Hari Orientasi Adam Ke Tahun 1

by - January 02, 2018

Selamat Tahun Baru... Selamat kembali ke sekolah ye anak²....Sekarang sebelum sesi persekolahan sebenar, mesti ada Hari Orientasi pelajar tahun 1 ....Aku lupa dah, zaman aku dulu ada ke ek? Hehe...nampak nau lama berkurun dah. Hari ni 30 Dec merupakan hari orientasi sekolah Adam. Alhamdulillah Adam ok² aje, sebab tahun sebelumnya, memang Adam bersekolah PRA disekolah sekarang ni. So Adam dah biasa dengan persekitaran nya.

Sugar plum mama 😘 segak beruniform

Darjah 1, lagi lah ramai kawan baru, kalau PRA dulu satu kelas 20 orang, sekarang darjah 1 dalam 30-40 murid...harapnya...Adam dan dan kawan² dapat catch up apa yang cikgu ajar dan berkawan baik..Amin

Tetiba sebak tengok Adam dah besar 😭

Hari orientasi..memang diarahkan berpakaian seragam sekolah..so anak² akan merasa sendiri suasana persekolahan sebenar, bagi mereka betul² sesuaikan diri..darjah 1, mak ayah memang kena duduk tepi dah...tak boleh manjakan sangat..bagi mereka berdikari

Pandai² lah anak mama bawa diri ye 

Tq papa 🌹

Papa Adam stay kat sekolah sampai sudah, maaf aku terpaksa balik hehe..cik Bella mengamuk, stress tak ada kelas..semangat dia bawa bag bagai...nasib sekolah depan rumah je kan....mudahan anak² soleh solehah ni bakal membanggakan mak ayah...dan cikgu pun mendidik dengan sabar...Amin..tq utk suami tersyayammmm mengadakan segala keperluan sekolah Adam..muaxxxxx

You May Also Like

2 ulasan

  1. hahah..dia pun n ak sekolah juga..siap bawak beg..comel je bella.

    ReplyDelete
  2. selamat menempuh alam persekolahan ya darwish

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish