Wilqadry Lestarikan Impian Perkahwinan Dynas Mokhtar & Shazrik

by - May 14, 2018

Tahniah kepada pelakon Dynas Mokhtar diatas perkahwinan beliau dengan pasangannya Shazrik pada 5 Mei yang lalu. Wahhhh sama cantik, sama tinggi, sama padan uolss. Moga ikatan pernikahan Dynas kali ini berkekalan hingga ke jannah...Amin.

Tahniah Dynas dan Shazrik

Sempat juga ke sesi press conference   mereka pada 4 Mei tu, sehari sebelum majlis resepsi. Kalau nak tahu, sidang media dan majlis , kesemuanya berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Kolaborasi Dynas dan Wilqadry"

Majlis perkahwinan Dynas dan pasangan dianjurkan oleh Wilqadry, yang merupakan syarikat pengaturcara yang memang pakar dan inovatif dalam bidang dekorasi dan teknologi. Dan kalau nak tahu, Dynas sendiri berkolaborasi dengan Wilqadry dalam proses menjayakan majlis perkahwinannya kali ini. Dan..... majlis perkahwinan Dynas ini merupakan majlis perkahwinan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi projection mapping dan digital projection

Sesi ramah mesra bersama media

Memang teruja sangat para media masa tu, sebab ianya sangat secret untuk diperkatakan oleh pihak Dynas mahupun Wilqdary....memang banyak elemen surprise diselitkan dalam majlis perkawinan tersebut.

Seri pengantin....


Dynas juga telah dilantik sebagai duta Wilqadry...dan telah menandatangani perjanjian di majlis tersebut. Konsep dan tema majlis perkahwinan mengikut kegemaran Dynas, iaitu bertemakan natural, berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan orkid bersama gabungan acara kontemporari dengan komponen audivisual yang unik dan menarik menggunakan teknologi futuristik.

Sempat bergambar dengan pengantin...so sweet

Hanif selaku MC pada majlis resepsi Dynas


Memang lain daripada yang lain sangat konsep perkahwinan Dynas, memang tak pernah kita tengok sebelum ni di Malaysia tau. Wahhhh beruntungnya pasangan ni kan.

Sedikit sebanyak tentang Wilqadry :
Sebuah syarikat pengaturcaraan , pakar dalam teknologi dalam pelbagai konsep acara seperti perkahwinan, gaya hidup, hiburan mahupun korporat. Milik bumiputera sepenuhnya, pengasasnya ialah Puan Sharifah Rohaida Al Qadry. Wilqadry bakal meluaskan empayar sebagai pengendali dewan aturcara sendiri Granduer Hall di Putrajaya.

You May Also Like

1 ulasan

  1. Sama cantoknsan sama padan kan..semoga kekal hingga ke Jannah

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish