Percutian 3D2N Cameron Highlands | Part 1

by - February 21, 2018

Alhamdulillah rezeki awal tahun dapat kitaorang sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Pada awalnya plan nak pergi Januari...tapi tertunda. Balik dari kenduri kahwin kawan En.Suami di Perak,  teruslah kitaorang ke sana melalui Jalan Simpang Pulai. Macam biasa sepanjang perjalanan aku TIDUR haha. Tapi pandai pula terjaga bila mula terhirup udara segar sejuk bila tiba di sana..

Percutian 3D2N Cameron Highland

Pada yang sedia maklum..memang akan sesak jalan menuju ke Cameron Highlands nak pula time holiday, macam kitaorang naik time CNY memang masaklah hadap jem....disebabkan jalan nya yang kecil...tapi bagi aku berbaloi untuk nikmati udara bersih, segar, pemandangan menghijau..memang chilll...bagi orang yang suka tempat² tenang...nyaman macam ni


Sebelum sampai ke Brinchang dan Tanah Rata....akan lalui dulu perkampungan disepanjang jalan. Memang best, lokasi peninggalan sejarah zaman kolonial dulu²....dapat tengok penempatan yang unik dengan suhu 16-20• ...mana taknya.. Cameron terletak di antara Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 1500 meter dari paras laut

Replika cawan teh gergasi dengan pancuran air di Cameron Valley

CAMERON VALLEY adalah tempat pertama yang kitaorang singgah..terletak di antara Kampung Tringkap dan Kampung Raja. Sebelum sampai kat sini terlepas satu tempat best iaitu Avant Chocolate tu huuuu....sesak sangat..sampai lupa nak berhenti...padahal memang dah masuk dalam list tempat mesti dikunjungi bila ke Cameron Highlands. Takpe nanti repeat...eh repeat????? Hahah


Tersangat luas menghijau ladang teh Bharat Group ni

Hehe..main sorok² dalam pokok teh pun boleh

Kat Cameron Valley ni adalah ladang teh kedua milik Bharat Group ...ada ladang teh yang menghijau dan bestnya FREE entrance....boleh masuk, jalan², bergambar kat situ sampai lebam...cuma tak dibenarkan petik dedaun teh tu. Kalau nak naik ATV kena bayar...boleh pusing²....tapi kitaorang jalan je..naik bukit celah² pokok teh tu


Ada gaya Aurora dan Ungku Harris tak haha..feeling honeymoon pulak


Daun teh segar..cantik dipandang...jangan dipetik sesuka.hati ye haha

Cafe, tea house, souvenir shop semua ada di Cameron Valley

Ya Allah cantik sangat.....hijau je..berkelompok² macam tu..merasa pegang, hidu daun teh segar memang satu kepuasan. Kat bawah ada tea house, deck cafe..betul² menghadap ladang teh dan kedai souvenir. Kat sini aku tak beli apa pun, even makan...sebab teruja nak naik atas lagi hehe


Arandanova Mall Cameron 


Tak Cameron lah kalau makan di kedai yang biasa kita jumpa diluar Cameron kan hehe

Sedap, murah, fresh, bersih...makan di food court Arandanova Mall

Macam lapar haha..jem panjang..apa lagi kitaorang singgah makan di food court dalam Arandanova Cameron Highlands...mall baru juga kot..banyak lot kosong lagi. Feel beb..makan kat situ dah lah murah, sedap,  fresh dan open air lagi..menghadap kebun sayur..tapi dah gelap maghrib hehe. Ofcoz makanan pertama aku makan di Cameron adalah STRAWBERY hehe..jus strawbery RM 5.... Mix Plate ada lamb, meatball, sosej, RM16 , Nasi Arab RM5 , Keaw Teaw, Mee Goreng RM7 .






Maghrib jugalah kami sampai..lebih kurang 4-5 jam juga dalam kereta...hati² lah bila menyusuri jalan kat sini sebab memang lorongnya kecil, kereta banyak, kiri kanan berliku, bukit bakau, cerun. Ada juga kemalangan masa kami lalu ni.

Kami pilih untuk menginap di Brinchang berbanding Tanah Rata...sebab nak rasa feel Cameron tu haha...rustic sikit..sebab kat Tanah Rata tu ala² bandar dah...banyak bangunan sekeliling berbanding Brinchang tu.. 

Dan paling rare kami tak book pun bilik..kira main terjah je...macam cari nahas kan....dah lah time ramai orang. Actually sebelum pergi kitaorang dah survey hotel....harga murah time weekday dan outomatik naik 2x ganda time holiday. So kami jenjalan dulu area pekam Berinchang tu..ada masjid, boleh solat situ...banyak hotel, ada Balai Bomba, Petronas, bank, restoren..dan dikiri kanan jalan meriah peniaga berniaga..... Macam² ada..dan semestinya strawberry, jagung biji mutiara, madu dan teh.

Dekat sini aku suggest kan supaya park kereta korang di satu² tempat dan jalan kaki untuk explore..tak jem haha..dan 4-5 hotel juga kitaorang tanya...semuanya FULL HOUSE ...cuak beb...memang cuak lol

Alhamdulillah dapat juga hotel...hujung sekali di PARK LAND HOTEL...  bilik biasa muatlah kotaorang berempat...dengan harga RM128 semalam. Memang lawa, bersih, selesa dan banyak bunga dalam hotel ni...tak ada bunga plastik semuanya real haha...ada juga teres untuk lepak² dan FYI aku sempat shoot produk kat sini haha

Parkir ??? Time weekend agak padat..kena peka dan pandai cari. Tapi ramai je park tepi² jalan.... at ur own risk lah. Tapi ok kot sebab sentiasa ramai orang. Kitaorang park dekat dengan hotel je. Makanan????  No worries banyak jualan...MURAH..BERSIH..FRESH


Coming Up Next : Percutian 3D2N Cameron Highlands ( Part 2 ) LAVENDER GARDEN

You May Also Like

6 ulasan

  1. Bestnya..akak pun tak pernah lagi sampai sana...teringin gak nak gi nanti

    ReplyDelete
  2. wahh seronok. dah lama tak pergi cameron

    ReplyDelete
  3. tktau la bila akan jejak ke cameron sekeluarga...last pi cameron ngan kwn2 ms belum kawin..tktau la husband akak xminat ke cameron walaupun akak ada menang voucher hotel dlu tp jual haha

    ReplyDelete
  4. CAMERON HIGHLANDS... mmg tempat kena pergi setahun sekali.. ehhh berkali-kali hihihi serius tak jemu g cameron..

    ReplyDelete
  5. serik dah pergi time cuti sekolah or holiday.. nangis duk dalam keta. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak pergi Cameron ni..last 2 tahun sudah...xbest sbb sesak..hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish