DIY Chocolate Workshop Di Harriston Signature Chocolate

by - October 29, 2018

DIY Chocolate Workshop Di Harriston Signature Chocolate | Hantu coklat mesti baca post ni hehe. Bukan hanya dapat membeli, memcuba bermacam jenis coklat, malah korang berpeluang menyertai DIY Chocolate Workshop . Dekat mana??? Bayaran berapa???

Harriston Signature Chocolate 


Harriston Signature Chocolate lah, dimana lagi. Masuk PERCUMA. Kalau nak tahu, Harriston telah beroperasi sejak tahun 2005, dan terdapat 150 jenis keluaran coklat mereka. Coklat dari Harriston Signature Chocolate bercitarasakan Malaysia sangat, ada perisa Durian, Tongkat Ali, Kari, Halia, Cili dan banyak lagi. FYI ini merupakan salah satu, tempat kunjungan favorite pelancong, memang time weekend akan full house.

DIY Choclate Workshop Di Harriston Signature Chocolate

DIY workshop Chocolate, macam² ilmu dan pengalaman baru tentang coklat diperoleh dari workshop ini

Workshop ni, boleh disertai oleh semua, pengunjung, umur 3 tahun keatas. Yuran pula serendah RM35 sahaja. Dalam workshop ni korang akan menghasilkan coklat korang sendiri.. Konsep 'hands on' boleh rasa, mengenal coklat dan boleg bawa balik coklat yang sudah dibuat tu.

Yeahhhh... Happy dapat buat, DIY coklat.. Makan coklat lagi lah hepi haha

Workshop ni dalam sejam juga ada 4 proses.... tempering, coating, mouldi ng dan unmoulding. Memang best, buat mini coklat, lollipop, orang hutan hehe. Dibuka untuk umum setiap hati bermula jam 9.30 - 6.00 petang.


Ruby Chocolate 🍫 

Harriston Ruby Chocolate 

Coklat terbaru dari Harriston Chocolate Signature. Coklat pink dengan rasa unik.. Dari biji koko ruby kolaborasi bersama Barry Callebout pertama di Asia Tenggara. Ada 2 pilihan Ruby Chocolate ,jenis strip dan Ruby Chocolate Coconut Crunch Bar. Seriously unik.. Ada rasa masam²...tapi tiada sebara perisa berry tambahan pun.

Rambang mata kan bila berkunjung ke kilang coklat

Kalau berkunjung kesini, jangan risau.. Korang akan diterangkan satu² tentang Harriston dan coklat oleh staff yang sangat friendly, korang akan dibawa tawaf 1 kilang ni haha. Korang berpeluang... Membeli, merasa pelbagai jenis coklat dan mrlihat sendiri cara pembuatan coklat. Dalam ni pun, ada cafe tau... Semuanya berasaskan coklat Harriston. . Must try Harriston Hot Chocolate, memang padu beb

Yeahhh siap dapat sijil dan premium coklat lagi, thanks Harriston Signature Chocolate  

Selain disini, rangkaian Harriston Signature Chocolate di store mereka di Cheras, Georgetown, Gohtong Jaya Genting Highland, MaTIC Ampang dan Jalan Bagan Jermal


Harriston Signature Chocolate :
10 & 12, Jalan 13/91, 
Jalan Cheras, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur  

Web :

Facebook :





You May Also Like

3 ulasan

  1. Bestnya kak aiin dapat buat sendiri coklat. Suatu pengalaman yang menarik

    ReplyDelete
  2. hari tu pergi bawakanak dara kita mmg dia enjoy.
    seronok dapat spend time bersama sambil ada aktiviti
    coklat durian dia besttt

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish