BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink | Supplement Untuk Mata

by - February 05, 2018

Muka, rambut, kulit, kuku...kebiasannya dijaga rapi sangat. Supplement itu lah, inilah... semuanya nak halus, mulus, cerah, glowing kan..tapi kalau mata ? Cukup ke kalau sekadar kunyah carrot sebatang sehari, oren 2-3 biji ? haha..tu pun kalau kunyah lah.

Berry Bright Eye Nourishing Drink

Macam aku memang tak terkunyahlah. Dah la kerap pakai lens, belum masuk bab hadap tv, skrin komputer lagi...memang membuatkan mata cepat letih dan kering. Dan FYI akhir tahun lepas, terpaksa rujuk pakar mata tau. Dengan itu, terbuka pintu hati nak mencuba sendiri BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink yang mengandungi makanan nutrisi lengkap untuk mata. Senang cakap... supplemen mata hehe.

2 pilihan Berry Bright Original atau Stevia

Disahkan Halal, Vegan


BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink  mengandungi nutrisi lengkap untuk kesihatan mata terutamanya. Dan yang paling penting supplemen untuk mata ini disahkan Halal oleh JAKIM, 100% vegan, tiada gula, pewarna, pengawet tambahan dan sesuai diamalkan seawal usia kana-kanak 3 tahun. Dan ada dua pilihan samaada nak BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink  Original atau yang Stevia. Kalau stevia tu, kuranglah sikit nilai kalorinya. 

Antara kandungan istimewa lagi berkhasiat dalam BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink  :

  • Blackcurrant Anthocyanins ( Kurangkan lingkaran gelap, baik untuk sel mata )
  • Eyebright Extract ( Melegakan mata yang letih, kering, lesu )
  • Vitamin C ( Melindung mata dari kerosakan redikal dan jadikan vascular mata elastik )
  • Bilberry Extract ( Kurangkan ketegangan mata )
  • Marigold Extract ( Melindungi macula daripada cahaya yang terlalu terang )
  • Stevia ( Natural sebagai pemanis 0 kalori )

1 sachet Berry bright sehari

Didatangkan dalam bentuk sachet...so dalam setiap kotak ada 10 sachet BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink . Nampak je kecil, sikit kan, tapi jangan tak percaya, setiap sachet sangat berkhasiat dan membantu memelihara dan menyihatkan mata. Setiap sachet sama khasiatnya dengan memakan 100 biji buah blackcurrant, serta kandungan Vitamin C nya sama seperti khasiat 100 buah oren. Wahhh sangat berkhasiat kan.


Rasa Berry Bright seakan jus blackcurrant


Cara penyediaannya pun tersangatlah mudah. Hanya perlu campurkan 1 sachet BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink  dengan 150ml air sejuk atau bersuhu bilik. Kacau sebati dan minum segera untuk elakkan pengoksidaan. Sehari amalkan satu sachet sebelum makan. Sehari sekali je. Mudahkan. Seriously sedap, kaler, rasa sebiji macam rasa air blackcurrant.

Nilai kalori rendah

Maklumlah aku sekarang on diet katanya, so no hal...consume BERRY BRIGHT sebab setiap sachet BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink Original hanya mengandungi 38kcal bersamaan setengah biji epal manakala BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink Stevia pula hanya 31kcal setiap sachet. Dan ianya gula semulajadi dari ramuan semulajadi. so bagi yang berdiet, nak kurang gula, jangan risau ok. Dan minuman kesihatan untuk mata ini sangat disyorkan untuk mereka yang :
  • Memakai contact lens
  • Menghadap komputer, tv, peralatan elektronik terlalu lama
  • Mata kering
  • Memandu terlalu lama
  • Terdedah pada cahaya matahari terlalu lama
  • Pandangan mata yang kabur , lemah, rabun
  • Rabun malam
  • Semua jenis peringkat usia 

BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink telah menerima pelbagai anugerah antaranya :
  • Malaysia Health & Wellness Brand Award 2017 ( kategori : Health Food disahkan oleh KKM )
  • Natural Health Reader's Choice Award 2017, 2015, 2014 ( Best Natural Eye Care Supplement )
  • Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014 ( Eye care )

Korang yang nak cuba boleh lah beli BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink di farmasi seluruh Malaysia atau beli je online, dan jangan lupa masukkan kod diskaun khas untuk korang ainbaharomdc01 , dan kod ini hanya sah sehingga 15 March 2018 nanti.

BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink Original RM 44.90
BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink  Stevia RM 49.90


Untuk Info lanjut :

You May Also Like

2 ulasan

  1. Minum tau kot kot kurang power mata aiin tu..

    ReplyDelete
  2. boleh try ni.. power asyik naik ja tah bila nak turun..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish