LipAddict Bukan Sekadar Lip Gloss | Bibir Jadi Sihat Munggil Semulajadi

by - September 25, 2018







***Sponsored Post
Hi korang... Eh ingat tak, aku ada share di IG dan FB beberapa minggu lepas, Setahun cara nak dapatkan bibir munggil tanpa injection tu? So hari ni aku akan share kan secara details mengenainya. Firstly million thanks to Butterfly Msia sebab memperkenalkan aku dengan produk ini di LipAddict X Butterfly Tea Party


Pink theme gitew | LipAddict x Butterfly Tea Party

Lokasi kali ni, tersangatlah cute dan cantik... Iaitu Happ Cafe. Kena sangat dengan tema pink. Dengan deko yang cantik dah macam cafe di Korea pula. Dessert table dipenuhi dengan pink dessert yang cantik-cantik. 


Registration session.. Meriah semua ootd pink... Dan seriously lawa dan cute sangat Happ Cafe deko ala sweet garden

Tapi kan, memang menggamit memori sangan event kali ni sebab, dalam aku nyaris-nyaris tak boleh join event ni sebab nama tiada dalam list. Kisahnya aku lupa nak reply RSVP. 




Malu, cuak bercampur hampa time tu. Nasib mamasan takde hehe, nanti kalau tak, dah kena bambu hehe. Alhamdulillah, rezeki.... Client bermurah hati sediakan satu pax lagi untuk aku haha.


Pink Macaroons Tower.. Cute.. Dan best.. X manis sangat

Thanks LipAddict Malaysia for the awesome tea party and product

Selesai sesi snap-snap, mingle-mingle.... Kami diperkenalkan dengan LipAddict. Masing teruja, khusuk mendengar. Kalau nak tahu LipAddict bukan hanya sekadar lip gloss. Tetapi ia mampu merawat bibir serta mengurangkan garis halus, masalah bibir kering dan mampu membuatkan bibir lebih penuh berisi dan munggil. Pendek kata all in one!!!! 


Sesi pengenalan LipAddict dari Mrs Jenny


Bukti aku mendengar dengan tekun haha.. Credit photo : Erros

Apa yang best dengan LipAddict
  • Anti-Aging - Diperbuat daripada peptides dan marine collagen, mengurangkan garis halus dibibir dan kawasan sekitarnya
  • Instant Plump - Menjadikan bibir lebih penuh berisi, munggil, plumping kerana mengandungi Hyaluronic acid
  • Instant Healing - Mengandungi Vitamin C & E membantu membuang sel kulit mati pada bibir tanpa rasa pedih
  • Instant Moisture - melembabkan bibir secara semulajadi dengan kandungan minyak pelembap semulajadi seperti jojoba seed oil, apricot kernel oil, grape seed oil dan banyak lagi
  • Bebas kimia, bebas dari paraben ,diuji secara Dermatologist dan Scientists Cosmetics 
Ewahhh addicted la tu 😂 

12 pilihan warna glossy, sesuai untuk semua

Wahhhh seriously terkejut , sebab tak sangka dengan satu lip gloss LipAddict mampu merawat, mencantikkan bibir. So jimat, tak perlu guna segala scrub, balm semua dah. Dan ada 12 pilihan warna menarik iaitu 201 Sweet Nothings, 202 Coralista , 203 Mon Cherie, 205 Sexy Seductress , 206 Pink Princess, 207 Innocence , 208 Razzle Dazzle , 209 Candy Swirl , 210 Glamour , 211 Air Kiss , 212 Pink Sugar dan 213 Jewel

Miss Peobe bukan calang² makeup artis tau... Beliau sangat berpengalam terutama dengan artis.. Lisa Surihani pun dia makeup kan

Dan paling syok, sebab ada makeup demo juga, menggunakan LipAddict dari LipAddict makeup artist Miss Peobo..

Dengan LipAddict boleh hasilkan makeup look yang bervariasi  kena pandai mix kaler.. Bukan je lawa tapi bibir pun jadi sihat

Tak silap ada 3 makeup look yang ditunjukkan. Dan beliau ajar cara untuk mix kaler LipAddict, kalau nak dapatkan kaler yang menarik dan unik

Thanks LipAddict for the awesome colour 

213 Jewel, 211 Air Kiss, 206 Pink Princess 


Yeahhh got my own LipAddict, bukan 1,tapiiiiiiiii 3 guys. Wahhh lawa packaginya kan. Memang excited nak try, kata pihak LipAddict, kesan boleh dilihat seawal 7 hari kalau guna secara konsisten. Macam aku bibir takde masalah sangat, cuma warnanya agak gelap dan sedikit kering
Actually yang clear / #23 Jewel ni disyorkan untuk treatment waktu malam, oleskan sebelum tidur. Memang best, bau dan effect cooling sama sebiji macam toothpaste hehe. Mint berangin. First impression, macam ewwww beranginnya, last-last best.. Sebab bibir rasa fresh, halus. Eh rasanya pun ada sedikit manis hehe

Honest review dari aku
Harganya agak ehemmmmm... So dah dapat sebatang pun dah ok untuk rawat bibir, cukup sebab tahan lama juga, huhu ikut cara penggunaan. Teksturnya agak melekit but its ok. kesannya tersangatlah awesome, boleh nampak bibir lebih cerah, munggil dan kurang kedutan.

Ha munggil x ? Dalam seminggu aku duk treat bibir ni... Memang rasa perubahan

Warna pula banyak pilihan yang cantik, cuma kena pakai lebih pada 1 layer untuk warna ketara, tapi best, boleh mix kaler tau. Sebab LipAddict tiada pewarna berasaskan kimia, thats why warnanya sebegitu natural


The Butterfly Project  
Facebook: The Butterfly Project  
Instagram: @butterflyproject.my   

SoAddicted Malaysia  
Facebook: Soaddicted Malaysia  
Instagram: @soaddictedmalaysia   

Happ Cafe 
Alamat : P-G-09, Jalan Mutiara Tropicana 1, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor  Facebook: Happ Cafe  
Instagram:  @thehappcafe  



You May Also Like

2 ulasan

  1. makin mungil laaa bibiaqq org tuueee

    ReplyDelete
  2. Teringin tapi tak tak pandai nak pakai lips jenis gitu...comot ..huhuhu

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish