LAVENDER GARDEN | PERCUTIAN 3D2N CAMERON HIGHLANDS | PART 2

by - February 28, 2018

Lavender Garden Cameron Highlands adalah tempat yang kitaorang lawati pada hari kedua di Cameron Highlands baru² ini. Korang boleh baca part 1 percutian xtu di
PERCUTIAN 3D2N CAMERON HIGHLANDS | PART 1 . Actually ini first time aku ke Cameron haha..sebab tu teruja giler..dan Cameron Lavender antara tempat yang aku aim sangat.

Lavender Garden Cameron Highlands

Lavender Garden Cameron Highland ni terletak ditepi jalan je, memang dari jauh dah nampak dengan signboard simen pada bukit dan replika stawbery didepannya.

Cameron Lavender

Kemana nak pergi tu hehe...



Dah namanya Lavender Garden kan..so didalamnya penuh dengan lavender...Ya Allah tersenyum leret aku weh...start masuk tu. Nak masuk, kena bayar ye... Bagi aku berbaloi bayar, untuk nikmati pemandangan lavender yang payah kita nak tengok ditempat lain. Ada lavender yang hanya boleh ditengok, bergambar, tapu ada juga satu tempat yang boleh petik, tapi berbayar RM7 kanak² RM10 dewasa

Loves lock...sweet kan..nak lock ni kena bayar RM9 x silap

Pose sikit Adam

Kereta Lavender Cameron comel

Antara spesis lavender dan bunga ada

Memang purple mata hitam masuk Cameron Lavender ni hehe....semua lavender..dan ada bermacam spesis lavender. Memang wangiiii je dalam kebun ni tau. Dengan udara sejuk..huh nyaman, tenang sangat. Dan disini DILARANG MEROKOK kerana akan merosakkan lavender

Aiskrim lavender dan strawbery

Uhhhhh chidapnya

Panda set up photo booth....

Ewahhhh kemain..wangi ke idok

Kena mendaki bukit dalam Lavender Garden ni, tapi tak rasa penat sebab kiri dan kanan, atas bawah dihiasi bunga² dan lavender semestinya. Dan boleh tengok bermacam replika hiasan yang comel².


  • Flowers Garden 
  • Lavender Cafe
  • Lavender Souvenir Shop
  • Strawberry Farm and Shop 
  • LOVE corner for loving notes and locks
  • Panda set up photo booth
  • Lavender Castle


Ais krim lavender WAJIB korang beli bila datang ke Lavender Garden... Soft ice cream bewarna ungu yang diperbuat dari lavender. Harganya RM6 sama je dengan strawbery. Adam suka strawbery dan Bella pilih lavender. Rasa aiskrim ni sama je cuma yang specialnya..ada BAU DAN RASA LAVENDER wangi.....

LOVE

CameroN Lavender photoo booth

Smurfs pun ada

Bella geram tengok purple bear tu

Memang pack dalam ni, sebab musim cuti...jangan lepaskan peluang bergambar di tempat² hot spot hehe. Memang comel..cantik..nyaman..berada di dalam ni. Tak puas rasa..ohhh kat sini tak ada jual lavender dalam pot....nanti aku cerita kat mana boleh beli ok....

Spesis lavender..tapi yang ni mild je baunya

Lavender yang ni paling kuat bau....x banyak bunga..daun banyak

Yeahh Bella dapat juga peluk soft toys purple

Eh En.Papa lock loves kat situ ke

Dan sebelum balik haruslah aku beli souvenir, aku beli fm RM4 dan Lavender Tea RM18. Banyak souvenir purple tau...ada mask, krim, losyen pewangi..macam². Dan harganya fix. Eh kalau nak beli keychain fm murah boleh beli dekat KEA Farm, pasar malam brinchang, tepi mall boleh dapat RM10 untuk 5

Banyak khasiat teh lavender ni dari bunga lavender

Macam² jenis, saiz, kaler, harga fm

Overall :

👎Parking ( standardlah, jalan, ssmpit, park tepi jalan)
👍Best untuk korang yang suka lavender, purple, bunga
👍Makanan,strawbery semua ada dijual di cafe
👍Bersih....tandas pun ok
👍Instagrammer wajib pergi, banyak port lawa untuk snap

Nantikan part 3 cuti² keluarga kecil aku di Cameron Highlands 😅

You May Also Like

3 ulasan

  1. okay lavender tu nampak sedap nampaknya nak kena pergi cameron highland one more timeee

    ReplyDelete
  2. wahh dah naik harga masuk uhukk.. tp best jue ritu masuk kejap jer..

    ReplyDelete
  3. bestnys
    aiskrim tu nampak sedap je

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish