REVIEW | SOME BY MI

by - July 28, 2018

Aku dengan Kbeauty memang tak dapat dipisahkan. Nak buat macam mana, kulit sensitif aku ni hanya ngam, sesuai dengan produk penjagaan wajah dari Korea. Aku syak la kan....gen Korea banyak dalam badan ni kot hihi. Tak de lah...gurau je...sememangnya kebanyakan skincare, makeup dari Korea 🇰🇷 lebih bersifat natural berbanding chemical. Kali ni aku terpanggil untuk mencuba rangkaian produk dari SOME BY ME

SOME BY MI rangkaian penjagaan wajah dan kosmetik trending dari Korea

Kalau nak tau, SOME BY MI tengah in dikalangan peminat Kbeauty seluruh dunia, tak percaya nanti boleh google atau cari di Utube. Dan aku perasan produk ni dirumus dengan Real Tea Tree 10,000 PPM, AHA, BHA dan PHA, Niacinamide 2%

Pendek kata , ianya bagus untuk mengekalkan kulit yang sihat, bersih dan cerah. Dan paling penting SOME BY MI tak mengandungi 20 bahan terlarang yang berbahaya tu, macam Paraben, Alcohol semua tu.

Aku try 4 produk dari SOME BY MI, actually banyak lagi produknya, tapi memandangkan harganya agak ehemmm , kenalah menabung dulu. Tapu tak rugi invest kalau kesannya mantop. Dari segi Packaging , simple je, selain hijau putih, ada juga kaler merah. Tak seperti kebanyakan produk Korea yang kain, SOME BY MI menggunakan 50% bahasa inggeris dan selebihnya hangul. Haha senang sikit nak paham.


  • Miracle Cleansing Bar ( RM 70 )
  • Miracle Toner ( RM  75 )
  • Miracle Serum ( RM 98 )
  • Killing Cover Moisture Cushion 2.0 ( RM 130 )


SOME BY MI Miracle Cleansing Bar

Miracle Cleansing Bar

Sabunnya dalam ketulan, agak besar, so nak jimat sila potong. Baunya sangat tea tree uols, memang aku risau.... Takut kulit jadi kering lepas pakai. Ingatkan ada rasa mint²....tak pun guys...just mild, buih halus je.

Buih halus, ringan...bau fresh tak mengeringkan kulit

Nak kata jerawat hilang terus memang taklah weh, aku pun baru pakai seminggu dua, setakat ni takde masalah....bergantunglah pada kulit korang.Macam aku ni banyak bekas, parut jerawat...so bila cuci tu..rasa macam segar gitu, dan kecut sikit.

SOME BY MI Miracle Toner

Miracle Toner 

Macam toner ni pula,baunya seakan ubat gigi hehe, ada bau mint, tea tree gitu dan muka pun terasa mint² gitu. Paling penting tak pedihkan kulit. Warnanya jernih, water base dan mudah serap dalam kulit. Terasa fresh je.
Sangat lembut dan gentle pada kulit, even baunya agak minty

Bukan je bertindak sebagai toner, malah bertindak membuang sel kulit, membuatkan kulit lebih cerah dan flawless.



SOME BY MI Miracle Serum

Miracle Serum 

Serum ni pula tak macam toner, warnanya ada sedikit hijau dan baunya macam ada citrus sikit.

Mudah dan praktikal untuk digunakan

Tekstur halus, ringan....cukup beberapa titik untuk disapu seluruh muka

Teksturnya seakan water base tapi diakhir² sapuan seakan ada oily² sikit, btw ringan, light..mudah serap pada kulit .


SOME BY MI Killing Cover Moisture Cushion 2.0

Killing Cover Moisture Cushion 2.0

Untuk cushion ni, firstly suka sangat dengan packaging cute ni, dengan effect keemasan tu nampak cute dan elegan pada masa yang sama.

Anti-bacterial puff, lembut dan mudah untuk blend, dap 

Yang aku pakai ni kod no 23 Natural....ada kod 21 Light Beight. Not bad juga guys, hanya satu dap boleh cover parut jerawat, eye bag, darck cirle semua. Kiranya fully coverage la ni.

Hah gittew..peloles

Nampak kan perbezaanya, tapi kod ni nampak macam cerah lah pulak hehe..yang penting peloles guys

Cuma kena dap betul² ratakan ok, kalau tak nanti nampak bercapuk dan paling win puff nya anti bakteria tau. Bagi aku tekturnya tak berapa light...tak oily... kalau pakai memang tak nampak berminyak....dia akan nampak macam matte effect.

Selain fungsinya sebagai make up base, malah dapat melindungi kulit dari sinar UV, mencerah kerana diformulasikan dengan SPF50+ PA ++++


Overall , kesemua produk SOME BY MI yang aku try dalam seminggu dua ni, ngam, gentle dengan kulit aku. Kesan dapat dilihat sepanjang 30 hari penggunaan. Dan aku akan consume sebab produk ni mengandungi banyak ekstrak Tea Tree so best untuk jenis kulit berjerawat, sensitif macam aku. Tapi kesan semua bergantung juga pada jenis kulit individu tu. Kalau korang nak try produk ni boleh beli direct dari :

Contact No : 019 - 3873526

You May Also Like

3 ulasan

  1. Wow..menarik..mmang agk in product nih skrang.

    ReplyDelete
  2. wow...patut ler makin cantik...gambar pun cantik oiii

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish