Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai | MELAKA DAY 1

by - August 05, 2018

Apa khabar orang Melaka ??? Last week rezeki kami sekeluarga bercuti ke Melaka, last ke Melaka cuti² zaman bebudak dulu hehe. Tq #abangku bawa bercuti . Nanti jangan lupa baca kisah percutian Melaka kami tu ok. Kata orang kalau ke Melaka wajib cuba ikan bakar ... Tak kisah lah ikan bakar klasik ke, Portugis ke..janji bakarrrr 😅 Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai antara hot port yang ramai dikunjungi , so jom check it out...

Dataran Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai, Melaka

Xtually kami sampai dah petang tau, stay kat mana ? Nanti baca entry selepas ni ok.. Malam tu lapar, #abangku pun ajak makan ikan bakar kat Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai katanya femes sesangat selain Ikan Bakar Parameswara tu.

Luas juga dataran ni, cantik meriah dengan lampu bewarna warni


Sampai² dalam jam 9 , kurang orang lagi time tu. Wahh lawa tempatnya, patutlah dipanggil terapung, memang sah² ia terapung atas air..memang best..kena bayu malam...

Shima Cafe, berbaloi makan kat sini..harga standard...seafood segar, sedap..portion makanan banyak...staff friendly...pehhhh kipas lajunya hehe...tak tipu ni

Konsepnya deretan kedai makan, tapi kebanyakannya tutup... Kalau nak tau...dikeliling ni adalah kawasan perkampungan nelayan, kalau jalan depan sikit nampak lah jeti perahu dorang...kalau datang siang mesti cantik snap² tu  malam x nampak apa guys

Nak makan, kena pilih seafood..macam² ada, fresh sangat...boleh request nak masak macam mana. Kata #abangku harga standard je macam di KL. Berbaloi. Dan paling rare...kalau ikan tu kan...beli seekor..kita boleh request masak 2 cara..maksudnya..dorang akan belah ikan tu jadi 2 bahagian..takdelah jemu nak habiskan satu menu tu kan.

Sorry guys gambar x proper, x menahan nak makan haha....camera pun x leh fokus hehe

Macam kami order Sotong Kunyit, Lala Halia , Ikan Jenahak seekor, satu bahagian Goreng 3 Rasa dan Bakar Klasik, Kangkung Goreng. Pehhhhh sedap Alhamdulillah

Tapi kan..lepas ni kalau pergi taknak order dah masak 3 rasa sebab..lagi layan perasaan makan ikan bakar hehe..boekkk rasanya..isi ikan tu memang fresh..huhu...

Sambil makan sambil kena tiup angin...memang heaven , tapi pada yang ada anak kecil kena hati² sebab penghadangnya boleh muat badan dorang hehe..oh ye..kat sini juga ada jual hasil kraf, makanan tradisi Melaka...dan ramai juga tourist yang datang...rupanya ramai datang atas jam 9 gitu.. Rugi tak try tau...

Alamat : 
Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru, Melaka 

Waktu Operasi :
 4.00 ptg - 1.00 pagi ( Setiap Hari )

Hubungi : 
019-681 2882


You May Also Like

4 ulasan

  1. wah nampak menyelerakan sangat. saya memang suka kedai yang boleh request ni, senang kena dengan tekak. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1747

    ReplyDelete
  2. pilihan yang tepat untuk dinner bila ke melaka.cantik pula tempatnya kan dengan terapung dan penuh lampu warna warni. menu pulak boleh tahan, perut lapar berkeroncong memang kamera ke mana tangan nak menyuap ke mana. hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish