Thai Tea Sedap Di Mon Chaang

by - January 25, 2018

Penggemar authentic thai tea, wajib rasa teh Thai yang mewah, pekat, berkrim di Mon Chaang. 13 Januari baru² ni, aku berkesempatan ke perasmian outlet terbaru Mon Chaang di Sunway Pyramid. Actually ini adalah outlet kedua selepas Menara City Bank, Ampang. Merupakan francais dari Thailand, yang kini semakin popular di Asia termasuk Indonesia, Singapore dan banyak lagi.

Mon Chaang Sunway Pyramid

Barisan selebriti yang hadir

Yang menariknya tentang Thai tea di Mon Chaang adalah daun teh yang diimport dari Thai iaitu green tea, red tea dan rose tea. Wahhh menarik beb, ada rose tea. Dan kesemuanya dibrew sempurna untuk menaikkan rasa, aroma dan keenakannya. Dibuat dari daun teh yang dibrew, campuran gula, susu segar dan condensed milk buatkan rasanya cukup sempurna.

Thai Red, Green, Rose Tea

Bagi aku harga minuman teh Thai di Mon Chang agak berpatutan berbanding di tempat lain dengan rasanya yang mewah, berkrim. Hanya RM 4.90 ( hot)  RM 5.90 ( cold ) RM 6.90 ( blended)

Wahhh meriahkan thai tea ni

Kena cuba authentic thai tea ni

Dan di Mon Chaang, kita boleh request tahap kemanisannya, so kalau nak less sugar boleh request. Dan jangan bimbang kalau korang tak minat dengan minuman bersusu, korang boleh order yang lime punya, seperti Thai Lime Green Tea, Thai Lime Red Tea yang lebih refresh

Mon Chaang Rose Tea...yummms

Recommend sangat untuk korang cuba Thai Rose Tea, pehhhh dah macam minum bunga ros hehe...baunya harum, tektur yang berkrim, rasanya lemak berkrim dan manis dan pekat. Memang real rasa teh. Selain 3 rasa ni, terdapat lebih 15 pilihan minuman berasaskan teh dan kopi seperti, Thai Coco, Thai Moca, Thai Milk Coffee, Thai Black Coffee dan banyak lagi.

Dan di Mon Chaang juga ada menjual snack / jajan original dari Thailand yang sememangnya Halal. Nak beli per paket pun boleh, nak beli secara combo pun boleh. Combo sekali dengan minuman. Harga serendah RM 9.90 sehingga RM 11.90 per combo.


Kalau korang ke Sunway Pyramid, jangan lupa cuba keanakkan rasa thai tea sebenar di Mon Chaang, betul² bertentangan dengan Aeon Wellness, dan jangan lupa dapatkan loyalti card secara percuma untuk Beli 10 PERCUMA 1. Korang follow rapat ig, fb aku tau..rasa macam nak hadiahkan korang voucher percuma je nanti hehe


Facebook :

Instagram :


You May Also Like

3 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish