KIDDOMO UNIVERSE STARLING MALL

by - June 14, 2018

Kiddomo Universe hari tu kan jenjalan kat Straling Mall dengan blogger hot, Sally Samsaiman, terpandanglah dekat Kiddomo ni, macam best je bebudak main dalam tu. Tapi memang nampak kelainan dari playland yang biasa tau. Macam teruja pula time tu nak bawak bebudak ni main. Alhamdulillah, Ahad lepas, rezeki bebudak ni, habiskan bermain di Kiddomo Universe , Starling Mall

Macam² ada di Kiddomo Universe

Ooohhh patutlah nampak lain daripada playland yang pernah kami kunjungi sebelum ni, sebab Kiddomo merupakan Educatioal Playland . Dan mendapat iktiraf sebagai Best Children's Educational 2017-2018 . Senang cakap, permainan nya lebih kepada kreativiti dan imaginasi anak-anak. 

Hands sanitizer dimana mana hehe

Anak² boleh pilih karaktor avatar disini

Bella excited ....

Wah masuk je kat dalam Kiddomo tu, luasnya..... Firstly kena tanggalkan kasut, dan simpan di rak yang disediakan, jangan lupa bawa stokin tau, kena pakai stokin sepanjang berada di dalam Kiddomo Universe . Wahhh disetiap penjuru disediakan dengan hand sanitizer ... bagus inisiatif macam ni, maklumlah kita terdedah dengan berbilion bakteria. 

Permulaan pengembaran di Kiddomo bermula dengan Selfie World . Kn selfie ni haha
kat sini, boleh scan electronic wrist band dan , muka anak-anak akan terpacul didalam skrin, dan mereka akan memilih watak-watak comel sebagai avatar mereka, then boleh tengok muka dan karektor mereka di skrin. Memang menyeronokkan, bukan bebudak je, dengan aku sekali duk main 

Boleh tunggang harimau, unicorn juga😅



Art Box .. pun sama... kena scan wrist band tu, then anak-anak boleh membuat doodle, sekreatif mungkin, dengan menyentuh skrin besar tu, ada bermacam gambar latar, contohnya Leonardo De Vinci, Picasso  boleh tambah macam-macam doodle, spek mata, misai, love bunga dan memacam lagi.

Lautan bola comel...tersembunyi telur Dinasor😉😅


Sampai tenggelam dalam bola😅

Hah port ni memang meriah, lautan bola kecil hijau kuning tu. Rupanya kena cari Dino Egg dalam tu, haha bayangkan cari telur dinasor dalam lautan bebola tu. Memang seronok bebudak ni diving haha, tapi Adam ngan Bella dapat tau telur tu. Dah dapat boleh scan, untuk tahu telur tu dari spesis yang mana.  

Cafe terbuka, santai

Ruang santai....anak² pun boleh layan

Kalau lapar, jangan risau ada cafeteria, dalam ni....wifi, toilet semua ada. Ada juga Baby Gym untuk baby 3 bulan kebawah...so mama-mama, papa-papa boleh rehat-rehat santai  sementara tunggu anak main kan. Memang selesa, sangat dalam tu sejuk. 

Sorry Bella, sini untuk baby 3 tahun ke bawah

Main tepuk² belon😅

Excited mewarna, 3d



Sesuai untuk sambutan harijadi

Dan lagi satu part yang best, bila part mewarna. Dekat situ, anak-anak berpeluang mewarna , nanti scan gambar yang diwarna tu,  boleh dilihat diskrin 3D . Memang happy si Adam dan Bella mewarna dinasor. 


Kiddomo Universe details:

Lot T-326, Level 3, The Starling, 
No. 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi :
Setiap Hari 10 pagi - 10 malam

You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish