Resepi Ais Kepal Milo Viral

by - March 21, 2018

Kalau Thai ada Ais Kepal Teh, Jepun ada Matcha.... Malaysia ada Ais Kepal Milo beb. Viral kebelakangan ni, bukan main tempting bila gambar milo kepal ni lalu kat timeline haha..menggugat iman. Padahal Milo ais versi ais parut je haha


Ais Kepal Milo, buat sendiri lagi jimat dah tentu² Milo sepenuhnya

Bila dah viral, harga pun mencanak lah naik, dan bermulalah mengelat dengan bahan². Asalnya pure Milo ada yang ditukar ke coco powder murah...ais kepalnya kasar.. huu mahal beb RM5 ke atas kalau kat sini. Nak beli macam membazir, sebab gedabak juga besarnya..si terhasillah resepi ni, actually haritu ternampak kat wall, terus cuba....

Bahan asas, Milo dan susu pekat manis



Bahan ² :
10 s/b serbuk Milo
½ tin susu pekat manis
Ais parut / blended / secukupnya ( dikepal² jadi bulat) 

Optional*
3-4 s/b susu sejat / air suam
Topping milo serbuk,  oreo dll

Mix kan sampai halus mulus..ni belum lagi ni

Cara penyediaan :
Campurkan semua bahan, gaul sebati, mix dengan mixer sampai halus, silky sampai tak berbintil Milo. Boleh campur air suam kalau pekat sangat, tapi jangan banyak, nanti ais kepal remuk haha bila kena jirus 😅

Itulah ais kepal milo hasil tanganku, haha...seronok adik² makan haha...aku slow..sebab manis..kesudahnya aku tambah air jadi Milo ais hehe

Kesudahnya aku tambah air jadi Milo Ais sebab manis...tapi best bila makan dengan ais kepal, fuhhhh memang chocoholic sukakannya.



You May Also Like

4 ulasan

  1. tengok org buat letak susu pekat sampai stgh tin pun dah tau mesti manis sgt... dah la milo tu pun dah sedia manis kan.. tapi kalau tengok mmg nampak terliur la milo kepal ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. ala tengok malam malam pulak. nak makan pun takbole ni. haha
    ada resepi, senang lah pasni

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish