Milky Way Play Space Paradigm Mall

by - March 28, 2018

Berakhir sudah cuti sekolah, bermulalah rutin harian anak² dan parents huhu. Cuti sekolah baru² ni  kemanalah korang bawa adik², anak² bercuti?  Mesti ramai yang lakukan aktiviti indoor je kan..memandangkan cuaca panas kebelakangan ni. Ohhh ye...ada satu port baik punya iaitu Milky Way Play Space untuk bawa anak² bermain...lain dari yang lain..lebih adventure dan mencabar minda dan fizikal .

Adam senyum seronok, suka dengan adventure di Milky Way Play Space

Di sini anak² boleh bermain dari umur 4 - 15 tahun. Ada bermacam permainan disini dan agak adventure , memang lasak. Bagus untuk ketahanan otak, badan anak² daripada mereka terperuk menghadap gajet kan. Antara permainan yang ada Milky Way  Paradigm Mall :


  • 12 Obstacles Course
  • Wall Climbing
  • The Amazing Slide
  • Trampoline
  • Bird Nest
  • 9D VR Coaster
  • 5D Space Traveller 


Antara mainan  unlimited di Milky Way Play Space

Walaupun permainan disini agak mencabar, dan gayat hehe... No worries sebab ada beberapa orang staff disetiap penjuru..bagi memantau dan membantu anak². Dan paling penting, sebelum memulakan aktiviti, anak² akan dipakaikan lengkap dengan alatan keselamatan seperti harness, topi keselamatan.

Trampoline sesuai untuk anak² sebaya Bella hehe..Adam pun sebelum jiin adventure, dia ambik mood kat sini hehe

Mama pula yang gayat, time ni kita bileh tengok ketahanan, otak anak² berfungsi....Alhamdulillah Adam 👌

Bagi anak² kecil , macam Bella ni boleg bermain di bahagian Bird Nest  dan Trampoline. Dan bagu parents pula boleh lah lepak ditepi, sambil memantau anak²


Part ni gayat aku nengok haha..tapi anak² steady je...ye lah kita dulu main panjat² pokok je hehe

Part ni, hujung tu, Adam tak sampai kaki hehe...dengan pantas staff tolong

Bella nak merasa juga, kesian heheh

Ohhh ye, 9D VR Coaster dan 5D Space Traveller boleh juga dimainkan oleh ibu bapa...memamg best..rasa dunia 'khayalan' macam didepan mata haha

9D VR Coaster...beratur beb nak try haha..mak bapa yang kerumun, ye lah..tunggu anak main..mak bapak pun nak juga hehe


SPECIAL UNTUK KORANG!!!!  Ada beberapa tiket bernilai RM58 setiap 1 untuk korang menangi. Jangan lupa follow rapat² IG atau FB aku..kita launch giveaway disana. Mana tahu rezeki anak² boleh bermain disana kan. Untuk lebih info boleg ke : https://www.facebook.com/MilkyWayPlaySpace/k

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish