Pak John Steamboat & BBQ , IOI City Mall Putrajaya

by - October 14, 2018

Sponsored Post
Pak John Steamboat & BBQ , IOI City Mall Putrajaya | Hi guyssss... Kalau korang nak tahu, sekarang kami sekeluarga memang fans dengan steamboat & bbq. Antara port makan steamboat yang kami suka adalah Pak John Steamboat & BBQ... Tapi sebelum ni belum pernah makan di outlet IOI ni...kami selalu makan di Pak John Ecurve hehe

Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall Putrajaya 

Wahh luas cantik dan luas Pak John Steamboat & BBQ , IOI City Mall Putrajaya berbanding di Ecurve. Boleh muat 150-200 customer dalam satu² masa.  Siap ada makan di bahagian luar, lebih santai gitu.

Luas, ada bahagian dalam dan luar yang lebih santai di Pak John, Putrajaya 

Cuma bahagian makanan dalam bentuk lingkungan... Kena ke bahagian belakang untuk dapatkan dimsum, semua tu.

Premium beef slice πŸ˜‹ 

Smoked duck dan abalone.. Super nom nom

Selain ia disahkan Halal, sebab utama Pak John jadi pilihan kami, sebab... disini ada hidangan special tau iaitu Imported Australian Beef Slice, New Zealand Lamb Slice dan Italian Smoked Duck, Abalone . Pehhh hidangan mewah tu weh, korang boleh makan sampai puas.. Nama pun buffet kan

Lebih 20 pilihan sos steamboat di Pak John

Antara yang menjadi fav aku huhu... 

Sup ?? sos steamboat di Pak John memang terbaekk !!! Sup je dah ada 5 pilihan...ada Tom Yam, Chicken, Curry, Miso, Prawn. Sos dan sambal ada 20 pilihan...kalau jenis gilerrr pedas...wajib cuba Spicy Thai Sos huhu.... Sedappp. 160 lebih pilihan makanan ada, dari mee, nasi, makanan goreng², dim sum, seafood, sayuran, dessert dan banyak lagi

Selesa makan disini.. Bebudak pun bebas bergerak



Memang selesa makan disini. . Kebersihan dijamin... A ok. Sup dan air tu boleh refill sebanyak mana korang nak. Air dari air mineral, minuman panas sejuk hingga yabg berkarbonat..

Bella dan aiskrimnya

Semua ada. Aiskrim memang fav bebudak kalau makan disini, macam² perisa Coklat, Vanilla ,Strawberry, Choc Mint

Peminat seafood, senyum lebar kat sini. Semua seafood ada, segar.. Sedap

Plate bbq agak kecil, sebab kami lebih suka bbq haha.. Palte tu bileh minta tukar kalau dah hangit berkerak

Huahhhh kenyang perut.... Sampai 2nd round... 1st round kenyang....Relax dulu,then sambung balik haha... Memang layan makan steamboat ni ramai² dengan family, kengkawan..meriah bila makan bersama².

Pilihan sup dan harga makan di Pak John Steamboat & BBQ Putrajaya

Ohh ye.. Kalau macam weekend.. Memang ramai... Better book reservation sebelum datang... Haha... Nak terus walk in pun okey je


Pak John @ IOI City Mall  
GE-11, Ground Floor, 
IOI City Mall,  Lebuh IRC, 
IOI Resort City,  62502 Putrajaya, Sepang,  Selangor, Malaysia.  

Tel: 
012-251 8289‬, 03-8957 1128  

Web :

Facebook :



You May Also Like

2 ulasan

  1. lama tak jalan2 putrajaya..

    ReplyDelete
  2. Suka gak makan sini. Sedappp..
    Yang pencicah tu sedap makan dengan sup.\0/

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish