BUFFET RAMADHAN 2018 | BLUE CAFE

by - May 17, 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 | BLUE CAFE Bandar Mahkota Cheras. Alhamdulillah hari ini kita dah start berpuasa, semoga Ramadhan kali ni lebih sempurna. Time puasa memasing sibuk mencari port buffet ramadhan kan, nak pula first day ni kan. Nanti jangan lupa try buffet ramadhan di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras. Menu menarik menanti korang, seriously tak tipu.

Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Bahagian bawah Blue Cafe, actually ada 2 tingkat


Ohh ye sebelum ni nama Blue Cafe ini adalah Blue N Grey Cafe tau, sekarang dalam proses pengubahsuaian, so nanti takut korang google tak jumpa pulak hehe. Menu kat sini more to western food, tapi no worries menu tempatan pun ada disediakan sempena Ramadhan. So ada variety lah, taklah boring sangat kan.

Menu buffet ramadhan disajikan dengan teratur dan menu berbeza setiap hari

Dan pada yang berkeluarga, ada anak-anak kecil, di Blue Cafe ni, korang jangan risau, space sangat luas, santai dan dan selesa. Kiranya time berbuka nanti, amanlah tekak nak menelan heheh. Aircond pun sejuk dan paling syiok wifi laju, tandas bersih dan park pun mudah hehe. Korang suka kan.

Rendang Ayam...memang sedap..boleh dimakan dengan nasi putih, nasi goreng

Spaghetti Aglio Olia....not bad...the winner tetap Carbonara hehe

Grilled chicken chop..sangat juicy dan boneless..sedap..empuk je.bersi deep fry pun ada

Antara menu buffet Ramadhan di Blue Cafe adalah, Nasi Goreng Cina, Rendang Ayam, Spagetti Carbonara, Spaghetti Aglio Olio, Grilled Chicken Chop, Fried Chicken Chop, Pizza selain dessert seperti kek, kuih tradisional, buahan.

Tengok topping pizza tu....bertimbun...sedap...

Pizza buahan..memang unik

Penampakan spaghetti carbonara disitu 😋


Kalau ditanya menu mana paling best dan menarik ? Aku pilih Spaghetti Carbonara dan Pizza Rendang Ayam. Yang carbonara tu MasyaAllah creamy, cheesy nya korang. Pizza pula lain dari yang lain, crust nya nipis tapi topping tebal ya amat. Dan topping nya menarik, contohnya ada topping Rendang Ayam dan Fruits.

Antara pencuci mukut, kuih muih yang ada disediakan.


Menu Buffet Ramadhan Blue Cafe berubah-ubah setiap hari dengan tema western fusion, so takdelah menu yang sama je seppanjang sebulan Ramadhan tu kan. Harganya tersangatlah berbaloi dengan menu yang ditawarkan, iaitu serendah RM28 ( Dewasa ) RM18 ( Kanak-kanak ). Dan sebaiknya buat tempahan awal sebelum datang, maklumlah puasa-puasa ni kan, hehe. Oh ye menu Buffet Ramadhan bermula jam 7 malam - 10 malam dari 12 Mei sehingga 14 Jun nanti.

Untuk maklumat lanjut, tempahan atau pertanyaan, boleh segera hubungi :


BLUE CAFE

Hubungi :
03 - 9011 3891

Facebook :
www,facebook.com/Blue-Cafe

Instagram :
www.instagram.com/b.luecafe

Alamat :
No 7-2, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras
Selangor


You May Also Like

3 ulasan

  1. This is great! You make everything so beautiful, bright and organized.

    ReplyDelete
  2. pagi pagi dah tengok gambar makanan ni..hihihi

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish