CARA MERAWAT MENANGANI DISLEKSIA | KAEDAH ORTON-GILLINGHAM

by - August 03, 2018

Disleksia ??? Agak berat tajuk dan permasalahan ni kan. Kalau sebelum ni, aku ingatkan masalah Disleksia dikalangan kanak² ni,  adalah keadaan dimana mereka membaca secara terbalik....atau terbalik membaca dan mengenal huruf, contohnya b menjadi d dan seumpamanya.  Rupanya SALAH uolssss....

Kaedah Orton Gillingham buat Disleksia

Alhamdulillah minggu lepas, berpeluang ke satu talk event mengenai Cara Menangani Disleksia Mengikut Rujukan Global iaitu Kaedah Orton-Gillingham oleh Dr.Choy yang merupakan Pakar Akademi Terapi Bahasa yang pertama di Malaysia yang menjalani latihan AOGPE

Pengertian Disleksia yang sebenar menurut pakar

Menurut Dr.Choy, Disleksia merupakan masalah sukar membaca dikalangan kanak² yang akan menyebabkan mereka ketinggalan, tercicir pelajaran di dalam kelas. Maknanya anak² Disleksia memerlukan perhatian, pembelajaran khusus bagi membantu mereka.

Kaedah Orton Gillingham yang diguna pakai bagi membantu anak Disleksia


Kaedah Orton-Gillingham telah diperakui oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA) merupakan kaedah struktur berasaskan bukti boleh diperoleh di Malaysia dengan pelancaran Akademi Ultuz yang merupakan pusat pembelajaran Disleksia

Penerangan lengkap, jelas dari Dr.Choy


Bila mendengar sendiri dari yang pakar, terus teringatkan Adam, risau juga tau, walaupun baru darjah satu, lepas ni aku kena kerap pantau proses pembelajarannya terurama membaca. Dan pada hari itu juga, anak² diajar membunyi, menulis oleh tenaga pengajar Altuz Academi mengikut kaedah mereka tersendiri

Tenaga pengajar dari mereka yang pakar dan bertauliah

Pada korang yang anaknya ada simptom² atau disahkan Disleksia, buntu nak mendapatkan nasihat, pemulihan dan pembelajaran yang khusus boleh lah ke Altuz Academy, disini kesemua tenaga pengajar terdiri daripada Pakar Akademi Terapi Bahasa yang terlatih dalam pembelajaran lengkap dan latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan disagkan oleh Orton-Gillingham Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA

Bersama pengasas Altuz Academy, Dr Choy

Antara parenting blogger dan ibu bapa yang hadir


Percayalah, pantauan sendiri dirumah untuk anak² Disleksia memang tak memadai,  seriously memang mereka perlukan pantauan , tunjuk ajar dar pakar, pada tahap yang tinggi seperti latihan celik hurud dan sebagainya . Kedengaran enteng tapi..membawa impak besar pada masa depan anak²


Sedikit info tentang Kaedah Orton-Gillingham. Ia dibangunkan oleh Dr Samuel Orton,  pada tahun 1920, bersama rakannya Anna Gillingham seorang pakar psikologi dan guru berbakat...merupakan orang pertama yang mengenal pasti Disleksia. Diperkukuhkan dengan 10,000 kajian saintifik, selama 70 tahun. Dengan membuktikan kaedah membaca ada 5 prinsip iairu, kesedaran fonemik. fonik sistematik, kelancaran. perbendaharaan bahasa dan pemahaman dengan menekankan ciri utama multisensory, turutan, peningkatan, pertambahan, mengikut individu berasaskan phonograms dan jelas

Untuk sebarang permasalahan, pertanyaan boleh ke

Web :  www.altuzacademy.com
FB Page : altuzacademy
Alamat : 3rd Floor, Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Contact No :  03-23892265

You May Also Like

1 ulasan

  1. terbaek.. good info... pernah jugak tgk movie hindi lakonan amir khan tentang penyakit ni..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish