada memang bermurah hati...  Hehe... Korang boleh layan youtube channel ni untuk tengok aksi unbox Lazada Surprise Box ni 


Hilang sakit dapat surprise hehe

Lazada Surprise Box Worth RM400

Lazada Birthday Sale

Tersangatlah meriahkan semuanya produk branded yang Lazada hadiahkan....ada dari timex, Bonia, Vogue dan bermacam lagi ada aksesori, supplement, aksesori dan makanan. Ada yang harganya mencecah RM200+ Alhamdulillah.... Jadi mark your calendar 22 - 24 March 2017 LAZADA BIRTHDAY SALE menawarkan sehingga 90% diskaun harga dari pelbagai kategori produk, perkakasan rumah, mainan, gajet, pakaian, makanan, perhiasan dan banyak lagi..... dan korang berpeluang menang berbagai hadiah lumayan...dengan menyertai giveaway yang memang rancak dianjurkan di instagram dan facebook rasmi Lazada Malaysia.

Mar 17, 2017

Dulu Dengan MUA, Sekarang Dengan Mak Andam | BELAJAR MEKAP

Simptom² melawa, bermekap menjadi² semenjak memenjak umur nak menginjak 30an ni hahaha. Hari tu ada rezeki join kelas mekap dengan MUA / makeup artist Shiha,  jauh dekat Shah Alam...ku redah juga sebab memang nak belajar...memang dari zero bab² mekap ni. Memang best pengalaman, ilmu yang dapat masa tu....Alhamdulillah baru ni hari tu rezeki lagi belajar makeup.....kali ni dengan mak andam uolsssss. MUA kira pelapis² muda bidang mekap² ni, freshie gitu....mak andam ni boleh kata otai kot hahah...tapi sama je..... MEKAP




kelas ni diajar zero - basic oleh Kak Ila....memang Kak Ila ni mekap kan pengantin, majlis tunang tu semua. Yuran murah ya amat RM50 siap dari demo - praktis....4 orang je.... 



So memang best....diajar sampai betul² paham.... Banyak tips, teknik baru, lama yang dikongsikan . Siap ada kelas makeup online whatspp lepas kelas ni....kena praktis dan tunjuk hasil kat sana. Aku memang lemah bab² ukir kening ni....so kenalah.....practice selalu

Mar 16, 2017

Casing Contact Lens Daiso

Daiso.... Miniso....Yumiso antara rangkaian kedai serbaneka dari Jepun dan Korea...harga memang murah, kualiti bagus dan jangan pelik.dan panik kalau tetiba bayar jadi puluhan ringgit sebab sure korang akan beli benda bukan² sebab tersangat unik, cute haha. Plan nak beli lain, bayar benda lain hehe. Hari tu memang tak.plan.nak beli apa²... Tawaf punya tawaf dalam Daiso tu makan terbeli juga Casing Contact Lens ... Ni Daiso outlet Sunway Putra....mahal juga dah sebab add on GST..kalau dulu semua barang RM5.00 pastu jadi RM5.30 dan sekarang dan RM5.90 huhhuuuu

Lengkap dengan twizzle dan botol solution

Casing Contact Lens


Casing Contact Lens ni tersangat lah comel. Sebenarnya tak berapa perlu pun sebab biasanya kalau kita beli lens sterile solution mesti dapat free casing kan....ahhhh ada aku kesah hehe.... Tapi best casing ni
..selaim desing yg sangat cute...ia lengkap dengan botol cute untuk diisi dengan solution, twizzle untuk sepit lens dan casing kiri dan kanan....so senang nak angkut kesana kemari...tak adalah.nak usung gedabak botol solution tu kan heheh. Ada kaler biru tak silap...lupa dah

Mar 15, 2017

Mung Bean Mud | Mask Kacang Hijau Dari Korea

Masker kacang hijau memang bagus untuk kulit. Sebab kacang hijau ni teramatlah kaya dengan kandungan Vitamin E yang memang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebelum ni ada share artikel, resepi untuk hasilkan homemade mask kacang hijau kat sini RESEPI DIY MASK KACANG HIJAU..walaupun agak renyah nak buat tapi memang best. Memang bagus untuk kecutkan kerawat, haluskan kulit. Hari tu ada singgah di Yu Mi So, Berjaya Times Square. Yu Mi So ni rangkaian kedai Korea lebih kurang kedai Jepun macam Mini So, Daiso tu. Harga barangan ok murah²....tapi sempat beli Mung Bean Mud Mask je...memang dah lama cari

Korea Ming Bean Mud Mask

Beli di Yumi So




Mung Bean / Kacang Hijau Mud Mask ni gabungan kacang hijau dan lumpur / tanah liat volcanic. Korea memang sinonim dengan volcanic lava kan. Harga RM10 je dengan kandungan 120g. 100% natural tanpa bahan kimia berbahaya

RM10 je

Siap ada spatula comel

Selek jangan tak selek

Apa yang aku suka, disertakan dengan spatula comel ni, so lebih bersih lah, takde lah kita colek² guna jari.... Bau memang best...ada wangi² sikit...cara pakai mudah je...oleh lembut keseluruh muka kecuali mata, mulut hehe. Tekstur halus,  lembut, sebiji macam tanah liat dan lumpur tu. Sejuk je muka tau..... Rasa dia menyerap...biarkan selama 15-20 minit...nanti dia kering....lepastu bilas dengan air suam, lap bersih....Korang akan senyum girang.... Sebab korang akan rasa kulit muka lebih halus, lembut, wangi hehe. Boleh amalkan 2-3 kali seminggu....kalau kaya...bajet lebih...hari² pun boleh pakai heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign