BURGER NASI LEMAK MCDONALD'S

by - April 26, 2018

Burger Nasi Lemak??? Ye uolsss McDonald's sekarang ada jual Burger Nasi Lemak bermula hari ni. Wahhh menarik ni, barulah Malaysia kan, Nasi Lemak, tapi ok ke rasanya, kena ke dengan konsep burger tu?

Burger Nasi Lemak McDonald's

Atas permintaan ramai, menu Burger Nasi Lemak ni, diinspirasikan dari menu² McD tempatan yang popular sebelum ni, seperti Bubur Ayam, Cakoi, Taro Pie, Cendol Cone dan banyak lagi


Perasmian oleh CEO McDonald's Puan Melati Abdul Khai

Penghargaan buat pengusaha Nasi Lemak sekitar Klang Valley


Honestly, sebelum rasa Burger Nasi Lemak ni , agak takut² juga haha  takut macam ewwwwje rasanya, sebab Nasi Lemak kot 😅 Tapi bila dah rasa...... Wahhhh " sangat Nasi Lemak!  "

Set regular Burger Nasi Lemak  



Burger Nasi Lemak McD dijual dengan harga RM14.95 ala-carte dan RM16.95 set regular termasuk kentang goreng 100PLUS. Aku rasa lagi umphhh kan kalau McD pair kan dengan Teh Ais or something hehe

Ohmaiiiii gedabak..tebal...mampat...uhhh sambal tu sedap sangat, pedas, manis, masin semua cukup


Burger Nasi Lemak McDonald's ni saiznya bagi aku besar, tebal, mampat haha. Dah tinggi macam double mc tau. Rasa memang real Nasi Lemak. Walaupun tiada nasi dalam ni kan. Sambal nya memang win..kick...even takde ketulan bilis dalam tu, sambal tu agak pedas juga, memang real.macam makan Nasi Lemak.    👍👍👍 mcdonald's

Semua elemen Nasi Lemak ada dalam burger ni tau, cuma tiada nasi, tapi diapit ban gebu, ada lapisan daging ayam yang disalut santan dan emping jangung, wangi siot....ada telur.. Pehhh telur tu..besar tebal, ada sos sambal, hirisan rangup timun, karamel bawang...pehhh tetiba lapar semula

Memang wajib cuba, confirm McDonald's beratur panjang hati ni, berbaloi beb...haha...thumbs up 👍 Overalll...SEDAP, SANGAT NASI LEMAK. For more details www.mcdonalds.com.my

You May Also Like

2 ulasan

  1. kena pikir 2-3 kali jugak nak beli beger mcd kali ni.. haha

    ReplyDelete
  2. tergoda yui bc review ni..huhuhu.

    kan. dpt pekena sekali teh tarik msti ngam

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish