BANANABRO Nasi Daun Pisang KL

by - April 23, 2018

Nasi daun pisang...huh heaven nya kalau dapat, buat craving je. Dapat nasi daun pisang, lupa dah kat western, Japan, Korea food tu haha, itu kalau aku..orang lain aku tak tahu hehe. Actually susah nak cari nasi atas daun pisang ni, lagipun susah nak cari yang Halal kan. Nasi daun pisang di adalah sajian menu India yang disajikan atas daun pisang, sama macam kat India Selatan, Nadu, Karala sana tu. Feeling vanggey sangat πŸ˜… BananaBro port makan nasi daun pisang yang wajib korang cuba

Wow siap ada 'stamp'pada daun pisang BananaBro nampak ekslusif

Lokasi pun sempoi, dalam Berjaya Time Square sambil tunggu awek, pakwe, suami, isteri shopping..boleh lah layan BananaBro. Helllloooo BananaBro hokey....sangat cozy restoren ni, lain sangat dengan kedai mamak biasa tu, lebih bersih, kemas, selesa dan yang paling penting.... Ada Banana Rice Leave. Dari sarapan hingga makan malam

Nasi Lemak dan ayam goreng RM 11.90, nasinya sangat lembut, beraroma, sambal just nice, acar tiptop

Kalau breakfast , masanya antara 8.30-11.00 pagi, ada menu Nasi Lemak dan ofcoz ada pair baik punya...contohnya Ayam Goreng, Sambal Petail, Sambal Sotong dan banyak lagi. Rare bagi aku, hidangan sarapan disertakan dengan acar..acar tu unik giler rasa, tak tau nak cakap cam mana, tapi thorbaikkkk.



Teh Tarik Lawa,  meriah buih....paling best manisnya sedang² je, tapi kurang pekat 


Dan minuman pehhhh wajib try Teh Tarik Lawa....haha menangis mamak stall tengok dia punya buih....paling πŸ‘πŸ‘πŸ‘manisnya ngam ngam soiiii tak potong kaki beb

Konsep makan atas daun pisang, feeling kat India sangat...love it...pakai tangan baru feel beb. Pilihan kuah kari, kari mutton, chicken, dhal, mug bean

Yeahh pakai tangan baru vanggey..hahah apa pun besttt

Di BananaBro ada starter set RM12.90 , Dinner Combo RM 17.90. Pilih je mana berkenan, paling buat korang senyum...nasi, side dish BOLEH REFILL haha. Nasi pula boleh pilih nak nasi putih ke,  brown ke. Semua ada

Muttin Of The Day (Masala) RM9.90 maveles....portion besar boleh kongsi 2-3 orang..daging juicy...

Untuk crispy..ada banyak..ada peria, sotong, ayam...tapi semestinya meriah 

Setiap hidangan memang ada 3 side dish disediakan, iaitu Papadom, Rasam, Yogurt ( kari)  Yang special lagi, kat BananaBro ada menu istimewa setiap hari, Chicken, Mutton Of The Day ( Masala, Varuval, Paraval) Memang terangkat. Kena dengan tekak aku, kari dorang terutamanya...pekat, likat, tak hamis, daging lembut

Best selling Chicken 65 , crispy.. Sedap

Best selling kat BananaBro adalah Chicken 65 crispy semacam beb...ada rasa rempah² paling umphhh tak sejuk kejung..


Tak vanggey lah kalau tak pekena Lassi kalau makan Indian food kan. Ada original, Mango, Strawberry, SourSoup... Yupp sangat refreshing...cuma aku tak boleh nak telan flavir sour soup hehe.

Overall πŸ‘πŸ‘πŸ‘ bersih, sedap, berbaloi, selesa, menu banyak...cuma komunikasi antara waiter susah sikit, english tak berapa fluent...ecehhh cam kita gud² je kan. FYI tourists pun ramai makan kat BananaBro dan thumbs up..even baru dalam 3 bulan dibuka...dah ramai pengunjung. 

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish