TIPS KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA | CALIFORNIA RAISINS

by - May 18, 2018

Selamat berpuasa korang. Wahhh Alhamdulillah masih diberi rezeki menjalani ibadah puasa pada kali ini. Macam mana persiapan puasa korang, terutama yang ada anak-anak tu. Apa menu sahur, berbuka puasa nanti, untuk pastikan seisi keluarga kekal sihat bertenaga sepanjang puasa ? Selain makanan berkhasiat seperti kurma, kismis juga dapat meningkatkan tenaga, kecergasan , kecerdasan otak terutama dibulan puasa ni. Walaupun kecil tetapi kaya dengan nutrien.


Kenhang, sihat bertenaga sepanjang ramadhan dengan California Raisins

Hari minggu yang lepas, berkesempatan ke acara bersama media yang dianjurkan oleh California Raisins dengan tema Puas-Puas Puasa bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Perkongsian resepi masakan menggunakan California Raisins dari tv host dan chef

Dari minuman, main course hingga ke dessert boleh guna kismis California ni tau

Banyak info , ilmu yang dapat time ni tau terutama tentang kelebihan dan khasiat kismis California ni. Selain ada pertandingan menghias cupcake, cookies dan demo masakan untuk sahur dan berbuka dari hos TV popularNur Affizza Azmi menggunakan California Raisins.

Pengenalan kepada California Raisins yang sangat berkhasiat

Penerangan khasiat dan tips sahur dan berbuka oleh pakar pemakanan

Rupanya banyak sangat khasiat dalam California Raisins ni, nampak je kecil tau, dan tersangatlah berkhasiat khusus untuk pertumbuhan, perkembangan otak anak-anak berbanding makanan ringan yang lain. Ianya dijelaskan sendiri oleh pakar pemakanan daripada Hospital Pakar KPJ Damansara, Adibah Rushda Ismail. Antara kelebihan California Raisins :

  • Semulajadi
  • Tiada gula tambahan, manis semulajadi
  • Tiada lemak dan kolestrol
  • Rendah natrium / garam secara semulajadi
  • Sumber kalium ( penting untuk otot, kardiovaskular dan sistem saraf )
  • Sumber serat
  • Kaya nutrien
  • Mengandungi fitonutrien ( Menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut )
Tahniah kepada pemenang pertandingan menghias cup cake..cookies

California Raisin ada dalam pelbagai saiz packaging, so jangan risau, sesibuk mana pun, nak berbuka, takut tersangkut dalam jam, boleh standby sekotak California Raisins dalam kereta awal-awal hehe. Dan ianya tak mudah rosak sebab ianya dikeringkan secara semulajadi di bawah matahari.
Dan dengan kismis Kalifornia ni, kita boleh juga mempelbagaikan masakan, boleh dimakan begitu saja, boleh dimasukkan dalam masakan, pencuci mulut, minuman dan sebagainya

Untuk maklumat lanjut ataupun resepi lengkap menggunakan California Raisins, boleh terus ke laman web www.calraisins.org dan www.caraisins.com atau ke Facebook Page : @RACAsean


You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish