Blogging Dimana Saja Dengan USB Keyboard

by - September 13, 2018

Hai korang.. Ewah orang cuti, blog pun cuti ek. Eh korang.... Nak tanya, korang selalu update blog direct guna pc ke? Laptop? Wah salute lah korang... Macam aku kan dah bertahun blogging guna phone je hehe, kekadang je guna laptop, terutama yang kena copy dari soft / hard disk hehe. Bukan apa, aku ni jenis yang malas nak duduk statik kat kerusi, mesti nak landing-landing, Emmm meniarap bagai haha. Kadang time lepak mamak pun tetiba rajin blogging haha.

Hah gitu blogging onthego terus

Tapi bila update dengan phone ni, pepaham je lah, skrinnya kecil, keypadnya halus.... Kekadang tu mencabar keimanan juga, huhu so thats why aku beli juga USB keyboard, dapatlah taip menaip dengan lancar dan best hehe.


Sebenarnya haritu dah lama aim,  wireless / bluetooth keyboard di Miniso tu, harga ehemmm juga dalam lebih RM50, rasa macam mahal lah pulak. Satu hari ternampak posting blogger sis Kolin, tengah guna dia punya USB keyboard, terus tergedik-gedik aku pergi order di Shopee, ngam pulak time ada sales haha. Yang aku beli ni RM14 lebih je. Produk Cina, standard lah kena tunggu dalam seminggu baru sampai.

Aku beli warna putih. Banyak lagi warna yang ada, grey, pink, blue, red semua tu. Yang ni, bahagian bawah tak boleh larass, cuma bahagian atas tu boleh adjust, kalau macam korang guna tab ke kan. Oh yang ni versi android tau.

Hanya guna cable usb, takperlu cas, bateri. Button keyboard pun best

Leather cover case...cun juga kemasannya...dan ia tiada suiz ok. Tak perlu dicaj. Automatik on bila kita connect usb cable tu. Bahagian belakang case ni ada macam tapak, so boleh la dia tegak. Ohhhh jangan panik masa mula-mula nak guna tu, mcam rosak haha. Kesahnya aku siap report minta refund tau, ingatkan rosak. Rupanya ok je... Kena on OTG setting dulu

Cara nak ON USB keyboard :

  1. Sambungkan usb keyboard ke phone
  2. Pergi ke Setting
  3. Klik additional setting 
  4. Klik on OTG connection 

Then boleh la guna macam biasa,  so far ok... Tak hang ataupun lag semasa menaip. berbaloi aku invest hehe, Sebenarnya mudahan mencurah-curah idea dan rezeki blogging. Amin Inshaallah... Eh kalau korang nak beli, pakai boleh klik link shopee.com.my/bestprice.myMurah dan trusted seller gitu 

You May Also Like

12 ulasan

  1. wah bagusnya...kena cari satu kat shoppe nih.

    ReplyDelete
  2. Kita pun nak cari gak.. if balk rumah xyah bwk lappy kan...

    ReplyDelete
  3. Wahh mudah kerjaa.. Boleh di mana mana ja.. Hihi.. Dia pakai bateri phone la kiranya kan.

    ReplyDelete
  4. jue pun nak beli satu tapi kena beli tab balik baru ngam guna usb keyboard ni kan..

    ReplyDelete
  5. waahh menarik ni, mudah nak update blog :)

    ReplyDelete
  6. jeles..jeles..baru order kat shopee..hehe...

    ReplyDelete
  7. jeles..jeles..baru order kat shopee..hehe...

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya Aiin.tergedik gedik nak beli bila harganya RM14. hahahaha,
    baru tau ada bende alah ni. old school sangat hakak ni tau . kihkihkih

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish