The Wedding Heritage | Trusted Wedding Planner 2018 / 2018

by - January 11, 2018

Awal tahun ni meriah dengan cerita kawan-kawan, saudara mara yang merancang perkahwinan. Tiba-tiba terimbau kenangan kami dulu-dulu hehe, tapi dulu tak macam sekarang, ye lah kan...sekarang lebih mudah dengan pakej-pakej menarik dari wedding planner. A-Z...bayar dan goyang kaki je, tak perlu dah ulang alik ke kampung berurusa, pening cari katering, mak andam, semua tu. Tapi ingat, jangan sembarangan pilih wedding planner tau, kena google, research dan cari wedding planner yang betul-betul dipercayai....supaya tak tertipu.


Zaman sekarang, macam-macam kes penipuan yang berlaku yang membabitkan urusan kerja kahwin, contohnya yang viral kebelakangan ni, kes ditipu wedding planner. Puluhan malah ratusan ribu ringgit lenyap macam tu je, bila pihak wedding planner gagal memberikan servis mereka, dengan katering tak hadir, pelamin tak siap, baju belum dijahit, kerja sekerat jalan..... huh...bahaya tu. Kad udangan dah diedar, tetamu semua dah hadir, tak ke malu pihak pengantin dan keluarga...naya kan. So berhati-hatilah ye.. sebagai peringatan untuk semua

Hari tu, aku ada tengok di TV AlHijrah, ada satu segmen yang membincangkan isu Wedding Planner Penipu ! Salah Siapa ? Dan undangan tetamu nya daripada The Wedding Heritage yang merupakan Top Wedding Planner pada masa ini yang mendapat tempat dihati bakal-bakal pengantin.


Dalam temubual tu, dinasihatkan supaya bakal-bakal pengantin dapat berfikir dengan realistik sebelum membuat keputusan dalam memilih wedding planner yang melibatkan perbelanjaan supaya tidak tertipu, perlu buat research, google, selidik semuanya...terutama latar belakang dan feedback pihak wedding planner sebelum membuat sebarang rundingan. Macam menarik je bila dengan pakej dari The Wedding Heritage, aku pun mula lah intai , google dan belek web, ig, fb dorang....hehe..boleh lah rekemen pada adik nanti hehe


Akaun instagram The Wedding Heritage

Official page TWH


Wahhh menarik uolsss The Wedding Heritage menawarkan pelbagai pakej lengkap kahwin  dengan tawaran harga yang berbaloi dan paling unik ianya No.1 Bungalow Wedding in Malaysia. Bukan 1, tapi ada 3 cawangan banglo kahwin mereka yang terletak di Ampang, Kota Damansara dan Putraja. Senang kan bila ada wedding venue di banglo macam ni, ditambah pula dengan pakej lengkap yang disediakan. So pengantin, tuan rumah, sanak saudar tak perlu risau tentang isu rumah kecil, halaman sempit, peralatan tak cukup. Di The Wedding Heritage tak terhad untuk diadakan di banglo kahwin sahaja, tetapi pakej lengkap kahwin 2018 / 2019 boleh je dibuat dirumah sendiri atau di dewan.
Hidangan dari The Wedding Heritage

Ruangan para tetamu

Pakej menarik...makanan sedap...hasil -hasil gambar perkahwinan dari photographer official sangat cantik , unik dah macam hasil photografi dari photographer international . 

Shoot menarik dari photoghrapher official TWH

Nice la gambar ni hehe

Angle, lighting , deco semua perfect
Dengan The Wedding Heritage, banyak juga item free yang ditawarkan, kalau tak percaya korang boleh tengok pakej lengkap kahwin yang ditawarkan di bawah ni. Kalau korang ada bajet sendiri, korang boleh request custom quotation , so tak perli risau dengan bajet, confirm berbaloi dan menjimatkan

Pakej perkahwinan TWH ( Banglo Damansara) 

Pakej Perkahwinan TWH ( Villa Ampang) 

Pakej perkahwinan TWH ( Banglo Puyrajaya) 


Semoga perkongsian ini membantu korang bakal-bakal pengantin, ingat wedding planner, ingat TWH hehe, team yang berkreadibiliti membantu urusan kerja kahwin dari mula hingga ke hari majlis. Rata-rata pengantin di TWH adalah mereka yang tak cukup masa, sibuk dengan kerja seperti golongan profesional, pilot, doktor, pramugari dan mereka yang tak punyai ahli keluarga yang ramai untuk uruskan persiapan perkahwinan.



Dan ternyata ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan servis dari trusted wedding planner ini. Dan menjadi The Best Moment In Their Life gitu..


So korang bakal-bakal pengantin yang terngan mencari , wedding planner, wedding venue dan pakej lengkap kahwin 2018 / 2019 boleh lah buat survey, tempahan dengan The Wedding Heritage 'No.1 Bungalow Wedding Venue in Malaysia'


IG : @theweddingheritage_official

You May Also Like

1 ulasan

  1. Jarang jarang di Malaysia ada pakej macam ni kan. something yang unik sebagai pilihan untuk bakal pengantin. yang penting TWH ni trusted wedding planner :)

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish