TOKUYA MALAYSIA | Plaza Mon't Kiara Japan Concept Store

by - February 02, 2018

TOKUYA  Arcoris, Plaza Mon't Kiara. | Hai korang...perasan tak?  Last week aku ada share di ig dan FB...pasal satu Japan concept store iaitu TOKUYA yang baru dibuka di Plaza Mon't Kiara. Wehh seriously korang kena pergi sana...sebab special di TOKUYA berbanding concept store Kepun yang lain, sebab ada lebih 20 000 produk dan kesemuanya dikilangkan di Jepun...bukan Cina hehe

Tokuya, Arcoris Plaza Mon't Kiara Grand Opening 2018

Memang full house time opening ni, ramai...semua pakat rambang mata uolss. Actually yang lawaknya, aku sampai sesat² lah nak sampai Tokuya ni...



Sebab ia terletak di G floor...nak senang...korang cari Starbucks, then turun escalator kat depan tu..jumpa lah Tokuya dengan sign bord birunya tu.

Awal² dah rambang mata dah

Antara pinggan mangkuk dan perkakasan dapur Jepun di Tokuya


Di Tokuya, memang sure akan rambang, berpinar biji mata...macam aku sampai hampir 3 jam tau dalam ni...haha. Mana taknya lebih 20 000 barangan ada dijual. Dari perhiasan, alat tulis, pinggan mangkuk, props, mekap, skin care, alat berkebun, permainan semua ada... Yang tak ada cuma makanan dan minuman..Tak silap aku jumpa satu ramen je..tapi Tak tahulah kot lepas ni akan di bawa masuk

Macam² ada di Tokuya serendah RM 5.80

Comel kan teko Jepun tu

Terbahagi kepada 2 bahagian..bahagian depan lebih kepada pinggan mangkuk Jepun..kaca..seramik yang lawa² unik, klasik.... Siap boleh buat props. Memang banyak variasi di Tokuya

Nampak tak....jadi props pun lawa, unik barangan dari Tokuya Malaysia

RM100 semua ni dari Tokuya..macam² boleh dapat

Bahagian dalam...uwaaaa banyaknya barang...disinilah...aku berperang minda dan dompet...nak grab yang mana hehe... Dan taraaaaa antara barangan Tokuya yang aku grab...terdiri dari props untuk photo shoot, peralatan dapur...pisau dan ubat sinki tersumbat....dan harga di Tokuya serendah RM5.80 belum termasuk GST...cuma bayaran di sini hanya dalam bentuk cash / tunai. Dengan harapan...dimudahkan dengan kredit / debit card lah lepas ni..sebab rata² cashless kan sekarang

And ofcoz aku akan repeat, sebab menyesalllll tak beli lagi haha. Berkualiti berbanding concept store yang biasa tu...macam pisau tu..dah lah tajam..berat lagi...macam yang mahal tu.mdan ubat sikit tu...pehhhh berhasil sgt. So kalau korang nak ke sana boleh lah refer :

Facebook : TOKUYAMY

Alamat :
ARCORIS PLAZA. LG1-6 & LG1-7. Jalan Kiara Road, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur , Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

You May Also Like

1 ulasan

  1. Menarik ni.. tp bahaya ni.. boleh keringkan dompet dgn cepat😂

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish