THYMOS SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY | REVIEW

by - February 08, 2018

Penafian : Ulasan ini adalah dari hasil percubaan sendiri, hasil dan tindak balas mungkin berbeza mengikut individu

Resdung, alergi,  kulit sensitif, hidung berair...antara masalah yang merimaskan. Dan FYI aku tergolong dalam golongan mereka yang ada masalah seperti ni. Seriously agak merimaskan bila resdung, alahan ni datang. Sangat tak selesa, menyebabkan kulit jadi gatal², merah² hidung berair , batuk² dan terbersin tak henti². Actually semua ni berpunca daripada pemakanan, persekitaran kita sendiri....terutama faktor habuk, debu, hama dan bakteria semua tu.

Thymos Sinus Nasal Allergies Spray

Sangat mengganggu aktiviti harian. Bayangkan, kalau dah dalam rumah pun dah mula alahan, resdung semua tu, kalau keluar di tempat awam...macam mana.. ? Dengan udara tercemar lagi..bakteria dimana² . Memang akan rasa tak selesa

Rasanya dah bermacam cara aku ikhtiarkan untuk rawat masalah nasal, allergi, resdung ni, ada diantaranya ada yang okay dan ada juga yang menghampakan, tapi semuanya jenis supplement, kapsul.

Thymos dalam bentuk spray, lebih mudah

Nampak kecil tapi banyak manfaat Tgymos

Terbaru aku tengah cuba satu sinus / nasal spray  iaitu THYMOS SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY yang diperkenalkan oleh kawan aku baru² ni. Seriously aku excited nak cuba, sebab aku tertarik dengan konsep semburan atau spray tu. Ye lah...aku ni kan jenis yang 'rajin' haha
Tapi sebelum aku cuba, adalah aku google, buat research sikit pasal produk ni untuk pastikan ianya betul² bagus dan selamat digunakan. Sekarang ni kena kaji betul² dulu sebelum beli, guna apa² produk terutama berkaitan kesihatan.

12jam perlindungan

THYMOS SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY ini merupakan produk daripada UK yang diuji secara klinikal terbukti mampu membunuh sehingga 99.99% kuman dan bakteria seperti  Influenza ,H1N1, Aspergillus, MRSA & Candida berbanding sanitizer yang lain. Sangat membantu masalah seperti :

- Resdung
- Hidung berair / tersumbat
- Alahan

3 cara penggunaan Thynos, spray di udara, di pakaian atau di bantal / tilam

Even THYMOS SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY ni produk dari luar negara, tiada masalah untuk kita dapatkanya, sebab ia dijual di Guardian Pharmacy seluruh Malaysia. Saiz THYMOS Sinus Nasal Allergies Spray ni sangat comel dan praktikal, mudah untuk dibawa kemana saja, even travel. Macam aku, akan sentiasa selitkan dalam tas tangan, kalau rasa semacam...macam nak gatal tu, aku spray kan je hehe..sebab....ia selamat jika tersembur direct pada . FYI boleh disprat macam pakai perfume tu.

So kalau dekat kawasan public,  time nak kemas rumah, aku akan spray dulu...so tak de lah aku tergaru² kegatalan. Terbersin semua tu.

Cara penggunaan THYMOS SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY ni mudah je, just spray je macam kita pakai perfume tu, dari paras bahu ke bawah.. no worries ia selamat kalau terkena kulit, cuma elakkan terkena mata. Selain tu, boleh spray pada tilam, bantal, cadar terutama di hotel atau pakaian....atau dimana saja tempat yang berisiko yang menyebabkan kita alergi..selalunya tempat yang berhabuk, berpeluh semua tu. Ia mampu melindungi kulit kita dari kuman, hama penyebab alergi selama 12 jam lamanya

Ia tidak berbau. Bebas dari alkohol, bahan kimia toksik, steroid and wangi-wangian.
Teknologi Self Sanitizing (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.
So far tak ada masalah, dan aku suka pakai masa nak mengemas rumah, nak tidur...sebab aku takkan rasa gatal² , batuk disebabkan debu, hama, habuk tu semua

THYMOS SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY  dihasilkan menggunakan AirShield Technology dari UK, bebas paraben, alkohol, pewangi, pewarna dan selamat pada kukit dengan nilai pH 5.5 selain ia menepati standard keselamatan antarabangsa....so even momies yang pregnant, baby, kanak² pun selamat gunakan spray resdung ni.

Korang yang ada masalah alergi, resdung tu boleh lah try produk daripada THYMOS ni...selain jaga pemakanan, kebersihan diri dan persekitaran. Jangan biarkan masalah resdung, alergi ini menjadi semakin kronik dan membahayakan kita. Untuk info lebih lanjut,  boleh terus ke :

Web : https://www.thymosglobal.com/sinusspray
FB : https://www.facebook.com/thymos.uk/
IG : https://www.instagram.com/thymos.global/

You May Also Like

3 ulasan

  1. Memang bagus sangat..berkesan sgt utk resdung

    ReplyDelete
  2. sesuai tau produk ni dgn sy yg ade sinusitis...hehe tp amik jugak vit C utk boost immune system,

    ReplyDelete
  3. Ramainya pakai produk ni, baguslah. Harga berapa ye takde promosi ke

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish