7-Step Korean Skincare Box Althea | Review

by - March 10, 2018

7-Step Korean Skincare Box #39 antara box kesukaan aku. Ofcoz lah dari Althea Korea, bagi yang dah familiar tu, mesti tertunggu² setiap bulan untuk dapatkan special box, dimana ada 6-7 full size item dengan harga awesome. Tapi lepas ni, dengar kata Althea akan ubah sedikit konsep, so kita tunggu je la ye

Althea #39 7 Step Skincare Box

Wahh box kali ni, warnanya....rasa cool sangat kan, ala² night blue dengan bintang² emas.  7-Step Korean Skincare Box Althea special sebab mengkhusus kepada skincare, dari clensing hingga ke pampering.. lengkaplah skin care ala Korean dengan hanya 7 step / item

Teruja juga nak cuba kesemua item ni, nak pula muka memang tengah break out, mungkin sebab cuaca tak menentu, hormon semua tu huhu

7 full size item..untuk skincare routine



  • Natural Pacific Perfect Deep Cleansing Oil 
  • The SAEM Healing Tea Garden Tea Tree Cleansing Water  
  • Dr. Frog Control-Tox Peeling Gel  
  • Son & Park Beauty Water  
  • Leaguertox V-Shot Silhouette Lifting Ampoule  
  • Rire Camu Camu Moisture Cream  
  • Lebaton Pearl Whitening Essence Mask  


Step #1
Natural Pacific Perfect Deep Cleansing Oil 


Clenser versi oil, packaging menarik, clear, mudah untuk tengok isi kandungan, dan mesra travel, sebab disertakan lock cap...

Ok, first step mulakan dengan deep cleansing ni, skincare routine wajib bermula dengan mencuci muka

Seriously aku memang agak takut untuk gunakan cleansing jenis oil, disebabkan jenis kulit aku yang memang sedia berminyak, takut tersumbat,  nanti naik jerawat hehe, tapi macam tak boleh move on pulak bila cuba yang ni. Tak perlu sental² muka, just pump kan atas tapak tangan , then urut² pada muka, make-up tu....

Wow³ hanya 1 pump, berjaya tanggalkan makeup, tak kira water proof atau tak, kat sini aku test pada eye liner, lip matte, concealer dan eyeshadow, paling rare masa efect makeup mencair tu

Then boleh nampak, segala make-up mula mencair, tanggal... Tapi memang oily lah, so lepas tu lap dengan tisu ke, then aku bilas dengan air. Perlu bilas dengan air 



Step #2
The SAEM Healing Tea Garden Tea Tree Cleansing Water  


Water base cleanser, tak perlu bilas dengan air...packaging nampak cool, pun boleh tengok kuantiti dalam nya...nampak clear water

Cleansing versi air, yang ni lebih aku suka hehe, dan paling best ianya tak perlu dibilas dengan air, so memang jimat masa lah kan, dan sesuai untuk travel semua tu. Selain ianya jenis water base, yang membuatkan aku suka, ia berasaskan tea tree.

Lubang botol pun just nice, so senang nak control ammountnya, disebabkan ia best, aku jimatkan penggunaannya.... 

Sememangnya sinonimlah tea tree ni dengan kulit sensitif, jerawat, bagi calm kulit semua serta anti-bacteria...haha sesuai sangat dengan kulit aku, dan rasanya jenis kulit bermasalah pun boleh try this one...

Double cleansing, deep cleansing..mudah, just drop pada kapas, dap² beberapa saat dan makeup, kotoran mula luntur, memang best sebab watery, tak melekit, fresh..rasa macam toner pun ada hehe

Teksturnya memang watery, mudah resap, dan bau tea tree tu mild je, takde lah menusuk hidung macam sesetengah produk tu. Gentle pada kulit, even berjerawat, tak pedih ok. 



Step #3
Dr. Frog Control-Tox Peeling Gel  



Packaging gurlish, cool dan sweet, tak sangka harumannya pun sweet...dengan formula mengurangkan iritasi semasa proses pengelupasan

Peeling gel...jangan pernah skip untuk peeling segala dead skin, kotoran dimuka tu. Recommend pakai 1-2 kali seminggu. Tak sangka gel jernih ni boleh peel of segala kulit mati dimuka ni tanpa rasa sakit hehe

Wow boleh tengom dead skin, daki, semua keluar lepas beberapa saat apply . Tak merengsangkan kulit, just cooling je. Kena bilas dengan air, tapi sayang pulak, haha sebab baunya cute macam losyen

Baunya wangi, soft, dan tak melekit..rasa ringan dan sejuk pada kulit. Cuma pada yang jenis sensitif atau alah pada wangian, peeling gel ni agak wangi ye. Tapi no worries sebab menggunakan formula yang mengurangkan iritasi dan ada ekstrak lemon, betik dan aloevera

Lepas guna, dapat rasa kulit jadi lembut, wangi dan cerah sikit. Dan pores mula nampak lebih halus, tertutup berbanding sebelum penggunaannya.



Step #4
Son & Park Beauty Water  


Wow so Korean nama dan packagingnya. Less is more konsepnya, tapi make sure, yang ada anak kecil, please jauhkan dari anak² , risau dorang terminum...sebab memang real macam air mineral yoo

Dah kenapa yang ni pun aku suka haha..dari packaging, function nya. Multitasking item.. As a toner, refresher, face mist.. Bla bla jimat haha. Nama pun so Korean kan

Kandungan dan arahan penggunaan yang jelas...

Penyerapan yang bagus, non sticky, clear, cool pada kulit... Dan selain melembab, menyegar, ia berfungsi menganjal, mencerah, exfoliate semua tu. Kulit nampak dan rasa segar ke lepas guna

Bertindak sebagai toner lah senang cakap, membersihkan kulit, melembabkan, hydrate semua. Mudah serap dalam kulit. Baunya seakan citrus dan sangat calming, cooling, effect dari kandungan Lavender Flower, Leaf , Stem Extract, Rosa Damascena Flower Water, Orange Fruit Extract 


Multi-function haha...toner, exfoliate, brighten, hydrate...memang cool dan mild pada kulit.

Dan lagi best, boleh buat dan guna sebagai face mist uolsss...letakkan dalam botol spray kecil, dan spray bila perlu untuk set kulit muka sentiasa segar, lembat dan sihat...memang bagus dengan khasiat coconut, corn, potato and wheat



Step #5
Leaguertox V-Shot Silhouette Lifting Ampoule  


Leaguertox V-shot Silhouette Lifring Ampoule.. Dalam bentuk tube. 

Ampoul ni membantu mengurangkan garis halus, sekitar mata, dan muka..gel nya jernih, dan baunya susah aku nak explain...hehe just nice dan ada ekstrak raspberry didalamnya

Clear gel, agak sticky even dah ratakan pada kulit. Tapi sangat efektif untuk kurangkan garis halus sekitar mata, dahi dan sekitar bibir....

Once dah buka, oppsss meleleh gel tu, macam membazir pula, packagingnya lena improve lagi kot, may be lebih bagus dalam jenis pump bottle. Agak melekit...sebelum dan selepas apply gel ni. Dan agak lambat serap..so kena take time sikit lah.



Step #6
Rire Camu Camu Moisture Cream  


So nice and sweet packagingnya, cuma agak berat sebab kaca, dan penutupnya plastik. Warna yang agak fancy dan gigirl

Cream ni sangat pack dengan moisture dan nutrisi , 15% Vitamin C untuk kesihatan, kecantikan, kecerahan kulit. Ada ekstrak camu-camu untuk kulit anjal, elastik persis kpop idol haha

Krimnya warna putih, teksturnya sangat sticky..but no worries bila apply automatically jadi macam powdery haha..resap, tak melekit

Best sangat baunya, tak kuat sangat just sweet, mild ala² losyen baby tu..best, even..teksturnya agak sticky...ingatkan melekit pada kulit, seriously...mudah resap pada kulit. Best sebab kulit akan jadi halus, lembut sangat..macam efect powdery pulak



Step #7
Lebaton Pearl Whitening Essence Mask  



Pinky..ilike hehe...ada ekstrak real pearl..dan katanya essence bertindak 3x lebih efektif dari serum biasa walawehhhhh

Mask time!!!!  Sheet mask yang size nya sesuai dengan saiz muka...orang Malaysia hahah, takde isu..tak muat mask hahah. Dan sheetnya sangat elastik...dah yuhuuuu essential nya meriah...lejut mask tu haha. Even dan apply pada muka, leher, tangan, kaki, masih ada lagi baki essential haha

Saiz sheetnya...ngam² soi untuk Asian face, elastik dan lembut...nak lebih feel, sebelum guna ½-1 jam sebelum tu, simpan dalam peti ais, bagi efek cooling.

Best pakai, melekap elok, cuma even 15-20 minit dah pakai, dah cabut... Essential tu masih basah dimuka haha.. So agak leceh nak tunggu kering. Tapi efect whitening, glowingnya memang syiok

Amacam nice kan box kali ni, khusus untuk skincare routine, so tak payah pening nak cari, mix and match item....beli satu box, dah complete.  So kalau nak tengok lagi produk best² boleh lah ke ALTHEA , boleh beli loose item juga, bulan skincare je...make-up, make-up tools semua ada.



You May Also Like

2 ulasan

  1. Cantiknya lighting gambar.. kakak suka.. skrg tgh masukan althea dalam wishlist.

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish