BOH Tea Plantation | PERCUTIAN 3D2N CAMERON HIGHLANDS | PART 3

by - March 12, 2018

BOH Tea Plantation, Cameron Highlands antara lokasi wajib bila ke Cameron Highlands. Dan FREE je masuk ke sana. Kami memang plan pagi² lagi untuk ke BOH Plantation sebab, awal² dah google..memang kat sana akan sesak..dan jalan jem...so taknak lah sampai sana nanti berasak²

Ladang BOH, Cameron Highlands

BOH Plantation, Sg Palas, time ni nak balik, sempat husband turun, lepak, hisap rokom...sementara tunggu jem.haha

BOH Tea Plantation ni buka seawal jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang dan tutup setiap Isnin. Rata² yang datang, semuanya nak breakfast atau high-tea kat sana...dianjung yang tinggi tu. 

Jalan ke BOH Plantation ni agak mencabar, dengan keadaan jalan yang tak berapa elok tar nya....kecil..muat² untuk 2 kereta bertentangan lalu. Jalan kampung pun lagi luas kot. Kalau perasan sign board ke sana, betul² bertentangan dengan mall tu.

Patutlah terbesar kat Asia Tenggara, menghijau 8000ekar ladang teh ni

Rekomen korang lalu dalam bush, ladang teh ni baru ada feel...macam Aurora haha....


Pergi awal, dalam 8 lebih..best tak jem...memang fresh gile udara, menghijau je..dengan ladang teh....dalam 10 minit sampai. Park kereta kat bawah je, kat sana pekerja BOH plantation ada untuk jaga parking, supaya tak berterabur


Adam muka happy, katanya udara segar..haha

Ngam² timing kami naik, matahari pun baru naik..best..lawa pemandangan

Ada 2 jalan untuk ke dek utama.... Pertama..ikut laluan dalam..yang macam kami lalu, ada jambatan ditengah² ladang teh...memang lawa sangat pemandangan kat situ. Dan lagi satu jalan..bahagian luar..kami lalu masa nak balik nanti. Jalan luar tak berapa best sebab..kiri hutan..dan kanan...hanya nampak ladang teh di kejauhan.

Port wajib untuk kenang² ngan..tak Umppphhh kalau tak bergambar kat sini..tak BOH katanya haha

Dah ke ladang teh kena lah minum teh...hehe..pepagi hadap cheese cake...strawbery fresh..cuma kek agak kental..x silap terlebih gelatin kot...😂

Nasi lemak..cameron hehe..ni sambal biasa je..sambal Strawbery takde jual kat sini

Sampai je kat atas...akan jumpa BOH Cafeteria dulu..memang viral la kalau kat sini. Semua pakat nak makan, nak meja kat bahagian hujung, sebab memang feel giler, dek tu tinggi dan macam tergantung atas ladang teh. Tapi...dah penuh..huu ada lagi awal datang

Selfie 1x

Adam sporting..

BOH tea Plantation merupakan ladang teh terbesar di Asia Tenggara, dengan keluasan 8000 ekar. Dan ada lagi 2 ladang teh BOH iaitu Habu dan Fairlie Garden. Dan setiap ladang ni ada satu kilang BOH..so BOH dapat kekalkan kesegaran...produknya

Ofkoz kena try makanan di BOH plantation ni, harga..seriously makanan di Cameron memurah bagi aku, berbanding KL. standardlah sepotong cheese cake RM 8 dan ke atas... Kami makan Bihun Goreng, Nasi Lemak, Strawbery Cheese Cake dan minuman ofkoz strawbery Tea dan Green Tea tanpa gula. Memang feel...minum teh di tengah ladang teh. Banyak lagi makanan dijual, dan kebanyakan makan jenis pastry macam scone semua tu.

Ha..ni step pertama proses mengeringkan teh

Muka rambang mata, tapi wow berjaya tahan napsu haha

Dah siap makan, wajib singgah kilang BOH. Sangat rare kilangnya, kecil je dan kebanyakan peralatannya jenis lama, zaman² dulu. Dapat tengok proses daun teh dikeringkan hingga menjadi serbuk teh. Semerbak bau teh. Selama ni tau minum teh je kan. Bila tengok, rasa menghargai rasa teh tu hehe.

Dan Ofcoz ada kedai souvenir...kat sini memacam produk BOH tea dijual. Yang biasa kita nampak dipasaran pun ada... Dan rekomen kat korang beli yang takde dijual di pasaran kat bawah selain kat sini hehe. Harga murah sikit dari harga pasaran. Dan aku tak beli pun hehe...sebab stok BOH tea hadiah blogging hari tu banyak lagi...ala keychain atau fm tiada dijual disini

Hah sempat snap bebunga liar sepanjang jalan balik..jem lah katakan haha

Kereta macam kotak mancis dari jauj....

Haha time nak balik, better lepaskan hajat di tandas dekat car park tu, sebab confirm akan jem bila naik waktu tengah hari. Yuppp seperti yang dijangka..jalan jem haha...dari 10minit...menjadi 1-2jam lamanya. Tapi seriously , kena enjoy lah bila bercuti kan...have fun...datang jauh² kena lah rasa semua ni...baru jadi kenangan haha


You May Also Like

1 ulasan

  1. Ya Auloh, seronoknya hidup dia berjalan sesejuk ni haaa!!

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish