OMBAK KITCHEN Restoran Seafood Best Di Bukit Jelutong

by - January 02, 2018

Selamat Tahun Baru korang... Hari tu countdown kat mana ? Kitaorang sekeluarga countdown dengan seafood di Ombak Kitchen hehe.  'port' baru untuk korang peminat makanan laut / seafood. Kalau tak salah, dah nak masuk 6 bulan dah beroperasi, walaupun masih 'baby' tapi kunjungan pelanggan tak pernah putus ke sini. dan kalau korang stalk page dan ig Ombak Kitchen, ramai instafamous, artis, blogger yang datang makan di sini dan rata-rata bagi rate yang bagus....Thanks for having us, memang senyum leret...bila di invite ke sini...sebab aku memang giler seafood

Ombak Kitchen

Dan special pada malam tu, kami dihiburkan dengan open mic....best wehh dorang nyanyi.  Ada giveaway dan countdown sama² sambil layan pertunjukan bunga api

Pakai Tangan Jer....  Makan di Ombak Kitchen


Sebelum datang aku stalk sesiap dulu pasal Ombak Kitchen ni, paling aku tertarik dengan tagline dorang 'pakai tangan jer...' . Memang chicky dan very the Melayu kan...Konsep makan dekat sini...bebas, hidangan akan dihidang, berterabur atas meja hehe...no rules..lantak korang lah nak kekah segala seafood tu, tak ada orang jeling-jeling annoying hehe...barulah best dan puas kan... pakai tangan jer heheh 

Full house yooo...

Suara dia power beb....sado kan hahah

Lagi satu yang aku suka pasal Ombak Kitchen ni adalah lokasinya bersebelahan je dengan Masjid...so senang lah untuk pengunjung Muslim...dan ianya Halal, tiada sebarang alkohol dijual disini dan menggunakan sumber halal dan premium...dan parking pun senang, luas dan dekorasi dalaman yang santai, chill...dan sesuai untuk bawa kanak-kanak...memang agak luas...dan ada bahagian luar...untuk yang merokok tu

Step mudah untuk nikmati lautan seafood di Ombak Kitchen

Ombak Hot Cajun...sampai jilat siku haha

Di Ombak Kitchen, kita boleh pilih hidangan ala-carte atau kombo...semuanya berbaloi dengan harga sebab, seafood dan bahan yang digunakan adalah fresh...macam rempah ratus tu semuanya fresh bukan yang segera untuk membuat sos. 3 signature sos iaitu Ombak Hot Cajun, Dark Chilli Chochlate dan Zesty Lemon Butter. No worries kalau risau tak tahan pedas ke, atau nak pedas...sebab disini kita boleh request tahap kepedasan, Pedas Sederhana, Pedas Biasa Jer dan Boom Super Pedas.

Muka teruja pakai beep comel tu

Aku terlajak excited tu...

Kitaorang makan Hot Cajun....pehhh selambak atas meja beb...banyaknya...dan udang di Ombak Kitechen ni saiz Extra Large uolsss...MasyaAllah haha...Ketam Nipas, sotong, kepah, lala semua ada...nak lagi best,..poket tebal..korang boleh order imported clams dari Jepun, Alaskan King Crab, Canadian Red Lobster semua tu. Seriously fresh..memang dapat rasa isi seafood ni lembut, kenyal, berjus dan tak berbau ...manis lagi..sebab ia dimasak dengan kaedah rebus dan steam... bukannya goreng

Perasa cajun memang kena dengan selera kitaorang

Gedabak² seafood 

Yang kitaorang makan ni Hot Cajun yang Pedas Sederhana, memang sesuai untuk kanak-kanak...Si Bella sampai jilat-jilat jari...sedap la tu. Oh ye...didatangkan dengan nasi sekali...tak ada nasi, tak Melayu lah kan haha.

Appetizer yang simple tapi yummy

Nasi nya dari beras wangi..tekstur lembut je ala-ala nasi Jepun, Korea tu. Dan boleh add on bahan lain dalam hidangan seafood ni, contohnya mak tambah brokoli, kentang, sosej, mushroom atau sebagaimya. Untuk pembuka selera, kitaorang pekena Ombak Garlic Bread dan Tempura Mushroom 


Open bar..boleh tengok staff buat air

My fav Matcha with Honey Pearl

Untuk minuman pula, kitaorang minum Strawbery Mojito, Bubble Tea dan Matcha with Rainbow Jelly yang merupakan minuman best seller Ombak Kitchen... semua best...dan teh dan matcha tu rasanya mild je, so ngam dengan rasa buble dan jelly tu.

Cantik, unik kan dessert konsep di Ombak Kitchen

Dessert pun unik okay...konsep terabur atas meja...lawa beb hehe...Overall terbaik....even harganya agak ehem..tapi berbaloi ...puas hati...dan we will repeat hehe...dan follow rapat IG dan Page aku, kat sana korang berpeluang menang voucher makan di Ombak Kitchen


OMBAK KITCHEN
5.G.01, D'Vida Business Centre, 
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
 40150 Shah Alam, Selangor 

Facebook :

Instagram :

Waktu perniagaan: 5:00PTG–12:00PG 
Telefon : 03-7734 4699

You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish