Selamat Bertunang Untuk Awak

by - January 26, 2018

Selamat bertunang awak!!!! Awak lah sangat hehe.. Dah jadi tunangan dah adik lelaki ku itu... Tak lama jadi suami orang dah..Amin Inshaallah.... Sebak, gembira, syahdu semua ada perasaan tu, adik lelaki sorang je, sebelum ni dialah yang jaga mak abah, adik² kat kampung. Dah kahwin nanti macam mana lah huhu...

Selamat bertunang


Alhamdulillah, selesai majlis pertunangan mereka, 21hb yang lepas, dengan puteri idaman hati, majlis merisik terus je dengan meminang....sama cantik sama padan...moga jodoh korang berpanjangan. 7 dulang berbalas 9 ..... Tema biru dari pihak perempuan dan soft purple, pink dari kami. Simple tapi menyejukkan mata dan hati cia cia

Hantaran tema ungu pink

Keluarga dua belah pihak

Hantaran gubahan aku kali ni agak simple berbanding sebelum ni, agak rushing sebab...barangan hantaran dikampung, sampai jam 5 pagi aku mengubah haha...sampai dalam jam 12 tak silap malam tu. Demi mu adik hehe


Alhamdulillah tahiah Apis & Diksh


Selamat bekerja adikku, semoga dipermudahkan urusan..semoga kedua mak abah diberi kesihatan yang baik untuk merestui mereka dipelaminan...Amin....aku tak sabar nak buat bunga telur...hash tag nya haha

You May Also Like

2 ulasan

  1. Selamat bertunang, huntung ada kakak tangan kreatif sedang tak yah upah orang buat hantaran

    ReplyDelete
  2. Tahniah ,moga kekal ke jinjang pelamin hendaknya.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish