Resepi Chicken Mango

by - October 26, 2018

Resepi Thai Chicken Mango | Ewahhhh thai sangat ke? Actually ia sejenis salad, ayam yang dicampur dengan mangga. Biasanya mangga manis tu, tapi aku suka mangga muda. Banyak variasi sebenarnya, ada jenis kuah asing, dan mango tu pure... Ayam tu ada direbus ataupun digoreng

Resepi Chicken Mango Ala Thai


Boleh olah resepi ikut selera tekak masing² kan.. Jangan straight sangat kalau nak cuba resepi² baru ni. Macam aku, aku guna crispy fried chicken dan kerabu mangga umphhh sikit.. So takde sos² tu

Bahan² Chicken Mango 

Bahan A

  • 2 kepingan dada ayam yang digoreng ( lagi sedap kalau goreng salut tepung, extra crunchy) 

Bahan B
  • 1 biji mangga muda ( dihiris² halus, kalau mangga manis tu, potong kiub) 
  • ½ bawang merah dihiris halus
  • 1 cili padi dicincang halus
  • 1 sb sos ikan
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Gula, garam dan jus limau nipis sesedap rasa

Bahan simple untuk Chicken Mango 

Cara penyediaannya 
  1. Kepingan ayam goreng, dipotong kecil.. .Dan susu diatas pinggan... Kalau nak mix dalam mangga tu pun boleh, tapi nanti takut tak crispy terlalu lama berendam jus kerabu tu
  2. Campur, gaul sebati semua bahan B didalam mangkuk.. Perasakan masam, manis, masin, pedas secukupnya. Dan FYI ini adalah basic resepi kerabu mangga original Thai.. hehe dulukan kuli kedai makan orang Yala, Thai zaman study haha
  3. Letakkan salad mango / kerabu mangga diatas ayam tadi
  4. Sedap dimakan begitu saja... Atau dijadikan sebagai appetizer 


You May Also Like

3 ulasan

  1. sodap nih aiin.
    ratah gitu jer ...

    ReplyDelete
  2. dahlama teringin nak buat chicken manggo tapi bila nak buat tak jumpa mangga..
    nak try resepi ni la nnt

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish