SUNFEET MALAYSIA PAKAR ORTOTIK DAN PROSTETIK

by - May 18, 2018

Penjagaan kaki sering diabaikan oleh kita. Selalunya kita lebih sibuk dan risau memikirkan cara untuk menjaga bentuk badan, berat badan, kecantikan muka dan kulit, tapi kita terlepas pandang akan kepentingan penjagaan kaki. Nampak macam tak perlu kan ? Tapi sebenarnya kaki adalah organ badan yang tersangat penting untuk kita jaga, rawat dan kenali permasalahannya dari awal kerana dari kaki, ia mampu mempengaruhi kesihatan dalaman badan kita.

Bersama Dato Dr Edmund Lee dan Dr Liyana di Senfeet Malaysia

Alhamdulillah minggu lepas, berkesempatan ke majlis talk show dari Dato Dr Edmund Lee merupakan Pakar Ortotik & Protestik dan Dr Liyana Dhamirah Amiruddin merupakan seorang doktor perubatan dan muncul di program tv, My Doctor dengan tajuk Kesihatan Kaki Anda bertempat di Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre


Sesi penerangan, soal jawab berkaitan kesihatan dan penjagaan kaki, didalam Bahasa Melayu..mudah difahami


Ramai media, blogger serta orang awam yang turut hadir pada hari itu. Masing-masing tak sabar nak mendengar info, ilmu dan tips penjagaan kaki dari pakar kaki ni tau. Rugi siapa yang tak hadir, sebab boleh dapatkan pemeriksaan dan consultation PERCUMA dari doktor selain berpeluang menang lucky draw.

Jelas penerangan dr Dr Edmund

Kepentingan pemakaian insoles yang bersesuaian.

Antara yang dikongsikan adalah jenis permukaan tapak kaki. Kami diterangkan bahawa ada beberapa jenis permukaan tapak kaki, dan setiap jenis memberikan impak kepada kesihatan badan terutama postur badan,lutut dan belakang. Antara jenis tapak kaki yang sinonim dengan rakyat Malaysia adalah tapak kaki rata atau flat. Rupanya, tapak kaki yang flat ini adalah tidak sihat tau...sepatutnya, tapak kaki yang sihat mesti mempunyai lekuk arch yang baik.

Jika tapak kaki kita jenis rata, maka tak hairan kalau kita sering mengalami sakit belakang atau lutut. Antara faktor penyebab tapak kaki rata adalah sering ' berkaki ayam ' tak berkasut, tak berselipar. So lepas ni sila jangan bangga kalau tapak kaki korang rata haha. Tapak kaki rata ni boleh terjadi sejak dari kecil, dan merupakan faktor keturunan juga, tapi masih boleh dirawat sebelum mencapai usia 15 tahun. tapi kalau dah berusia, kita hanya mampu merawatnya dengan menggunakan kasut yang sesuai atau menggunakan orthopedic insole 

Sejujurnya banyak sangat tips yang dikongsikan oleh Dr Edmund pada penerangannya , antaranya :


  • Tukar stokin 1 hari sekali bagi mengelakkan pembiakan bakteria
  • Cuci stokin dengan air panas bagi membunuh spora dan jangan berkongsi stokin
  • Tidak memakai high heels melebihi 5 jam
  • Memilih kasut yang sesuai, contonya yang memiliki que counter yang keras serta tapak yang tidak boleh di lipat
  • Elakkan memakai flat shoes  kerana memberi risiko kecederaan pada kaki
  • Menggunakan insole yang bersesuaian dengan kaki

Flat dan arch yang bagus

Insoles dari Sunfeet Malaysia

Dr Edmund turut menekankan kepentingan pemakaian insole yang betul dan bersesuain dengan tapak kaki kita. Kebanyakkan insole dipasaran adalah tidak bersesuain dengan jenis tapak kaki kita, terutama yang mempunyai masalah. Insole atau pelapik kaki di Sunfeet Malaysia dibuat sendiri oleh Dr Edmund, dengan membuat pemeriksaan details ke atas tapak kaki pesakit. Insole di Sunfeet Malaysia dijual serendah RM200 hingga ribuan ringgit. Bunyi macam mahal, tapi apa salahnya melabur untuk kesihatan diri sendiri.


Alhamdulillah, tau² je..tengah cadang nak beli kasut

Alhamdulillah, tak sangka menang cabutan bertuah yeahhhh, dan aku berjaya memiliki sepasang kasut orthopedic berharga RM289 . Tahniah buat yang lain. Dan selepas sesi penerangan, kesemua pengunjung berpeluang membuat pemeriksaan tapak kaki, dan mendapatkan nasihat dari doktor secara percuma.

Boleh lihat hasil scan kaki di skrin besar, nanti akan dapat salinan report juga then boleh tunjuk pada doktor untuk penerangan lengkap

Ya Allah, baru tahu yang tapak kaki aku bukan yang normal, ada masalah Left Right Imbalanced bermaksud arch atau lengkungan kaki sedikit rendah. Kata doktor..ia boleh menjadi flat . That's why sekarang aku kadang-kadang ada rasa sakit belakang dan lutut. Dan doktor mencadangkan agar aku menggunakan fabricated foot orthotic insoles bagi mengembalikan arch yang sepatutnya dan kembalikan allignment, body posture yang baik.

Beroperasi sejak turun temurun dari 1978 dan sekarang ia dikelola oleh generasi ketiga Dato Dr Edmund Lee. Bagi korang yang ada masalah berkaitan kaki, atau anak-anak, mak ayah yang mengadu sakit kai, belakang, lutut bolehlah kesini bagi mendapatkan rawatan dan nasihat dari yang pakar. Selain menawarkan fisio dan ortotik terapi kaki, kaunseling tentang penjagaan kaki bagi penghidap diabetes, dietetics. Hari fisio terbuka untuk kanak-kanak pada setiap Sabtu dan Ahad

Antara produk dijual di Sunfeet Malaysia

Di Sunfeet Malaysia juga. selain insoles terdapat banyak pilihan kasut diabetic, orthopedic, therapeutic yang dijual. Dari saiz kanak-kanak sehingga dewasa. Apa yang bagusnya jika beli kasut tersebut disini, korang boleh terus dapatkan pandangan, cadangan, nasihat direct dari pakar. Dan boleh juga di buat mengikut saiz dan citarsa sendiri... custamize  gitu. InshaAllah ada rezeki...nak bawa mak dan abah kesini...nak buat pemeriksaan kaki ....dan bawa anak-anak dan suami juga....risau juga kan...dah tahu serba sedikit tentang permasalah kaki, baru rasa alert sikit hehe. Untuk lebih info lanjut, boleh segera ke :


Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre
Block C,
18 jalan 19/1, Sek 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor

Hubungi :
013 - 528 3939 | 013 - 912 2939

Web ;

Facebook :

Instagram :


You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish