RESEPI MINI PAVLOVA GERENTI JADI

by - September 18, 2018

Hi korang, dah lama kot ,tak share resepi. So hari ni aku share resepi mini pavlova. Xtualy sebelum ni aku pernah share resepi pavlova haha. Resepinya lebih kurang sama je. Cuma saiznya lebih petite gitu. Seriously kalau buat pavlova mini  ni, lebih senang untuk disimpan. Kalau buat sebiji besar tu,kadang tak habis, simpan dalam peti tak sedap pulak kan, so kalau saiz mini kita boleh simpan dalam bekas kedap udara. Rasa nak makan, bawa keluar sekeping then add topping.

Macam anak-anakku memang suka versi mini dan dorang kurang suka topping, sebab ia dah manis. Tapikan...awas si pavlova ni sensitif tau...pastikan perkakas korang bebas debu, air dan sebagainya..kalau tak....pukul sampai 5 jam pun putih telur tu tak mengembang. Pastikan semuanya bersih, kering dan bahan-bahan berada disuhu bilik. Time bakar ,jarakkan sikit sebab ia bakal mengembang.

Mini Pavlova.... Makin crack.. Makin menjadi


Resepi Mini Pavlova
( 6-8 biji )

3 biji putih telur sahaja
1/2 cawan gula kastor
1 s/b cuka putih
1 s/b tepung jangung
1/2 s/k esen vanila

Topping
Krim Putar
Buahan seperti kiwi, strawberi, markisa

Crunchy diluar fluffy didalam cia cia


Cara Penyediaan :

  1. Gunakan mix tahap max, pukul sebati telur putih sehingga berbuih seakan foam
  2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit
  3. Pukul sebatian tadi sehingga menjadi meringue, bertanduk.. Bila ditelangkupkan... Ia tak jatuh
  4. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung dan gaul menggunakan spatul secara kaup balik... Haha korang boleh google caranya
  5. Pipe kan keatas baking paper mengikut saiz yang diinginkan, tak perlu tebal sangat, dan ratakan atau rendahkan sikit bahagian tengahnya supaya senang nak letak topping
  6. Bakar pada suhu 130 selama 1 jam dan dibiarkn didalam oven dengan pintu yang terbuka sedikit selama 30 minit
  7. Siap... Boleh paip kan krim putar seterusnya buahan
Selamat mencuba

You May Also Like

7 ulasan

  1. sedapnya.. .

    kak sumi suka..

    http://sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. nampak senang..tp klu buat confirm xjadi..hihi

    ReplyDelete
  3. suka pavlova tp tk pernh try lg buat sdiri

    ReplyDelete
  4. kita pun suka makan pavlova tapi beli.. bleh cuba kot resepi nie..

    ReplyDelete
  5. bab2 bakery tak reti nak buat.. hahah

    ReplyDelete
  6. sedap tu..buat letak nutella mmg perghhh

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish