MY SKINCARE FRIDGE YEAHHHH!!!

by - August 08, 2018

Antara wishlist aku skincare fridge  dulu..yeahhh dapat dah...duit hasil jadi vj haha. Senang nak simpan mask. Apa mask, skin care, kosmetik simpan dalam fridge ? dalam peti sejuk ?  ๐Ÿ˜… iya guys..bunyi pelik tapi memang tips ni diguna pakai seantero donia untuk pastikan kondisi produk tu dalam keadaan baik. Bukan je sheet mask yang boleh disimpan dalam fridge ni tau. Disebabkan tu lah, aku beli skincare mini fridge ni hehe..senang nak simpan segala koleksi mask dan skin care yang ada. Aim yang mahal² tapi tetiba jumpa yang cute, murah ni.

Skincare fridge ... ๐Ÿฎ comel tak hehe..x makan space..size comel 13"

So lepas ni tak payah lah aku simpan segala skin care, mask dalam fridge kat dapur tu. Comel je kan...letak dalam bilik. Xtually ada 3 warna...yang lembu ni, putih, pink, biru...aku pilih lembu๐Ÿฎ comel sikit

Ada pemegang, so senang nak bawa kemana² . Boleh panas suamkan breastmilk juga buat mama² tu

๐Ÿ˜… Antara yang muat disumbat hehe..maklumlah comel je..kita sumbat yang nak dipakai je ada moist cream, facial mask, toner..


Harganya RM121 kena pandai pilih...aku beli di Shopee shop ZenithGlobal...ada seller jual mahal tau. Yang best nya mini fridge ni kan bukan je untuk sejuk..boleh juga untuk panas suam. Senang bawa kemana² even dalam kereta sebab boleh caj dalam kereta...dan ringan je

Pembahagi side boleh adjust.. Macam ni..boleh muat botol² yang panjang

Padan lah dengan harga kan..saiznya comel.....ada pembahagi side tu..boleh dicabut..di adjust. Kalau sheet mask tu boleh muat 20-30 keping juga.

Kena beli soket berasingan dalam RM5 sebab plug asal Cina punya..disertakan kabel untuk pemanas juga. Watt voltan pun dalam 240v 

Eh korang tak semua skin care, cosmetic yang boleh disimpan dalam fridge tau. Antara produk yang boleh disimpan dalam fridge , skincare yang natural, eye cream, facial mask, toner, serum, sunscreen atau yang mengandungi bahan aktif macam Vitamin C, retinol semua tu. Eh lipstick, lip balm, celak pun boleh tau..untuk kekalkan tekstur dan bentuknya

So bila sejuk...bila kita apply pada muka...akan dapat kurangkan redness, lembabkan, kurangkan bengkak semua tu. Kalau yang jerawat tu, akan calm sikit jerawat tu.

Tapi memang tak kan dapat mengubah apa² kondisi produk tu pun atau buatkan ia tahan lama, cuma nak lindungi produk tu dari cepat rosak oleh haba...dan dapatka effect coolness, calming semua tu.

You May Also Like

6 ulasan

  1. Wah murah nak usyar gak sebab comey heheh

    ReplyDelete
  2. Harga dia nice.. Dah lama teringin nak satu benda ni.. Hihi.. Maksudnya always kena charge mcm peti ais di dapur jugak ka.. Hihi

    ReplyDelete
  3. Wow. Banyaknye mask sheet. Ada miracle toner jugak. Comel je fridge. Memang sesuai.

    ReplyDelete
  4. baru tahu pasal frigde nie.. hebat.. kecik dan comel pulak tu..

    ReplyDelete
  5. rabia baru tahu pasal skincare fridge ni..alahai comel betul.rabia pun banyak produk ni kt atas meja solek tu.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish