Traveloka Fly & Win CNY Contest

by - March 09, 2018

Traveloka Fly & Win CNY Contest | Hai korang... macam mana permulaan tahun baru ? Semoga semuanya berjalan lancar. Apa azam tahun baru korang ? Whishlist ? Ehhh sibuk je nak tahu kan hehe. Korang...sejujurnya setiap tahun aku duk simpan azam dan masukkan dalam wishlist umtuk travel, bercuti ke Korea. Al-maklumlah #hakakkpop lah katakan haha. Untunglah korang yang berpeluang ke sana atau bercuti ke luar negara...tumpang happy tau, doakan rezeki kami sekeluarga pula ok. Setakat ni rezeki kami bercuti dalam negara je dulu..Alhamdulillah

traveloka cny contest 2018
Traveloka Fly & Win CNY Contest

Korang...macam nak tercapai je wishlist tu wehh haha, tetiba ternampak ada contest di page Traveloka. Aku memang rajin scroll, stalk page Traveloka hehe, siap download aplikasinya di phone, sebab kami akan survey dan book hotel kalau nak bercuti kemana-mana menggunakan Traveloka. Wahhh time ni lah Traveloka ada anjurkan contest...dan hadiah utamanya percutian dan penginapan 6 Hari 5 Malam ke Seoul untuk 2 orang. Pehhhh Koreaaaa....beb...kalau menang ni, tidur pun senyum kot haha

Pehhhh bestnya Traveloka CNY 2018 Contest menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan seperti hadiah berupa voucher RM1000. Gilerrr banyak tu, memang best untuk travel dengan Traveloka. CNY Contest ni, macam tak susah sangat, sebab fun je, dengan  main game, then kena kumpul markah tertinggi. So tak payah pening-pening pikir pasal slogan lah, apalah..macam contest yang biasa kita join tu hehe...pada kaki game...senyum lebar lah korang kan...ahhh tak kira, aku pun nak join...mana tahu...markah tinggi kan hehe...akan ku usahakan sebab nak ke Korea...angan besar tu aim... 1st place haha. 

Hadiah Hebat Traveloka Fly & Win CNY Contest

First of all, wajib tengok hadiah dulu kan haha, baru datang membara semangat tu. Bak kata orang terinspirasi gitu

Pemenang Hadiah Utama Traveloka Fly & Win CNY Contest bakal memenangi tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan selama 6 Hari 5 Malam di Seoul, Korea untuk dua orang.
Pemenang Tempat Kedua pula, akan menerima tiket penerbangan pergi dan balik ( return ) selama 5 Hari 4 Malam di Phuket, Thailand serta penginapan untuk dua orang.
Serta Pemenang Tempat Ketiga akan menerima tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan 4 Hari 3 Malam untuk 2 orang di Langkawi.

Bukan hanya 3 hadiah saja yang ditawarkan oleh Traveloka dalam Traveloka Fly & Win CNY Contest, kerana ada juga hadiah yang bakal diberikan kepada peserta yang Share Link Traveloka Fly & Win CNY Contest di wall Facebook masing-masing. Hadiahnya pula berupa RM1000 baucer daripada Traveloka untuk dua orang pemenang tau...wahhhh ada chance juga ni kan, Share-share je dapat baucer Traveloka RM1000...huh wajib join beb !

Syarat Penyertaan Traveloka Fly & Win CNY Contest


Untuk memenangi hadiah seperti ditawarkan Traveloka untuk CNY Contest 2018 ini, kenalah follow dan memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut :
  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas serta hanya menetap di Malaysia
  3. Bagi korang yang berumur 18 tahun, pastikan korang mendapat keizinan dan persetujuan ibu bapa atau penjaga korang
  4. Mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah serta mengikuti Fan Page Traveloka Malaysia
  5. Tempoh Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula pada 22 Januari 2018 ( 12.00 tengah malam ) sehingga 28 Februari 2018 ( 11.59 malam )
  6. Wajib bermain Traveloka Fly & Win CNY Contest 


Cara Untuk Sertai  Contest Traveloka Fly & Win CNY Challenge


Pertma sekali, make sure korang memenuhi setiap syarat diatas..., dan kalau cukup semua syarat tu, secara automatik korang boleh sertai games Traveloka Fly & Win CNY Challenge. Korang klik pada TERM AND CONDITIONS dan baca terma dan syarat yang diberikan. Kemudian perlu log in, lebih mudah log in jer terus guna akaun Facebook, tapi kalau korang nak create ID baru pun boleh je, takde masalah.

Hasil carian imej untuk traveloka cny 2018
Then, boleh lah start main Traveloka Fly & Win CNY Challenge. 
  1. Tap pada 'Arrow' untuk memulakan permainan
  2. Tap pada skrin ( kalau korang guna phone, tab ) atau klik mouse ( kalau guna laptop, pc ) untuk membolehkan kapal  terbang kita terbang.
  3. Maintain kan kedudukan kapal terbang tu, ditengah-tengah skrin, sehingga muncul pelbagai halangan seperti belon panas, helikopter dan banyak lagi serta  bangunan-bangunan mercu tanda seluruh dunia
  4. Dalam masa kita elak segala halangan dan, kawal kapal terbang tu, kita kena collect seberapa banyak Ang Pow Traveloka untuk markah ekstra, hah ingat...pemenang dikira berdasarkan jumlah mata tertinggi yang dikumpul
  5. Jangan lupa, lepas main tag kawan-kawan ( maximum share 5 kali je sehari ) dan share di wall Facebook untuk dorang join sekali Traveloka Fly & Win CNY Contest ni
cny contest 2018 traveloka
comel kan kapal terbang ni

Seriously terkehel-kehel tangan aku main game ni haha, nampak macam senang je..tapi boleh tahan...dengan otak yang asyik fikir hadiah travel free ke Korea lagi haha....stress wehhh. Aku main pakai phone je, senang sikit nak control, tapi kalau korang memang kaki game pc tu...memang mantaplah kan. Kena pandai control kapal terbang comel ni....tipsnya kena selalu ada kat tengah kot hehe  dan kena alert dengan halangan kat depan yang tetiba muncul. Kena pandai control kapal terbang comel ni....tipsnya kena selalu ada kat teng Kacang je kot...nanti nak suruh Adam mainkan ,,,,sebab dia agak pro main game yang macam ni....hehe....mudahan Adam dapatkan hadiah travel untuk mama haha.

So korang, jom kita pakat main game dan menang hadiah percutian dan penginapan dari Traveloka dengan sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest  ada juga faedahnya dari main game yang membuang masa, tak dapat apa faedah...dari jadi keyboard worrior...hehe... Untuk maklumat lanjut mengenai Traveloka Fly & Win CNY Contest ini ataupun tiket penerbangan mahupunpenginapan dengan harga berpatutan, bolehlah segera ke laman web rasmi Traveloka

You May Also Like

2 ulasan

  1. moga dapat pergi Korea free!

    ReplyDelete
  2. fuuh fuuuh nak main tekan2 kot2 dapat pi Korea hehe.. amin amin..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish