N STAR x MISSA QUEEN BEAUTY WORKSHOP & REVIEW

by - September 27, 2018


 ***Sponsored Post
N Star x Missa Queen Beauty Workshop And Review . Hi guys, hari tu perasan tak aku ada share di ig tentang satu beauty workshop yang aku join. So hari ni, aku akan bercerita lanjut tentang workshop tu dan membuat review sekali ketiga-tiga produk awesome yang telah diperkenalkan. Bertempat di Ant Cafe & Bar, seramai lebih 20 orang beauty blogger yang dijemput khas untuk menyertai beauty workshop anjuran N Star x Missa Queen.

N Star x Missa Queen Beauty Workshop 

FYI, N Star x Missa Queen diasaskan oleh 2 wanita cantik  yang mengeluarkan produk berkualiti, semulajadi dari KOREA terutama dalam produk skin care dan kosmetik yang sesuai digunakan oleh wanita seluruh Asia. Yang menariknya, produk keluaran mereka sesuai digunakan oleh semua lapisan usia dari 18 - 80 tahun dan sesuai untuk semua jenis kulit


Memang happening, sebab semua peserta dilengkapkan dengan produk lengkap untuk kami cuba sendiri pada hari itu.

Masing² xcited haha

Cantik kan... Masing² ada beauty work station uhuuu

Dekorasi meja pun tersangatlah kreatif disertakan dengan nama masing-masing. Beauty Workshop dimulakan ucapan aluan oleh MC cantik hehe, Racheal seterusnya pengenalan dan penerangan dari Miss A dan Nicole tentang produk mereka iaitu :

Sesi mencungkil rahsia dua wanita cantik ini

Bappeun Yeoja All In One Cleanser 200ml 
Goel Cream 150ml 
ARTDELI Double Power Essence Cover Pact SPF50+/PA++++

Bappeun Yeoja cleanser 

Bappeun Yeoja All In One Cleanser 200ml 

Cleanser ini dalam bentuk jel jernih dan berbau agak wangi ala-ala floral. Bahan utamanya Multy Ex BSASM Plus, Agrimonia Eupatoria Extracts dan Surfactant Derived from Seriously aku agak risau pada mulanya, maklumlah muka jenis berjerawat dan sensitif ni mudah kering dan pedih kalau tak kena gaya.



Tapi tak... Cleanser ni agak gentle, halus pada kulit. Dan paling best ia kurang buih, so mudah nak dibersihkan dan buihnya lembut seakan foam halus. FYI ia boleh menanggalkan sisa makeup tau. Tapi bukanlah makeup yang heavy tu, setakat yang light boleh... Kalau heavy better guna makeup remover dulu. For me...it's awesome, sebab kulit tak merah, pedih.

Buih halus.. Mudah dicuci dan tak memedihkan kulit

Kelebihan Bappeun Yeoja All In One Cleanser :

  • Melembabkan kulit
  • Anti-Oksidan
  • Anti aging
  • Menggalakan penghasilan kolagen semulajadi di wajah
  • Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, wanita mengandung, ekzema, lelaki mahupun wanita


Goel Cream

Goel Cream 150ml 

FYI krim ini adalah brand skin care premium terbaru 2018 di Korea. Mengandungi TA yang 50x lebih tinggi dari Vitamin E.

Krim halus lembut

Best guna lepas pakai cleanser... Rasa lembab

Krim ni boleh digunakan setiap hari selepas menggunakan cleanser tadi. Pun sama sesuai untuk semua jenis kulit. Satu tiub ni mengandungi pelbagai fungsi  tau, bukan je boelh digunakan di muka untuk melembab, menghilangkan kedutan, garis halus, dark sport tetapi boleh digunakan untuk menghilangkan stretch marks diperut. 

Wahhh best kan multifunction... Pada awalnya sebelum dioles kemuka, krim ni agak berat dan greasy... Tapi selang beberapa saat ia serap kekulit dan bertukar menjadi halus dan lembut dan baunya ala-ala losyen baby hehe. Ohhh ye boleh juga gunakan krim ni sebagai mask.... Pakai ubat gigi kali seminggu. 


ARTDELI double Power Essence Pact

ARTDELI Double Power Essence Cover Pact SPF50+/PA++++

Sorry kalau ARTDELI menjadi pujaan hati lepas ni haha. Dari packaging, kemasan, coverage tiptop bagi aku. Paling buat aku suka, ia mengandungi banyak sangat ektrak buahan seperti red berries, delima, red berry, raspberry, strawberry, green berry dan asia berry. Triple Art marble fantastic tu... Macam sayang nak guna haha

Cantik kan triple art tu,then span tu ada segi dihujungnya, mudah untuk dap, blend bahagian yang susah dicapai.. Contohnya tepi hidung


Untuk kulit macam aku sesuai code 23. Ada dua code aje... Nak cerah sikit ambik code 21. Coverage nya just nice, aku suka, Ala Korean sangat, macam effect chok-chok / glass skin. Aku suka pakai sarung baju layer je, kalau korang jenis suka tebal, printing takde masalah, tepek aje. Sangat bagus ni pakai terutama kalau nak outing, sebab kandungan SPF nya tinggi

Nice kan... Nampak neutral

Selain untuk cantik, lindung kulit dari UV, ia menyihatkan kulit sebab mengandungi 19 Acid Amino + 6 peptide dan ia Mampu bertahan sehingga to 33 jam

  • 33 hours pore cover sustainable 
  • 33 hours wrinkles cover 
  • 33 hours freckles cover
  • 33 hours convace and covex cover role
  • 33 hours gan chae jumping speed
  • 33 hours amount used for glowing
  • 33 hours sustainable nasal lighting 
  • 33 hours chin clag role for lasting power


Clarioz & Co. Cantiknya Spa Hair cc Silk

Ehhh ada satu lagi produk best dari N Star x Missa Queen Beauty untuk rambut iaitu Spa Hair cc Silk dari Clarioz & Co. Cantiknya packaging, simple kotak pink, botol pula dah macam botol perfume ha. FYI yang ni fungsinya macam minyak atau serum rambut

Jel jernih, wangi buat rambut halus, lembut berkilat

Apply pada rambut yang telah dibersih dan dikeringkan. Tak perlu dibilas tau. Baunya tersangatlah wangi dan warnanya jernih. Yang bagusnya,  ia mengandungi Argan Oil, Macadamia Nut Oil, Almond Oil, Grape Seed Oil, Vitamin E yang bagus untuk buat rambut sihat, segar, lebat, berkilau dan buatkan kulit kepala segar dan sihat

Lastly..... Keempat produk ni best sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit dan bertindak secara gentle pada kulit. Walaupun harganya agak ehemmmm tetapi ia berbaloi sebab ianya premium dan bahannya sangat berkhasiat dan bagus untuk kulit. Kalau korang nak lebih info, belian atau sebarang pertanyaan boleh terus ke :

Facebook :




You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish