BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE | PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP

by - June 01, 2018

Salam Ramadhan...wah sedar tak sedar dah nak menghampiri akhir Ramadhan kan. Macam mana persiapan raya korang ?  Tapi sebelum tu..nak tanya..dah bayar zakat ke belum ? Jangan sampai terlupa ye kewajipan tu. Walau sesibuk manapun tetap kena laksanakan tanggung jawab sebagai seorang muslim.




1

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)


Bayar zakat secara online lebih mudah, selamat


Kalau sebelum ni biasanya zakat dibayar dikaunter-kaunter zakat kan, tapi tu pun ada juga yang tak berkesempatan. Maklumlah sekarang semuanya sibuk dengan kerja dan sebagainya. Tapi sekarang zakat boleh ditunaikan, dilakukan melalui online melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP . Bersesuaian dengan zaman sekarang, dimana semua urusan dibuat secara online, dihujung jari.

Cara bayaran lebih telus, mudah, dan pantas


Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan media sosial sebagai medium gaya hidup, untuk mencari maklumat, hiburan, jual beli dan sebagainya. Dengan itu pihak PPZ-MAIWP telah membuat inisiatif dengan mewujudkan portal seperti www.zakat.com.my. Disitu semua berkaitan zakat boleh dibuat secara online, tak perlu lagi berurusan ke kaunter bayaran zakat. Urusan kiraan zakat, bayaran dan semakan rekod bayaran semuanya boleh dibuat di portal berkenaan.

Bayaran zakat secara online lebih mudah kerana :

  • Lebih cepat dan mudah, dengan kaedah bayaran FPX, debit, kredit atau kad kredit
  • Jimatkan masa, tak perlu menunggu, beratur panjang di kaunter, hanya dibuat secara online, dan boleh diakses dimana sahaja.
  • Beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu
  • Kiraan kadar bayar zakat lebih mudah, hanya lengkapkan borang yang terdapat didalam portal berkenaan.
  • Kiraan kadar bayaran zakat lebih tepat dan selamat dengan kalkulatur zakat yang disediakan, boleh juga menyemak status layak membayar zakat di situ
  • Semakan bayaran zakat yang lepas juga boleh disemak
  • Boleh mengemaskini maklumat , seperti alamat surat menurat demgan selamat dan cepat
Mudah kan, moga dengan medium terbaru ni, lebih memudahkan kita untuk menunaikan kewajipan membayar zakat. Segerakan bayaran zakat sekarang...Ayuh

Talian bebas tol : 1-300-88-5757

You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish