IndoBowl Cafe | Khas Buat Peminat Indomee Dan Makanan Indonesia

by - September 27, 2018

***Sponsored Post
Siapa sini peminat Indomee ? Mee segera dari Indonesia tu ...atau peminat makanan Indonesia ? Aku nak share satu port makan khas untuk korang tau, yang pastinya, sedap dan harga berpatutan. IndoBowl Cafe , Lake Fields Sungai Besi. Honestly ini adalah kali pertama aku berkunjung ke sini.

IndoBowl Cafe, Sungai Besi

Memula sampai, mata terpandang signboard Indomee, terus hati terdetik.. " eh... Cafe ni ada join venture dengan Indomee ke ? Atau milik Indomee."  Ohhh menurut tuan empunya IndoBowl Cafe.... Pada awalnya memang idea mereka menubuhkan cafe berasaskan Indomee memandangkan ia amat digemari oleh rakyat Malaysia dan pelancong, lama kelamaan, ia mendapat perhatian daripada Indomee untuk bekerjasama dengan mereka. Dan satu lagi outlet di Subang Jaya

Antara menu istimewa yang ada pada hari tu, Fusion Indonesian Food

Ruang cafe yang santai, selesa dan berhawa dingin

Wahhh terbaik !!! Apa yang menarik dan memberi kelainan adalah, menu makanan di IndoBowl Cafe adalah berasakan Indoomee dan ditambahkan dengan side dish atau topping dish dengan masakan fusion Indonesia.

Time pick hour, katanya memanjang full house cafe ni. Tapi jangan risau, luas juga, huhu ada bahagian luar juga untuk makan, open air gitu. suasana santai dan relax, buatkan aku best makan kat sini. Tak formal dan kids friendly.

Menu² menarik.. Buat perut berkeroncong

kalau makan di IndoBowl, wajib cuba menu Balado... Sebab sambalnya merupakan sambal signature yang menjadi kegemaran pengunjung. Sambal Merah Indo... Memang mantap. Ohhh jangan risau,kat sini pun ada juga pilihan nasi. Dan menu disediakan dalam pilihan ala-carte

Antara menu yang kami cuba hari tu haha.. Meriah

Mumbo Jumbo Seafood Soto RM39.90 paling aku dan suami suka.. Serius.. Sedap.. Meriah dengan Indomee, udang, crab stick, telur, fish ball dan tentunya Sambal Merah . Sesuai dimakan 2-4 orang

Ngam sangatlah, time kami datang, mereka tengah hot memperkenalkan beberapa menu baru. Salted Egg Chicken , Mumbo Jumbo Seafood Soto. Wahhh menarik. Tapi terpikir juga, ngam ke ? Tak pelik ke? Bila makan Indomee dengan lauk-lauk tambahan.. . Ehhh belum cuba belum tahu.. .Dah cuba.. Confirm nak menambah

Indomee Salted Egg chicken RM11.90
Ketulan ayam crispy dengan rasa buttery, lemak.. Sedap.. Cuma agak kering

Indomee Ayam Balado RM10

Ayam  Madura RM12
Rasa ala² ayam kicap, berempah tapi ada rasa limau² dan sesuai untuk kanak²..tak pedas

Indomee Daging Balado

Chicken Chop Cheesy RM14.90
Melampau chessy.. Serius.. Siap telur pulak tu.. Berbaloi

Portion makanan, okay.. .Rasa pun okay berbaloi dengan harga. Seriously sambal Merah tu memang best... Siap minta refill haha. Kalau nak tahu, semua menu ayam tu, menggunakan chicken chop, tersangatlah berjus dan empuk.

Agak² habis tak kalau giant tu hehe

Nak refresh better minum Soda Gembira, kalau nak layan perut... Bagi dibuai² haha pilih Es Cendol

Untuk minuman pula, antara signature drinknya adalah Soda Gembira dan Es Cendol. Ada pilihan saiz biasa atau giant. Macam aku, giant tu, boleh share 2 orang kot haha. Soda Gembira tu, not bad... Air bandung selaseh campur soda..fresh. Es Cendol tu, ada cendol dan jagung.. Just nice je manis lemaknya sebab ia tak menggunakan gula melaka / merah

Muka tak muat skrin wehhh.. Ya ampun.. 


Overall 🌟 🌟 🌟 🌟 / 5 , tak rugi kalau nak cuba atau repeat hehe. Parking pun okay. Cuma untuk Salted Egg Chicken tu, dibuat lebih creamy best sikit kot...bagi aku agak kering.


Indobowl Cafe

FB

Alamat
72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

IndoBowl Subang Jaya
66, jalan ss15/4c, ss15 47500 subang jaya, selangor

Hubungi
019-542 6869



You May Also Like

3 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish