BIG RED STRAWBERRY FARM CAMERON HIGHLANDS | PERCUTIAN 3D2N CAMERON HIGLANDS PART 3

by - April 10, 2018

Haha part 3 dah...cerita percutian 3D2N ke Cameron Highland tempoh hari. Tak berkesudahan nampaknya haha..jangan korang muak sudah...saja je aku asingkan post ni mengikut tempatnya...sebab special sangat bagi aku . So kali ni aku nak share pasal Big Red Strawbery Farm. Tak Cameron lah kalau tak ke strawberry farm kan. Actually banyak ladang strawberry dekat Cameron.... tapi best ke Big Red lah kot, under AGRO tourism dan luas sikit, katanya agak murah berbanding yang lain.


Signboard Big Red Strawberry Farm gedabak besar hehe


Big Red Strawberry Farm
ni agak tersorok, tapi dia punya signboard gedabak....dari jauh dah namapak...apa susah..waze je, dan ia terletak diatas bukit. Korang nak park kereta kat atas boleh, nak park dekat restoren-restoren kat bawah pun boleh, so kami park bawah je....kata En.Suami nak explore, dan hirup udara segar haha, 300m juga beb menapak,.,,tapi serius best. Acah jenjalan kat Korea. Jauh juga nak sampai keatas, akan lalu kedai-kedai bunga....kedai cenderahati semua tuuuuuuu......


Cantik juga gambar yang Bella snap hehe, muka kepenatan panjat bukit



Kami naik dah petang, hari mulanya mendung, ingatkan nak hujan, tapi Alhamdulillah tak pun...wah patutlah dipanggil Big Red Strawberry Farm....semua strawberry besar hahah. port-port ambik gambar semuanya strawberry hehe...comel....dan tak sesak sangat, suma yang sesaknya....dekat cafe.

Geram kan tengok butterscotch lettuce tu adeyyy hari² dapat makan..best ni

Aku panggil 'Bunga Kaison' antara bunga yang aku suka kat situ


Kat dalam ni bukan hanya ada strawberry, tapi macam-macam jenis pokok ada dijual, kaktus, salad , butterhead lattuce semua tu. Tapi rata-rata yang kesini nak makan kat cafe je kot hahah.

Kan best kapau dapat makan strawberry besar
gedabak

Besar strawberry dari orang hehe

Kat sini memang spot baik untuk bergambar...lokasi betul² tepi kebun strawberry

Ohhh lagi satu tarikan utama di Big Red Strawberry Farm adalah....masuk FREE haha..dan korang boleh petik strawberry sendiri...acah-acah macam korang owner ladang tu....untuk petik kena bayarlah kan....dan...FYI bukan rezeki kami dapat petik strawberry time tu huuu...sebab buah tinggal yang kecil je, so strawberry tak dibuka untuk dipetik...but just for photo...jadilah...bagi hilang ingin si Bella...happy dia dapat pegang.... heheh

Sebab tu tak boleh petik...belum matang lagi haaaa...

Dapat pegang, tengok depan mata pokok strawberry puas rasanya haha

Mama, Bella syg strawberry.....😉

Actually kat sini kami banyak habis masa kat cafe hehe, makan dan makan dan aku belikan kaktus untuk Adam....tak sempat ke Cactus Valley...kat sini pun ada jual okay...RM 10 untuk 5-6 pot kaktus comel. siap beli raknya juga. Menyesal tak sudah tak beli pokok lavender uwaaa sebab kat bawah payah nak jumpa. dan aku akan up entry khas makan-makan kat Cafe Big Red Strawberry Farm tu nanti... so stay tune korang.

Mama...besarnya kaktus 😅

Cantikkan....kaktus deco dalam pot comel

Tabah si anak tunggu mama beli bunge hehe....nasib sejuk..dorang behave haha..kalau panas...x tau lah

Jemput baca post entry pasal percutian kami ke Cameron kat sini :

You May Also Like

3 ulasan

  1. jue pernah pergi sini. memang best.. eskrim strawberry pun sedap sangat..

    ReplyDelete
  2. every year mesti kesini, tiap kali dtg sini mesti ada je tempat baru buka. geram tgk strawberry tu.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish