Menu Baru Boat Noodle

by - January 27, 2018

Menu Baru Di Boat Noodle | Halooo korang, korang biasa makan di Boat Noodle tak ? Alah yang mee thai RM 1.99 semangkuk tu, yang bertingkek-tingkek magkuknya tu .... kalau nak tahu sekarang dorang ada launch menu baru tau. Semestinya citarasa Thailand yang bakal menggoda tekak Melayu hehe. Tapi kan...korang kena cepat-cepat ke outlet Boat Noodle yang berdekatan sebab menu-menu baru ni hanyalah untuk pengenalan...dan hanya dijual sehingga penghujung Februari nanti. Kalau feedback bagus, Boat Noodle akan teruskan jualan dan masukkannya ke dalam menu harian.

Menu baru BOAT NOODLE

Minggu lepas, aku dan rakan-rakan food blogger berkesempatan lepak makan-makan di Boat Noodle, Empire Damansara untuk try, test, cuba menu-menu baru tu. Wahh masing-masing tak sabar beb.Kalau korang nak tahu, aku kalau ke Boat Noodle ni, aku selalu order Phatumtani Thai Rice Noodle...sebab aku suka rasa yang fresh ....dan tak berlemak...dan agak spicy dan akan bertingkek- tingkek lah mangkuk atas meja hehe...

Ada dua makanan dan dua minuman baru yang diperkenalkan...iaitu Prosperity Yum, Thai Fried Chicken, Blue Butterfly dan Mango Smoothie. Wahhhh dengar namanya pun dah menggelegak anak tekak haha. Memang full house time ni, masing-masing datang semata-mata nak mencuba kesemua menu baru ni.

Prosperity Yum....pehhh rasa thai Tom Yam sebenar

Lebih kick campur dengan condiments yang disediakan

Prosperity Yum harganya seperti harga Phatumtani dan Attuya iaitu RM 1.99 semangkuk. Dan boleh pilih, sama ada kita nak mee yang glass tu ( thai rice noodle ) atau yang macam maggi tu (thai springy noodle ) dan  Prosperity Yum ni, kuahnya adalah thai tomyam , tapi macam berlemak sikit.... samaada santan ataupun susu segar. Tapi walaupun ianya berlemak, tetapi rasa pedas, masam, manis dan masin tomyam tu masih pure. Kiranya tak menjejaskan langsung. Dan korang boleh pilih sama ada nak beef ataupun chicken. Seriously kena dengan tekak Malaysia. Tak payah pergi Thai pun dah dapat rasa pure thai tom yam. Dan lebih kick bila kita makan dengan mencampurkan 4 condiments yang disediakan seperti garam, cuka thai, serbuk cili atau sos ikan tu....pehhhhh semangkuk memang tak cukup beb

Thai Fried Chicken

Ketulan ayam berjus, empuk, segar, rangup

Thai Fried Chicken....harganya cuma RM 12.90. disediakan bersama sos istimewa dan sayuran segar. Ya Allah baunya...harum sungguh...ketulan ayam goreng bersalut tepung yang crispy...pehhhh... FYI salutan tepung tu, tak tebal sangat tapi...crunchy ya amat....dan rasanya tak pedas sangat dan sesuai untuk kanak-kanak....dip dengan sos tu pehhhhh menjadi-jadi sedapnya...tak sedar...sampai 3 pinggakn kami makan bertiga haha....aku...Nana Ma...dan Momi... 


Seriously ketulan ayam tu, teramatlah juicy, ia ada rasa macam rempah-rempah tapi taklah kuat sangat... sedang-sedang je...memang kena try weh...dan Boat Noodle please...tetapkan menu ni..heheh.. I'm bagging you haha

Blue Butterfly vs Mango Smoothie

Senyum leret..kena dengan taste aku le tu πŸ˜…

Untuk minuman pula, ada air magic weh....memula kaler biru...bila dah mix dengan jus limau nipis...bertukar jadi purle...ada daun pudina juga didalamnya. Jus limau nipis tu, disediakan secara berasingan didalam mangkuk kecil, so kita tuang, dan mix sendiri. dan rasanya tersangatlah menyegarkan...rasa ala-ala limau ais...

Kan dah cakap..magicπŸ˜… 

Yang specialnya ia diperbuat daripada bunga telang...berkhasiat tau..alaaaa bunga yang orang buat nasi kerabu tu, kat Thai memang banyak bunga telang, dorang selalu minum sebagai teh. Blue Butterfly namanya... RM 5.50
Mango Smoothie RM 5.50 ... Ya ampun freshnya rasa mango ni...tapi agak manis bagi korang yang suka minuman kurang manis, jangan risau boleh je order yang kurang manis...memang menyegarkan 

Okay korang, bagi aku semuanya kena dengan rasa tekak aku haha...Okay korang...jangan lupa try nanti tau.... bagi yang belum pernah mencuba makan di Boat Noodle, rugi kalau korang tak cuba, disini menyediakan pelbagai makanan citarasa Thai dengan harga berpatutan dan memang femes dengan mee dalam mangkuk kecil mereka seperti yang dijual didalam boat , pasar sungai di  Thailand. Dan sememangnya disahkan halal. Untuk lebih details mengenai Boat Noodle, senarai outlet, harga, menu...korang boleh terus lawati :  

You May Also Like

5 ulasan

  1. wah menariknya! kena try ni nanti πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  2. menariknya menu baru.smoothie mango macam ngancam je..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. wah..kriuk..kriuk..kriukk.. gitu ayam..

    ReplyDelete
  4. hari tu nak try jugak minuman tu,tapi disebabkan nak sangat minum green tea dia,jadi tak jadi order..banyak je menu dia eh..asal akak pegi tak banyak menu,tapi bukan dekat sini la...hehehe

    ReplyDelete
  5. dulu selalu sangat pergi Boat Noodle.. suka dengan kuah mee dia dengan minuman chillnya hehe.. dah ada menu baru ni ada reason la nak makan sana balik. hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish