ID.AZ DERM FACE MASK ( REVIEW )

by - January 09, 2018


Face mask.. Antara item yang wajib ada dalam beauty drawer aku... Cara mudah dan malas atau short cut and cost untuk rawat, belai dan bagi nutrien pada kulit muka. Pakai sekeping dua memang tak jadi apa dik πŸ˜‚ kena lah konsisten  kata nak peloles macam kpop idol hehe.

ID.AZ Derm Face Mask

Daripada banyak² jenis mask, sheet mask adalah jenis mask yang menjadi pilihan ramai..sebab mudah kot, just tepek kat muka..dan ofkoz aku akan beli mask made in Korea especially...Taiwan, Japan pun ok
So kali ni, aku nak share pengalaman mencuba sendiri premium mask dari ID.AZ Derm Face Mask , katanya sekali penggunaan dah nampak kesannya... Kenapa premium ? Kalau dah premium mesti mahal kan ? Haaa nak tau kenalah teruskan membaca ye korang πŸ˜‰

Dihasilkan melalui penyelidikan oleh ID Health Care

ID.AZ Derm Face Mask istimewa dan premium kualitinya sebab ia dihasilkan ID Health Care , sebuah institusi kecantikan dan kesihatan di Korea..yang sebelum ni mengkaji permasalahan kulit mereka yang buat aesthetic treatment, so pihak mereka menghasilkan mask yang sesuai untuk kulit normal dan sensitif khususnya..dan kalau tengok blog Korea..ramai selebriti Korea yang menerima rawatan di sana. Pendek kata ID.AZ Mask ni dibuat oleh mereka yang pakar lah...

3 jenis mask dari ID.AZ 

ID.AZ Derm Face Mask mula dipasarkan di Malaysia sejak December haritu di seluruh cawangan Watson..dan ada promo tak silap, RM1 untuk belian ke-2

3 jenis premium mask dari ID.AZ adalah :
Water Fit Mask ( Hydrating )
Bight Fit Mask ( Brightening )  
Golden Fit Mask  ( Nutrition )




Water Fit for hydrating

ID.AZ Derm Water Fit Mask ( Hydrating )

Bagi yang jenis kulit kering... bermasalah.. better pakai yang ni. Sebab memang ia mengkhusus untuk merawat kulit kering..dan ia mengandungi Marine Collagen, Sea Minerals dan Hyaluronic Acid yang memang bagus melembabkan kulit

Essence nya jangan lupa apply kat tangan tu semua tau

Dengan adanya lapisat net tu, mudah je kita nak pakai mask ni, tak penyek² πŸ˜…

Seriously baunya menyenangkan, macam floral sikit even ada Hyaluronic Acid..tak pedih bunya..dan metarialnya daripa micro fiber tersangatlah lembut..like cotton...dan nipis sahaja dan ada 2 layer tau...dengan non wooven tu..bagi memudahkan kita set up mask atas muka, takdelah meliuk lentok mask tu

Seriously suka dengan metarial sheet mask ni..lembut, halus  nipis

Essence nya melekit² lembut gitu..tak meleleh..dan macam biasa jangan bazirkan heheh..korek paket tu..dan sapu pada leher,  lengan, siku semua..the biar 20 minit ...yuppp best..muka rasa lembab...dan segar dari sebelumnya...

Masa pakai tu, sejuk, relax je kulit muka dengan adanya panthenol, allantoin, tu semua



ID.AZ Derm Bright Fit Mask

ID.AZ Derm Bright Fit Mask

Yang ni best sebab ia mencerahkan...hah bukannya tepek terus melepak tau πŸ˜‚ ia membantu mencerahkan dari dalam kulit...kiranya kulit akan nampak glowing, berseri gitu....yang kulit dull, kusam tu..cubalah...best, serius cakap

2 lapisan metarial...membantu penyerapan essence

Tekstur sheet ID.AZ Bright Sheet Mask ni agak tebal berbanding yang Water Fit tadi dan agak kurang berbau...



ID.AZ Deep Nourishing Mask

ID.AZ Derm Deep Nourishing Mask

Paling aku suka...dah macam masquerade mask ni..golden lagi dan ia dalam bentuk hydrogel..macam jelly tu lembik hehe..macam eye mask tu...dan yang ni untuk membantu merawat kulit kerana mengandungi Emas, Madu, Royal Jelly, Aloe Vera, Ceramide, Kolagen, Ginseng Merah 

2 helaian mask berasingan..bahagian atas dan bawah

Metarial dari hydrogel, lebih sejuk, lebih mudah lekap

Best sebab lebih mudah melekap pada muka dan fix untuk lelaki juga..dan ada 2 pcs berasingan untuk bahagian T-Zone dan bahagian U-Zone..so kena adjust bebaik

Feeling like masqueradeπŸ˜…

Kalau sheet mask 15-20 minit kan pakai..aku pakai yang ni dalam 45 minit - 1 jam hehe..sebab best dan ia lambat kering dan relaxing, memang lain macam rasa haha..tegang, lembut mulus... Dan tak melepek² jatuh pun...maintain je melekap kat muka... Nak buat kerja rumah, masa pakai mask ni pun,  takde masalah

Overall aku bagi πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ / 5 sebab dari packaging, effect, metarial dan ramuannya semuanya ok pada kulit aku memang membantu dan nampak kesan seawal kali pertama pengggunaan...kena dengan falsafah ID.AZ Derm Face Mask... 
Beyond Derma, Pla Cosmetics hanya untuk perawatan kulit..dan sesuai untuk mereka yang lepas jalani rawatan esthatic tu...

Harga setiap satu ID.AZ Derm Face Mask :
Brightening mask – RM12.90
Water mask – RM12.90
Golden mask – RM19.90

WEB |INSTAGRAM

You May Also Like

3 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish