Shopee Kempen Hari Gaji | Lebih Jimat, Murah, Berbaloi

by - February 22, 2018

Shopee memang dah jadi lubuk shopping netizen kebelakangan ni. Bermacam produk, jenama dijual buatkan mata jadi rambang tambahan pula harganya jauh lebih rendah berbanding online shopping yang lain. 

Dan sempena hari gaji dari 26 sehingga 28 Februari ini, Shopee mengadakan Kempen Hari Gaji beserta dengan pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee atas promosi produk. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan !!!! 



Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00-1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. 


Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 



Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang menawarkan pelbagai tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 


Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000
produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi ,Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah
bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live, Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.
Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5
dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.shopee.com.my
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

You May Also Like

3 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish