Gold Coast Melaka International Resort Review

by - October 03, 2018

Short Trip to Melaka | Gold Coast Melaka International Resort Review . Percutian pendek 3 hari 2 malam kitaorang sekeluarga ,bulan 8 hari tu.. Tak silap sempena hari pahlawan. Haha sampai lupa ....peram lagi... .Baru sekarang sempat share di blog ni.

Gold Coast Melaka

En. Shuben memilih Gold Coast Melaka, katanya selesa dan sesuai untuk anak² enjoy, ,sebab ada water park. Actually, separuh harga penginapan ni..guna gift voucher dari Traveloka.. Dan separuh lagi...haruslah En.Shuben belanja

Sampai dah nak petang juga.... Agak lengang.. So tak perlu tunggu lama masa registration... Anak² time ni. .Teruja dah.. Nampak water park depan mata haha

Tak silap, kitaorang blok Hang Tuah

1 bilik utama.. 2 bilik.. Kesemuanya boleh muat 3-5 family kot 1 apartment ni.. Semua ok.. Bersih, tak berbau.. Cuma perabot... Agak usang... 

Uiiii... Agak creepy dooo haha... Agak sunyi.. Mungkin tak ramai kot.... Gold Coast Melaka ni, jenis apartment. . So bahagian bawah tu agak gelap... Banyak lampu yang rosak

Dapur luas.. Ada mini fridge.. Kettle. . Sinki semua ok.. Cuma.. .Be ware ada lipas haha.. Make sure makanan korang ditutup ye.. Takde dapur pun... X boleh masak.. Pinggan pun x ada.. Cuma ada cawan² kopi kat hall tu 😔 

Memang luas.. .Seronok ni kalau bercuti bawa family besar..mesti happening kan

Betul² menghadap pool

Kitaorang menginap di dibilik hujung sekali..wahh luas..ada 3 bilik... 2 bilik air, dapur dan kesemuanya berpenghawa dingin. Semuanya ok...kemas.. Takde bau hapak 😂 cuma keadaannya agak lama... Emm wifi.. Lupa pulak. .Rasanya x de kot... channel tv pun tak banyak

Betul² menghadap ke pool.. Agak bahaya.. Kalau ada anak kecil, sebab.. .balkoni agak rendah... So make sure sliding door sentiasa berkunci.

Tak sure apa function kapal besar tu.. Sebab.. Semuanya tutup

Luas.. Meriah water park Gold Coast Melaka ni. 

Ni dekat pool. .x ada pun effect wave tu.. .Tenang² gitu je airnya haha

Cantik kan... Bebudak memang tak mau naik bilik

Dah siap berkemas.... Kitaorang ke bandar... Adalah 15-20minit...tapau makan siap²...then bawak bebudak ni mandi manda. .. Ewahh sampai papa dorang pun main sama. Ok.. .Sebab tak ramai. .So anak² bebas bermain.. Takdelah crowded sangat

Hari kedua.. Turun awal.. .barulah dapat makanan... Banyak... Bebudak ni makan cocoa.crunch je... Susu. tapi tu lah make sure... Bersihkan gelas... Sudu.. Pinggan sebelum. Guna.. 

Besoknya breakfast di coffee house... Haha..ada sesetengah juadah habis.... Dan em. Shuben komplen... Rasa.. kurengggg... Esoknya.. Ok lah sikit.. Cuma....aku perhatikan cutlery, sudu² cawan² tu macam berhabuk.. Mungkin lama tak digunakan.. So agak ehemmm bagi aku...make sure bersihkan dulu ..

Overall selesa, bersih... Cuma perlu penambah baikan penyelerangaan.. Lampu² di lobi... dan kebersihan peralatan di cofee house... Bab pool tu.. Water park win lah haha... Lepak situ je...dah tak payah bazir duit bawak ketempat lain..


You May Also Like

5 ulasan

  1. part kebersihan tu patut kena prioritykan dulu kan? nasib baik the kiddos having fun!haha

    ReplyDelete
  2. kemain ye budak2 semua x mau naik bilik haha

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai lagi sini.. bila nak dtg ntah la..

    ReplyDelete
  4. macam lebihkurang Bayou Lagoon ye ?

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish